Chicken Pie Tempahan Hari Guru

ASSALAMUALAIKUM dan salam hari jumaat untuk semua, hari ni kaknoor nak kongsikan resepi chicken pie lagi yang di tempah customer untuk sambutan hari guru baru-baru ni di Brunei Darussalam, resepi dah ada di bawah, kalau ada yang nak buat sendiri sila kan dan kalau ada yang nak menempah pun ok, wording kat atas free of charge boleh tulis apa saja dan boleh contact kaknoor
8739160 whatsapp or msg or call jika berminat.
Tempahan mestilah 2- 3 hari sebelum mengambil ya..




Resepi  :  Chicken Pie
Olahan  :  Bicara Kak Noor

BAHAN  KULIT TART
6 oz mentega
12 oz tepung gandum
1 biji telur
50 gm gula icing
sedikit garam

CARA
  • Uli semua bahan-bahan sampai jadi pastri dan masukan dalam acuan 
  • Cucukan dengan garpu supaya cepat masak, kemudian masukan inti dan di tutup lagi dengan potongan kulit tu., ikut kreativiti sendiri lah ya.
  • Disini kak Noor masukan dalam acuan foil yang kecil tu, sebab lebihan buat untuk tempahan orang.
  • Untuk orang sanggup kan buat lawa2 tapi untuk sendiri yang nak makan begini lah ala kadar je buat heee
  • Tapi tetap sedap kan hahaha 
BAHAN INTI PIE
200 ayam kisar
1 biji bawang holland di dadu
2 biji kentang di dadu
1 biji carrot di dadu kecil
1 kiub ayam
3 - 4 sudu mayonis
sedikit serbuk lada hitam
sedikit parutan cheese kraft

CARA
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bawang holland sehingga layu, masukan ayam kisar, kentang, carrot, serbuk lada hitam, kiub dan masaklah sehingga semuanya lembut dan tos kan.
  • Gaulkan dengan mayonis dan parutan cheese cheddar dan boleh lah di letakan di dalam kulit pie tadi.


Siapa yang pernah merasa mesti nak buat ulang tayang heee tak percaya!!!
Mesti buat dan makan baru tau keenakan chicken pie ni ..


Chicken Pie Tempahan Hari Guru Chicken Pie Tempahan Hari Guru Reviewed by Unknown on September 26, 2014 Rating: 5

2 comments