Emping Beras Berjagung Menu Nostagia


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera semua nya, hari ni mood nak makan yang simple-simple sebab dah terlebih rajin hehee, jadi kita makan yang ringan-ringan saja lah ya, tapi walaupun ringan menyenyangkan jugak sebab daripada beras muda, jom tengok resepi, resepinya takde sukatan sebenarnya, sebab kaknoor main campak-campak saja sesuai rasa dan selera, maklum lah menu ni kalau mak kita dulu-dulu buat mana ada sukatan kan, semua nya ikut tangan dan rasa je, jadi biarlah dikekalkan tradisi tu kan hehee




BAHAN YANG DIPERLUKAN
Empeng padi secukupnya
Jagung rebus yang telah dihirs
Gula putih
Sedikit  kelapa parut
Sedikit garam 

CARA NYA
1.  Masukkan empeng dalam sebuah besen, masukkan air panas dan biarkan dalam 30 saat atau kurang, kemudian tos kan.*jangan lama tau nanti emping lembik tak sedap*
2.  Gaul lah emping yang sudah di toskan dengan semua bahan-bahan yang telah disediakan.
3.  Rasa lah ikut kegemaran masing-masing emping ni sepatutnya ada rasa manis dan masin sikit.
4.  Sedia untuk di makan pada bila-bila masa saja, pagi petang atau malam.





TERLALU mudah resepi ni siapa pun boleh buat asalkan ada bahan kan, tambahan pulak bila di campur dengan jagung memang sedap dan menyelerakan..

Emping Beras Berjagung Menu Nostagia Emping Beras Berjagung Menu Nostagia Reviewed by Unknown on September 23, 2014 Rating: 5

11 comments

  1. Tertarik sangat tengok menu ni kerana kaler kuning jagung yang sangat menyerlah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti berwarna warni kalau nak makan selera laju je terbuka BB kan

      Delete
  2. kat belah-belah utara jer boleh jumpa orang jual emping ini, dah lama tak makan benda ini...suka ngan bau padi tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor kalau balik kampong mesti nak gi pekan rabu beli semua ni nasa hanya di utara betul sangat ada benda ni wangiiii

      Delete
  3. Nostalgia juga untuk saya..mengingatkan pada arwah ibu yang suka beli jagung rebus gaul kelapa ini semasa saya masih belajar.cuma di kelantan ia tidakdi letak emping padi( macam mana rupanya ya!.)

    ReplyDelete
    Replies
    1. suzana, emping ni warna hijau dibuat dari padi muda yg ditumbuk, kedah kan jelapang padi jadi mmg banyak lah berjual emping padi ni, biasa nya emping dimakan dgn kelapa je, tapi kaknoor terlebih rajin bubuh jagung

      Delete
  4. Teringat masa ziarah keluarga di Kedah dulu... kami dijamu emping kelapa... sedap rupanya emping ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan tradisi Gee emping kelapa jadi kalau ada tetamu jauh mmg kena bagi rasa lah sebagai ole2 pencuci mulut sebelum try yg pedas2 di kedah tu heee

      Delete
  5. Salam Singgah jgk bila ada kelapangan sikit hari ni & tq terus menyokong KA yer. walla mmg best ni kak noor

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih KA masih sudi singgah di sini, akak selalu menyokong KA walaupun skrg ni agak jarang timbul kan

      Delete
  6. Salaam Kak Noor...

    Sedap menyelerakan nampaknya. Kat mana nak beli emping padi ye?

    ReplyDelete