Majlis Hariraya & Ulangtahun Kemerdekaan Di Cardiff United Kingdom



ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua, hari ni kaknoor nak kongsikan  hanya gambar-gambar masa menghadiri majlis openhouse dan ulangtahun hari kemerdekaan 
31hb. ogos 2014 di Cardiff UK, di atas jemputan kak Maria Hakem kebetulan jugak kaknoor masa ni berada di Bath jadi tak jauh Bath dengan Cardiff dalam sejam naik train, jadi akak jalan lah walaupun tak banyak yang akak kenal disana, tapi walaupun tak ramai yang kenal, ramai Malaysian di Cardiff ni  hampir 100 orang jugak lah majlis ni bercampur anak-anak dan memang meriah.


 Pertama kali berjumpa dengan kak Maria Hakem kawan fb yg dah jadi reality



 Ini lah orang-orang Malaysia di Cardiff ni macam-macam ada tua muda hee


 Macam bos lah pulak kaknoor lagak nya saja, menu pun banyak, antara nya laksa johor, meehun sup dengan sup tulang kaki yg woww, pulut kuning, nasi kerabu, pasta dan macam dessert lagi sangat meriah dengan menu sampai tak larat makan..


 Ada cerita yg menarik disebalik gambar ni,  mula nya memang lah tak kenal dengan makcik ni, tiba2 dia datang duduk kat sebelah kaknoor, hanya senyum je masing2 tak berani nak bertegur, sebab masing2 ingat aduhh rajin nya makcik ni dah berumur pun masih nak belajar lagi, akak ingat makcik ni belajar sampai Phd di UK dan makcik ni pun ingat akak belajar sampai Phd jugak sebab kan masing2 dah tua haha, dah lama membisu kaknoor dengan dgn tak malu tanya "makcik belajar ke kat sini"? dak aih makcik temankan anak makcik saja tolong masak aduhh rupa nya status kami sama, dah lepas tau status masing2 baru lah kami berani bercakap dan bersembang macam-macam sebab dah takde PhD hahaaaa


 Macam-kek birthday pun ada jua maknanya sangat meriah dengan makan dari main course hingga ke dessert .




Ini sup kaki lembu tu memang power 2x tambah sampai fenin makan nya..


 Lepas majlis tu memang dah kenyang dan kaknoor pulang ke Bath semula dan tak lupa utk ucapkan selamat tinggal pada Cardiff train station.


Kak noor memang tak miss untuk membeli majalah masakan dimana maktok pergi jadi sambil nunggu train isi masa tu kan nanti balik Brunei dapat buat menu best untuk anak2.


Majlis Hariraya & Ulangtahun Kemerdekaan Di Cardiff United Kingdom Majlis Hariraya & Ulangtahun Kemerdekaan Di Cardiff United Kingdom Reviewed by Unknown on September 03, 2014 Rating: 5

12 comments

  1. Maktok, 31 Ogos lah bukan september...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasa, dah edit tu thankssss banyak nya memang kena dgn ur nama tu nasa memang mulia hati dan budi heheeeee

      Delete
  2. Seronoknya kan Kak noor dapat jalan2 di negeri orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah BB dpt jenjalan je tengok negara orang dan ambik gmbo tkde shopping pun hee

      Delete
  3. bestnya kak nor sambut medeka kat UK

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan je Nieda sudah akak di sana, ada kwn fb yg jemput jadi so mmg tak tolak rezeki coz makanan nya mmg hebat tkyah susah2 masak dpt makan sedap heee

      Delete
  4. Tinggi sangat ke bangku kat train station tu kak Noor... tengok kaki tergantung! heheheh... sah-sah memanjat naik nak duduk atas bangku tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiii sweetie tak syg muluttt hahahaaa, kaki mmg bergantung sbb sengaja tu dah lenguh letak kat bawah gantung lah kejab rupa nya nampak jugak yg terselindung tu adoiii mmg mata bionic lah

      Delete
  5. Assalam kak
    Bestnya dpt jln2 tempat org kan
    Meriah tu menunya, sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam mamasara, alhamdulillah dpt makan free di negara omputih tu bukan senang kan, kalau kat kedai mau beratus hengget dah tu kalau menu cenggitu

      Delete
  6. Assalamualaikum, sy silent reader. Izinkan sy list blog kak Noor.

    ReplyDelete
  7. walikmuslam Noor, nama kita sama lah, wah ada silent reader rupa nya ya, no problem dear..

    ReplyDelete