Perut / Babat / Berubut / Tripe Beef Goreng Pun Sodappp...


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya, lately memang sangat sibuk dengan macam2 agenda, tapi nak jugak mengupdate blog kesayangan ku ini, curi2 masa sikit diwaktu petang begini sebelum dinner, resepi ni kak noor ternampak di Masterchef Australia Season Enam yang belum lagi  ditayangkan di TV tapi anak2 ajak tengok online so apa lagi sanggupp tunggu sampai 60 siri kot kalauu tak salah, memang sedap dan rasa nya macam sotong goreng, kena try kalau mau rasa kesedapan babat goreng ni ya...



Resepi ni kaknoor ikut sendiri punya selera lah, tak tau resepi sebenar dari Masterchef tu, tapi confem sedap diratah begitu sahaja.

BAHAN NYA
1/4 kg babat / berubut / perut lembu
1 biji telur A
1 sudu kecil jintan putih goreng & kisar
1 sudu kecil lada hitam tumbuk
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 biji lemon
secukupnya breadcrumbs golden
secukupnya garam dan sedikit perasa
minyak untuk menggoreng

CARANYA
1.  Babat atau berubut di bersihkan dan di potong nipis dan panjang, perap dengan sedikit lemon.
2.  Bersihkan babat dan tos dan ketepikan.
3.  Dalam bekas lain satukan jintan putih, lada hitam, kunyit, garam dan perasa dan masukkan babat.
4.  Gaul rata dan perapkan lah selama 1 jam atau lebih.
5.  Panaskan kuali dengan minyak yang banyak, pecahkan telur dan kacau, celupkan babat didalam telur, salutkan dengan breadcrumbs golden dan goreng lah sehingga kekuningan
6.  Api hendaklah sentiasa perlahan supaya babat masak dengan rata \.
7.  Bila dah masak dan kekuningan angkat dan toskan.
8.  Buatlah sehingga habis babat dan telur jugak breadcrumbs.
9.  Boleh dimakan dengan nasi goreng atau nasi putih atau apa2 fav lah..



Sebelum ni memang tak terfikir babat ni boleh digoreng, biasa nya dimasak  lemak cilipadi, di masak kerabu dengan taugeh, satay pun pernah kak noor makan darpada babat ni, tapi yang goreng2 gini pertama kali makan, first time masak tak sempat nak ambik gambar terus hilang dari pinggan, kedua nya pun sama, kali ketiga ni alhamdulillah baru dapat snap gambar, tak percaya!!! mesti cuba adinda2 sekelian anak2 kaknoor yang tak suka babat masak lemak, tapi kalau goreng gini memang sedappp, selera masing2 lah kan terpulang belum cuba belum tau kan...


Perut / Babat / Berubut / Tripe Beef Goreng Pun Sodappp... Perut / Babat / Berubut / Tripe Beef Goreng Pun Sodappp... Reviewed by Unknown on September 13, 2014 Rating: 5

11 comments

  1. Tak tau pula boleh digoreng kak...selalu buat masak kuah2 je..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun tak tau kalau tak tengok masterchef australia tu shifa, rupa nya orang putih yg sudah mendahului kita makan babat goreng

      Delete
  2. Aslmkm. Idea baru ni KakNoor.... cantik nya hasil tangan KakNoor! Nyummmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmuslam HK, akak pun truja nak buat bila tau boleh digoreng, dah tu sampai kai ke3 baru dpt snap hahaa

      Delete
  3. Kak Noyah... yang saya tengok babat goreng bukan yang masterchef australia tu.... tapi saya nak cuba goreng gaklah, macam sedap nampak... tak sabar nak cari pewwwot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke, beli Amie, akak pun skrg pantang jumpa babat mesti nak beli sbb kadg2 tak sama pesen dan potongan bila kita beli tu kan,makin nipis makin sedapp

      Delete
  4. menarik ni kak noor.. boleh cuba gak..

    ReplyDelete
  5. Kak Nor, tak perlu rebus dulu yer? Terus goreng jer? Tak liat ke kak kalau x rebus. Menarik la kak. Kami selalu buat sambal goreng jer.

    ReplyDelete