Rendang Ayam Tua Untuk Sewaktu Dengannya.
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semuanya, hari ni baru kaknoor berkesempatan untuk meletakkan resepi kat sini setelah hampir seminggu balik dari perjalanan jauh, memang meletihkan dan rasa malas nak buat apa2 selain dari tidooooooo, alhamdulillah hari ni ada mood untuk memasak rendang ni yang dah lama teringin masa di UK dulu, boleh buat jugak disana tapi tak lengkap lah bahan tak best lah, tapi alhamdulillah hari ni tercapai hajat di hati semua bahan ada dan rasa nya pasti sedap dan lazat bagai yang di inginkan, jom sekodeng resepi kak noor jom!!!
Bahan Rendang
2 ekor ayam kampong dibersihkan dan dipotong kecil
5 sudu cili kering kisar
10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih *
2 inci lengkuas *
4 batang serai *
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
3 sudu kerisik nak lebih pun ok
3 cawan santan
gula merah dan garam secukupnya
daun kunyit atau daun limau purut secukup nya
sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
CARA NYA
Kisar semua bahan2 yang bertanda * sehingga halus
Panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan kisar sehingga wangi dan layu
Masukan cili kisar dan kacau biar sebati dan pecah minyak baru masukan ayam tua, dan santan, masak sehingga ayam lembut.
Selalu kacau dengan api yang sederhana bila dah santan hampir kering boleh lah masukan kerisik,garam dan gula merah, daun limau atau daun kunyit
Bila dah ayam lembut boleh lah di tutup api
Kak Noor suka rendang yang agak berkuah sikit senang nak makan dengan nasi ke, roti ke...
Kalau kita terlebih masak rendang ni boleh lah di forzenkan ya, sebab dah alang-alang masak senang kerja nanti bila nak makan masuk je dalam microwave bila time sibuk tu kan..
Oklah jika ada yang nak try boleh lah mencuba resepi kaknoor memang sedap, sedap di makan bersama nasi putih, nasi impit, roti atau apa saja fav makanan kita.
Rendang Ayam Tua Untuk Sewaktu Dengannya.
Reviewed by Unknown
on
September 11, 2014
Rating:
Noor, untuk yang sewaktu dengannya... kita suka dengan rendangnya sekali. he he he kena sangat dengan kak rose yg old school!
ReplyDeletesama2 lah kita kak rose old school jugak ni hahaa tapi mmg suka bangat sbb keras i tak suka ayam muda yg lembik haaa
DeleteSedapnya rendang ayam tua ...oo kak noor tumis dulu bahan2 kisar yer...nak cuba juga buat ni...
ReplyDeleteyelah aini, kalau tumis dulu lebih sedap pada akak lah lagipun senang naik minyak, kalau tak tu lambat sangattt
DeleteMesti sedap ni...terbayang akan pulut kuning...ermmmm
ReplyDeleteahahaa rahel mmg sedap kan dgn pulut, ada lagi ni esuk tanak pulut pulak hahaaa
ReplyDeletememang rajin la kak noor ni..teringin juga nak rasa airtangan kak noor tapi jauh sangat tu..huhu..
ReplyDeleteBB kalau kan kebrunei sila kan boleh kitani makan sama2 ok
DeleteWaaa kak nor...dah rasa mcm nk raya laagi...hihiii...
ReplyDeletememang nak raya ni Rohah raya haji kan tak lama lagi heeee
Delete