Apam Pisang Gebus Gebas


ASSALAMUALAIKUM 
Salam selasa untuk semua nya.
Breakfast apa agak nya adinda-adinda semua.
Yang simple terbaik kan ye dak!!
Kak Noor hanya breakfast apam pisang yang gebus gebas ni je
Jom semak resepi mudah sangat-sangat...



BAHAN NYA
1 cawan pisang di lenyek
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam.

CARA NYA
Satukan semua bahan dan gaul sebati supaya tak berketul. Perap lebihkurang 1/2 jam.
Panaskan kukusan biarkan sehingga mendidih. Griskan acuan lompang dengan planta atau minyak.
Masukkan 3/4 adunan dalam acuan jangan terlebih pulak nanti jadi macam kaknoor punya tu, dah terlebih naik sampai dah jadi menara condong lah pulak.
Kukus lah selama 15 minit. Insya ALLAH sedap dan lembutt,




Letakkan sedikit planta atau minyak ya supaya tak melekat bila kita keluarkan nanti.



Kalau boleh kurangkan sikit adunan tu bila ada yang nak try sebab nanti bila dah naik terlebih  tinggi tu cuba tengok gambar bawah tu



Nampak tak ada yang macam menara condong tu sebab teelebih adunan mungkin lain kali nak cantik kena letak 1/2 saja adunan kot.



Cornfirm sedap!!! tengoklah tekstur nya macam kek je lembut sangat dimakan panas terbaik U boleh try kalau tak percaya hehee..

Apam Pisang Gebus Gebas Apam Pisang Gebus Gebas Reviewed by Unknown on March 22, 2016 Rating: 5

42 comments

  1. OK... rumah kakak tenagah banyak pisang ni KakNoor
    Idea dah diberi tinggal tunggu rajin aje
    Esok Johor cuti umum bolehlah kakak mencubanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah kakzakie kadang pisang banyak kat rumah tk tau nk buat apa kan asyil goreng jeee

      Delete
  2. Naperlah saya ni tak rajin nak mengapam mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah je Lea mesti rajinkan diri ni kejab je dh booeh mkn

      Delete
  3. sedapnyaa nampak.. tapi tak pernah rasa apam pisang.. slalu yang beras tu ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebihkurang mcm yg beras jugak Ct cuma yg lebih ke rasa pisang mmg lebih sedap bg kaknoor lah

      Delete
  4. Nampak moist juga tu, sedap makanan letak pisang ni rasa healthy ja sebab buahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Babyp lebih healthy cepat ke jam*** kalau makan ni hehe

      Delete
  5. COMELNYA APAM PISANG SEDAPNYALAH...

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. repair sikit rumah usang tu P supaya nmpk ceria sikit hehe

      Delete
  7. Replies
    1. sila lah zimah mesti nk berkali2 try sbb tekstur nya mmg sngt gebus gebas

      Delete
  8. fuhhh harus cuba ni.. terliur tgk. tq share kak =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome Aina sila lah share dan buat mmg tak rugi ni

      Delete
  9. Ohhhh terima kasih berkongsi Kak Noor.
    Musim pisang kat sini bolehlah cuba.
    Anak-anak pula memang suka makan apam gebus gebas gak.
    Tinggal tunggu maknya rajin dan ada masa hehehe....
    Pastu nak kena selongkar dapur mak mana bekas dia buat apam dulu tu hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni mesti setiap hari ada apam pisang kan diana, mama nya yg busy kena selongkaar kukusan lah ni dan acuan

      Delete
  10. Terima kasih nor kongsi resepi kak Zai c/p dulu sbb kat rumah tak ada pisang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena beli dulu lah kakzai pisang lepas tu buat ni mmg tk rugi rasa nya lembut sngt

      Delete
  11. msti semerbak harum bau nya kan apam pisang kak noor nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wangi sedapoq ni debgan apam pisang ni Dana

      Delete
  12. Apam pisang...semalam petang punya la tak tau nak buat apa....saya belah dua pisang berangan...pastu susun dalam pinggan dan siram dengan madu....biar meresap jap...sedap juga...

    Tengok apam Kak Nor ni...senget2 pun cantik apa...seni tu Kak Nor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara Fida lebih cepat boleh makan, tpi kalau buat lmbt sikit tpi sdppp hehe esuk2 buat lah apam ni Fida naa

      Delete
  13. nampak gebu sangat ni kak....geram je tengok...rasa nak ngap masuk pc je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah Ida tulah yg kaknoor tayang tu supaya Ida teringin

      Delete
  14. Macam senang jer nak buatnya tu KN. KN sure buat sambil pejam mata kan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anommmm
      ambooi ingtkan kaknoor terer sngt ke sampai pejam mata aduii mmg terlanggar pintu lah kalau pejam mata cayang anommm

      Delete
    2. Anommmm
      ambooi ingtkan kaknoor terer sngt ke sampai pejam mata aduii mmg terlanggar pintu lah kalau pejam mata cayang anommm

      Delete
  15. Mak Long berkenan sungguh makan apam.. Esok pagi bolehlah cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh buat maklong makan dgn paklong mesti bestt lembut dan gebuss

      Delete
  16. wah sedapnya nampak, gebu betul tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terasa mcm makan kek pisang lah pulak Rai..

      Delete
  17. terserlah kegebuan dan kelembutannya kak Noor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tk boleh selalu jugak ni Kam nnt tukang msk pun ikut kegebuan apam ni kann

      Delete
    2. tk boleh selalu jugak ni Kam nnt tukang msk pun ikut kegebuan apam ni kann

      Delete
  18. teringin nk buat tapi x de piyuk pengukus..guna rice cooker boleh tak

    ReplyDelete