Bunga Kering Dari Seberang Laut

Assalamualaikum dan salam kamis semuanya.
Hari yang busy sangat sebab sorang-sorang menjaga cucunda Iman tak dapat nak tulis banyak-banyak resepi pun belum siap di tulis.
Nak tanya siapa tau nama bunga ni dan kegunaan nya, bunga ni kaknoor ambik masa gi UK dah lama, masa ni anakanda ke3 kaknoor baru masuk boarding school, jadi bila melawat kesana, sepanjang jalan ke sekolah ternampak bunga2 ni terus tak malu kutip sebab macam cantik sangat dapat buat hiasan. Sampai dah berabuk dok jadi hiasan je any idea tak utk susun ke or apa2 kan bunga supaya lebih terserlah gitu.
Oklah cukup utk kali ini, cucu dah menjerit2 panggil maktok maktok haha...
Bunga Kering Dari Seberang Laut Bunga Kering Dari Seberang Laut Reviewed by Unknown on March 10, 2016 Rating: 5

24 comments

  1. Haah nampak cantik dan unik la kak noor...rasanya boleh selang selikan dnegan bunga artificial yang unik jugak kot baru dia cantik terserlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks SA nanti nak try cari bunga artificial yg sesuai digandingkan dgn bunga ni, kena ronda2 kedai bunga ni or tnya pakcik google kan

      Delete
  2. Macam nenas batu je kak noor...itu lah yg pernah saya tau...adek saya pernah belikan masa saya bersalin anak bongsu...rendam dan minum airnya untuk masaalah buang air besar...tapi saya tak amal kan pun.
    Tapi yg macam ros tu benda yg sama ke kak noor

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Saniah ada jugak yg ckp nenas batu tpi kaknoor pun tk berani nk ikut petua org suruh rendam dan minum airnya, sbb mungkin pelanduk dua serupa kot kan

      Delete
  3. cantik lah kak noor, nanti nak gi london cari...haha, berangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Sal jom nak ikut ke ke london jom kaknoor dh booking tiket ni hehehehe buar berangan jdi kenyataan

      Delete
  4. Kalau dah kering macam ini boleh bertahan lama KakNoor
    Warna original lebih menarik sebab kakak pernah nampak org dah warnakan
    Compare yg ini lagi cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tahan kakzakie, dari ambil dulu hingga skrg msih tak luntur warna dan masih lagi tk patah pun walaupun pun hanya dimasukkan dlm plastik je bila packing masuk luggage lagi

      Delete
  5. cantiklah bunga tu kak noor, nampak unik

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang unik Azra sebab dari dulu sampai skrg dok macam tu je warna nya

      Delete
  6. Yang besar itu pine cone. Di celah kelopak ada bijinya (pine nut) boleh dimakan dan campur dalam masakan. Pine cone yang sudah dikeluarkan kacangnya diguna untuk pelbagai hiasan terutama di musim Xmas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohya maklong, boleh di makan ke biji pine cone tu tak tau pulak, sbb ingatkan buat hiasan je
      lepas ni nanti nak korek amik biji haha
      memang bunga belah barat ni sinonim dengan Xmas lah maklong tidak syak lagi

      Delete
    2. Masakan Italian dan Greek banyak guna pine nut seperti pesto (basil+pine nut+minyak zaitun+garam+bawang putih+pamesan cheese) blend dalam food proccessor makan sebagai cecahan atau gaul dengan spegatti ganti sos tomato. Google banyak tunjuk resepinya.

      Delete
    3. thanks maklong nnt I google resepi nya insya Allah

      Delete
  7. Janganlah KN tanya dgn saya yg buta deko rumah ni hihi....
    Tapi mcm pernah nampak bunga tu KN ingatkan bunga hasil kraftangan, rupanya bunga betul ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisahlah Anom buta deko sama lah akak pun tu lah yg dok tanya tu
      mmg bunga betul ni bukan kraftangan ni Anom

      Delete
  8. Replies
    1. betul tu Kang wah Kang pun tau jugak ya bunga ni

      Delete
  9. BUNGA DH KERING CANTIK N TAHAN LAMA DISIMPAN TU NOOR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tahan lama sangt bunga ni P dah bertahun2 masih lagi utuh mcm ni cuma berabuk saja

      Delete
  10. Dulu kak Zai banyak bunga ini masukkan dlm vase besar bila dah lama buang macam tu aja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang kan kakzai, itulah nak di buang sayang nk simpan tk tau nk buat apa pulak

      Delete
    2. sayang kan kakzai, itulah nak di buang sayang nk simpan tk tau nk buat apa pulak

      Delete
  11. bunga pe tu kak Noor..cam kelopak bunga rose je

    ReplyDelete