Chicken Pie Get Well Soon Untuk Seseorang
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Baru ni kaknoor pergi melawat seseorang, tak tau apa nak bawa sebab yang di lawat ni taklah serius sangat tapi dek kerana kaknoor ni dah sinonim dengan masakkan, jadi last-last fikir terbuatlah chicken pie ni yang di tulis Get well soon je, oklah jugak orang sakit pun suka dan dipotong masa tu jugak mcam potong kek birthday lah pulak
Alhamdulillah kalau benda yang kita buat di sukai oleh orang memang hilang penat lelah betul tak??
Resepi ni dah banyak kali kaknoor letak, jom baca lagi sekali dan hafal haha jom!!
Resepi : Chicken Pie
Olahan : Bicara Kak Noor
BAHAN KULIT TART
6 oz mentega
12 oz tepung gandum
1 biji telur
50 gm gula icing
sedikit garam
CARA
- Uli semua bahan-bahan sampai jadi pastri dan masukan dalam acuan
- Cucukan dengan garpu supaya cepat masak, kemudian masukan inti dan di tutup lagi dengan potongan kulit tu., ikut kreativiti sendiri lah ya.
- Disini kak Noor masukan dalam acuan foil yang kecil tu, sebab lebihan buat untuk tempahan orang.
- Untuk orang sanggup kan buat lawa2 tapi untuk sendiri yang nak makan begini lah ala kadar je buat heee
- Tapi tetap sedap kan hahaha
BAHAN INTI PIE
200 ayam kisar
1 biji bawang holland di dadu
2 biji kentang di dadu
1 biji carrot di dadu kecil
1 kiub ayam
3 - 4 sudu mayonis
sedikit serbuk lada hitam
sedikit parutan cheese kraft
CARA
- Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bawang holland sehingga layu, masukan ayam kisar, kentang, carrot, serbuk lada hitam, kiub dan masaklah sehingga semuanya lembut dan tos kan.
- Gaulkan dengan mayonis dan parutan cheese cheddar dan boleh lah di letakan di dalam kulit pie tadi.
Ada tak yang nak mengorder chicken pie ni untuk seseorang jugak haha
No hal whatsapp saja pada kaknoor kalau bekenan ya. +673 8739160
Sebab kadang kalau nak bagi kek dah selalu sangat kan, jadi kalau chicken pie ni ada lah kelainan sikit, untuk birthday pun best jugak kan..
Chicken Pie Get Well Soon Untuk Seseorang
Reviewed by Unknown
on
March 08, 2016
Rating:
Alahai kak noor...sedapnya la
ReplyDeletecheqda pun boleh buat utk saps2 yg sakit supaya diaorang lebih happy
DeleteKak Nor.. Rupanya dah menarik rasa mesti sedap tu
ReplyDeleteinsya Allah pesakit ckp sedap oklah tu Lea
Deletecantik...yg dpt ni will get well soon..
ReplyDeletegembira org sakit dpt pie mcm ni..
alhamdulillah so far so good yg sakit dh bertambah baik dgn izin Allah nohas
Deletealhamdulillah so far so good yg sakit dh bertambah baik dgn izin Allah nohas
Deleteaduhai kak Noor... nnti kalu dana tak sihat nk suh kak noor poskan jugak lah ciken pie nih...
ReplyDeletenengok pun dh tau msti sedap
Kalau kak Zai nak order macamana hihihi...
ReplyDeleteCantik dan sedap.
Hihihi ..
ReplyDeleteJauh pulak nak WA kat Kak Noor ni..
Boleh ke pos..
Akak buat semua nampak sedap..
Oh ye lagi satu..
Sukatan Oz tu macam mana kiranya..
Teringat juga arwah mak guna sukatan Oz ni..
Masa arwah mak buat kuih..
Tapi dah lupa kak ~__^
kalau JM x sihat...pastu kak noor datang bawak pie tu..dari x selera mkn terus nk ngap
ReplyDelete