Bihun Goreng Belacan Sarawak


Assalamualaikum dan salam jumaat.
Terasa sekejab sangat masa berlalu, macam baru saja hari jumaat.
Dah datang lagi jumaat yang baru.
Biasa lah hari apa pun masak tetap kena masak kalau di rumah kaknoor ni.
Sebab big boss ni tak suka masakan yang di tapau, atau pun makan di kedai.
Jadi nak tak nak mak andeh dia lah yang masakkan.
Alhamdulillah so far dia tak pernah complain masakkan sedap ke tak sedap ke hehe...
ALHAMDULILLAH

Resepi ni kaknoor intai dari blog Ummi sebab ini adalah first time kaknoor masak bihun belacan sebab ada seseorang yang nak makan, jadi terpaksalah google resepi dan terjumpa resepi ni.
Tapi kaknoor dah ubah sikit-sikit ikut selera keluarga.



BAHAN-BAHAN

 Bihun Belacan 
 Utk sebungkus meehon dapat makan dalam 5-6 orang

Bahan A
5 ulas bawang putih 
4 ulas baawng merah  
1 labu baawng besar 
1 sudu besar udang kering 
1 sudu besar belacan 
20 kepala udang payak//udang segar biasa
5 biji cili besar
10 biji cili padi merah*boleh kurang /tambah ikut selera sendiri
Sedikit pati belacan Knorr atau apa-apa jenis
Sedikit pati ayam Knorr atau apa-apa jenis  

Bahan B 
Celur bihun dan tos kan
Celur dan hiris kecil sotong kembang
Hiris kecil timun 
Kacang  tanah goreng dan tumbuk 
Sedikit sos tiram, kicap manis dan kicap masin
Sedikit garam dan gula secukup rasa
Sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Membuatnya 
1.. Kisar bahan A dan tumis hingga naik bau. 
2.. Didalam  periuk yang berlainan, rebus kepala udang. 
3..Air rebusan di masukkan ke dalam tumisan, campurkan pati belacan  dan pati belacan.
4.. Masukkan sos tiram, kicap masin dan kicap manis sedikit. 
5.. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
6.. Akhir sekali masukkan tepung yang telah di bancuh dengan sedikit air.
7.. Angkat & hidang bersama bahan B. 



Kuah nya terpulang nak yang agak pedas boleh tambah cili lah kasi kaw-kaw ikut selera.
Disini kaknoor letak cili padi yang macam scotch bonnet tu terangkat U...


Ini versi sebelum letak kacang tanah, sebab pelanggan kaknoor ada seorang yang tak suka letak kacang hahaha boleh teka kalau ada yang sudi.


Ini pulak versi tersangatlah banyak kacang, sebab ada jugak seseorang yang terlalu suka kan kacang apa saja pun janji kacang je...



Bihun belacan ni memang agak lain sikit dari yang pernah kita makan sebab sotong kembang dan timun di gabungkan sekali, memang sedap terasa timun yang rangup dan sotong yang kenyal tu memang mantop.



Setelah di gaul dengan kuah lihatlah adik-adik semua macam tak sabar nak mamam kan!!!
Mesti kena try ni kalau ada yang tak sabar nak rasa 
SELAMAT MENCUBA YA..



Bihun Goreng Belacan Sarawak Bihun Goreng Belacan Sarawak Reviewed by Unknown on April 08, 2016 Rating: 5

26 comments

  1. kaknor.....i love youlah kak noor. fav saya ni bila balik kpg kat kuching. ada mak saudara yang buat sedap sangat2. kalau kat kuching mesti letak telur padi, telur yang hitam tu. ni yang buat tak sbaa nak balik hujung bulan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sngt tu UA kat sini kaknoor tk jumpa telur padi tu, kalau ada mmg kaknoor nk letak telur pdi jugak UA

      kaknoor pun teringin nk rasa yg ori meehun belacan ni mesti sedap sngt kan

      Delete
    2. betul sngt tu UA kat sini kaknoor tk jumpa telur padi tu, kalau ada mmg kaknoor nk letak telur pdi jugak UA

      kaknoor pun teringin nk rasa yg ori meehun belacan ni mesti sedap sngt kan

      Delete
  2. Baru pertama kali tengok kak noor..
    Macam rare lah bagi orang semenanjung masakan ni kan ..
    Nampak sedap tu kak noor..
    Boleh di cuba juga ni..
    Banyak dah masuk list saya dari blog kak noor ni tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor pun first time buat dan makan dan rasa nya bukan utk sekali ni je mungkin lepas ni akan ada ke2 dan ke3 yatie hehe nyamann

      Delete
  3. Uhuhu... betul-betul mengancamlah KakNoor
    Walau kakak tak pernah dengar dan baru pertama kali tahu ada resepi ini tapi betullah sangat mantop bila dibaca semua ingredients yg digunakan. Sedapnyaaa:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie jugak mesti try tk rugi kan memcuba masakan sesuatu negeri tu sbb memang unik sotong bihun belacan kacang timun digabungkan dlm satu menu

      Delete
  4. sedap nyer kak! kene pulak makan time panas dan pedas..phiewwww~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau versi akak mmg pedas Idzwa tk main lah tk pedas pasti ada cilipadi

      Delete
  5. Nampak sedap ni...boleh cuba nanti... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah kakcik bila ada waktu boleh try ni mmg berbaloiiii

      Delete
  6. Salam singgah sini kak noor....wahh....boleh buat menu sarapan pagi ni esok....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sediakan bahan Diana cari kelainan dlm menu kita mesti best ni

      Delete
  7. terliuq tengok mihun belacan serawak ni xsbr nk cuba resepi noor ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan P masa ada my friend suruh buat bihun belacan mmg terkedu jugak rupa nya sedap walaupun 1st time buat

      Delete
  8. waaaaaaaaaa rare nih kak noor... tak penh jumpa nih kt malaysia.... nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg rare tpi Dana rasa2nya buat benda rare ni abb mmg tkdo jual ni kena buat sendiri tau

      Delete
    2. mmg rare tpi Dana rasa2nya buat benda rare ni abb mmg tkdo jual ni kena buat sendiri tau

      Delete
  9. Menariknya resepi kakakku ini... best kan kan, boleh rasa macam2 jenis belacan

    ReplyDelete
  10. Mak Long pun nak cuba masak ni.. tapi kena tak tarok sotong. Sini itu je yang tak ada. Belacan serawak banyak bawak dari sana dulu...hihihi

    ReplyDelete
  11. Perut makin berkeroncong pula tengok hidangan ni.

    ReplyDelete
  12. Ohhhh....ingatkan goereng mcm meehoon biasa tu KN...tp lain rupanya. Nak makan baru gaul yek..

    Kalau cenggitu mmg lum pernah try....

    ReplyDelete
  13. Ohhhh....ingatkan goereng mcm meehoon biasa tu KN...tp lain rupanya. Nak makan baru gaul yek..

    Kalau cenggitu mmg lum pernah try....

    ReplyDelete
  14. Saya tak tahu pun ada bihun goreng belacan macam ni. Memang nampak menyelerakanlah KakNoor. Tengok gambar pun dah terasa sedap, kalau dapat makan ni lagilah sedap.

    Macamana bapaknya nak komplen; dah apa yang KakNoor masak semuanya menepati citarasa. Mesti sayang sangat kat KakNoor ni ^_^

    ReplyDelete