Lemak Kuning Cilipadi Telur Masin


Assalamualaikum dan salam sabtu semua nya.
Ni menu semalam sebab sayangkan telur masin yang dok membeku dalam petiais.
Lebihan dari buat nasi kerabu dulu, dah puas menggoreng telur masin, rebus telur masin.
Sesekali buat masak lemak telur masin memang power
Cepat je habis nasik dalam pinggan, tambahan dengan wangi daun kemangi tu adusss...
Ni yang buat malas nak masak sedap ni kannn...

Resepi ni kaknoor intai dari blog KAK ROSE izinkan ye kakrose, kaknoor letak di blog usang ni untuk rujukan anak-anak nanti.



BAHAN-BAHAN :

5 biji telur itik - boleh tambah atau kurang
5 cawan santan - kalau kurang boleh tambah
1 helai daun kunyit kaknoor letak daun kemangi je
1 batang serai - saiz besar
beberapa biji belimbing buluh
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api- kak rose kurangkan
1 inci kunyit hidup
sedikit garam - secukupnya

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan kunyit hidup , cili api dan ditumbuk lumat bersama garam . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama daun kunyit dan serai . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih .


2. Pecahkan sebiji-sebiji  telor dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam periuk sebiji-sebiji jugak hingga habis. perlahankan api dan tutup periuk. selepas 3-4 minit buka tutup periuk dan kacau perlahan, jika telur dah keras boleh diterbalikkan  dan pastikan telor tidak melekat didasar periuk. perasakan gulai dan bila telor dah cukup masak boleh la padam kan api dapur.



Memang terangkat sangat lemak telur masin ni, secukup rasa masin masam pedas
Sempurna sangat bila makan lemak telur masin dengan nasi putih panasss...
Jangan tunggu lama-lama untuk mencuba ni 
Rugi besar tu lambat makan yang sedap ni....


Lemak Kuning Cilipadi Telur Masin Lemak Kuning Cilipadi Telur Masin Reviewed by Unknown on April 02, 2016 Rating: 5

16 comments

  1. OK kakak nak cuba semua bahan tu ada kat dapur kakak cuma belimbing kakak warna hijau tak ada yg kuning. Tak apa rasanya sama KakNoor. Nak cuba hari ini juga:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah kakzakie belimbing hijau tk menjejaspun rasa nya yg penting pedas masin masam

      Delete
  2. kena beli telur måsin lah.. nak cuba masak this weekend. tak tau daun kemang.. saya letak daun kunyit je lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. daun kemangi sama dgn daun selasih Yan, daun kunyit also can asalkan wangi je

      Delete
  3. Sedap bila ada cili padi, lemak belimbing lagi, drooling :)

    ReplyDelete
  4. Kegemaran Siqah ni! Akan ambil lauk ni kalau ada jual kat kedai selalu beli :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah Siqah sama lah selera dgn kaknoor ni suka lauk mcm ni

      Delete
  5. boleh cuba ni lengkap semua rasa sedap sgt nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap P kalau ada pedas cilipadi tmbah santan kunyit mmg menjadi sngt

      Delete
  6. Kecur liur saya sampai sini kak Noor... tak sesia berenang jauh dari LD ke Brunei hihiiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie sekadar nak makan telur masin lemak je tk berbaloi rasanya berenang jauh jugak tu kan hahahaa

      Delete
    2. Amie sekadar nak makan telur masin lemak je tk berbaloi rasanya berenang jauh jugak tu kan hahahaa

      Delete
  7. kecur air kiur menengoknya, sedap nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan Azra yg sewaktu dgnya mmg tkdpt lepas kalau menu lemak pedas masin mcm ni kan

      Delete
    2. itulah kan Azra yg sewaktu dgnya mmg tkdpt lepas kalau menu lemak pedas masin mcm ni kan

      Delete