Tepung Gomak Pandan


ASSALAMUALAIKUM 
Salam kamis untuk semua nya.
Selamat petang adik-adik blogger ya.
Menu apa agak nya untuk minum petang ni??
Ada tak yang sama dengan menu kaknoor hari ni?
Sebenarnya dah lama teringin nak makan tepung gomak ni.
Terpaksa rajinkan lah diri sebab anak-anak kurang gemar gomak ni.
Sebab kuih ni kan agak KLASIK sikit jadi hanya sesuai untuk yang klasik lah kan.





BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm tepung pulut
  • 100 gm kacang hijau
  • 130 ml air pandan ( blend 5 lembar daun pandan bersama air )
  • sedikit air kapur
  • Garam dan gula  secukup rasa
 
BAHAN INTI:
  • 1 biji kelapa muda diparut
  • 150 gm gula melaka//merah
  • 2 sudu makan gula putih
  • 1 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • sedikit bancuhan tepung jagung utk memekatkan inti
 
 
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung pulut ke dalam sebuah mangkuk besar.
2. Kemudian bancuh tepung pulut tadi dengan air kapur, air  daun pandan, garam secukup rasa hingga menjadi doh. Ketepikan.
3. Untuk membuat intinya, panaskan kuali dengan menggunakan api yang perlahan. Selepas itu masukkan kelapa parut, gula melaka yang telah di racik halus, gula pasir, garam, pandan  di dalam kuali. Kacau rata supaya sebati.
4.  Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau hingga inti kering dan melekit, Kemudian angkat dan sejukkan.
5. Panaskan kuali sekali lagi, goreng kacang hijau tanpa menggunakan minyak hingga masak.
6. Selepas itu buang kulit arinya dan blend se hingga halus. Kemudian ayak dua kali hingga kacang halus seperti tepung.
7. Ambil sedikit adunan tepung pulut tadi dan bubuh inti kelapa. Kemudian bulatkan dan tekan menjadi leper.
8. Masak air di dalam periuk sehingga mendidih, kemudian masukkan adunan yang dileperkan tadi ke dalam air mendidih. Bila adunan itu timbul, angkat dan toskan airnya.
9. Akhir sekali, golekkan adunan ke atas tepung kacang tadi hingga rata. Buat sehingga adunan habis.
10. Bolehlah dihidangkan dan dinikmati.


Alhamdulillah memang nikmat menikmati tepung gomak ni.
Pada yang suka memang tak cukup 4 tingkat gomak ni.
Tapi yang tak suka tu sabo je lah  ya, mana tau esuk lusa ada menu yang anda suka hehee
SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA NYA.

Tepung Gomak Pandan Tepung Gomak Pandan Reviewed by Unknown on April 07, 2016 Rating: 5

15 comments

  1. Saya suka tepung gomak ni kak noor..
    Tapi tulah buatnya remeh sikit..
    Ingat nak buat juga lah..
    sebab ada kacang hijau masa najeeha buat ujikaji sains nya tempohari..

    kalau saya sepuluh tingkat baru cukup kak noor hahahah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg agak remeh temeh yatue tpi kalau dh suka semua jd senang ye dak

      Delete
  2. Saya suka tepung gomak ni kak noor tapi cukup lah 2 je.suka makan je membuat nya belum pernah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau makan gomak tk boleh dibawa bercakap kan saniah kang tersembur serbuk kacang haha

      Delete
  3. suka makan tapi tak pernah lagi membuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tk betul kuat hati mmg kurang rasa nak buat gomak ni UA kann

      Delete
  4. Siqah tak pernah makan. Teringat cerita P Ramlee tiap kali dengar nama kuih ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi Siqah peminat tegar cerita P Ramlie ni kn kaknoor pun dh tk ingt kt part mana P Ramlie dok sebut gomak ni

      Delete
  5. Tergoda saya melihat kueh tepung gomak Kak Nor... ni. Saya ni memang peminat kuih tepung gomak. Nanti bolehlah saya cuba buat... ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhirnya ada jugak yg teringin nk cuba fadzilah kan sila2 yg suka mmg senang je ni kan

      Delete
  6. Kuih ni kan mmg nostgic sangat tau KN. Apa taknya masa sekolah rendah dulu, achik kantin selalu jual kuih ni.

    ReplyDelete
  7. Kuih ni kan mmg nostgic sangat tau KN. Apa taknya masa sekolah rendah dulu, achik kantin selalu jual kuih ni.

    ReplyDelete
  8. adoi godaan godaan....sedap kueh ni....tapi baru ptama kali tengok versi pandan

    ReplyDelete
  9. Salah seorang kakak saya suka sangat tepung gomak ni. Kalau masa balik raya, mesti dia akan bawakan untuk kami adik beradik yang lain. Kalau nak harapkan saya buat tepung gomak, memang tidaklah KakNoor. Maklumlah saya tak berapa 'klasik' sangat tau. Yang moden pun saya tak buat sebenarnya ^_^

    ReplyDelete