Resepi Kacang Foul//Pool
ASSALAMUALAIKUM
Salam isnin dan selamat berpuasa rejab pada yang berpuasa hari ni.
Ini menu semalam hari ahad semasa breakfast.
Terimakasih pada adinda ASMA' yang sudi bagi free je kacang foul ni,puas lah makan lepas ni.
Dah beberapa kali cari kat kedai asyik takde saja.
Tapi bila dah rezeki tu, tut tut ada pulak yang mengorffer kacang foul ni 3 tin lagi...
Macam orang mengantuk di surungkan bantal lah.
Terimakasih daun keladi naa Asma' lain kali boleh bagi lagi hehee...
Jangan marah tau!!
Kebetulan kat rumah memang dah ada roti Peranchis tu, memang kena lah bakar roti terus menggodek kat dapur dengan bahan-bahan yang lain.
Resepi Kacang Pool
Bahan-Bahan:
1 tin kacang foul/pool
400gm daging kisar @ 2 keping daging burger
2 sudu minyak sapi atau butter
1 sudu serbuk kari daging
400gm daging kisar @ 2 keping daging burger
2 sudu minyak sapi atau butter
1 sudu serbuk kari daging
1 biji bawang holland (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
garam, gula dan air secukupnye
2 ulas bawang putih (dicincang)
garam, gula dan air secukupnye
Bahan Hiasan –
1 batang cili merah atau hijau
daun sup hiris
telur mata separuh masak
daun sup hiris
telur mata separuh masak
Cara Membuat:
1. Hancurkan kacang panggang yang telah dibuang air.Suka kacang bulat-bulat so tak hancur pun.
2. Panaskan minyak sapi atau butter hingga cair. Kemudian, tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari dan kacau. Kalau suka boleh jugak letakkan serbuk cili untuk pedaskan inti ni. Gaulkan bersama daging kisar dan kacau sehingga daging masak.
4. Masukkan kacang panggang bersama garam dan gula. Selepas itu, masukkan air secukupnya jikalau nak berkuah lebihkan air.
5. Tunggu sehingga masak. Seterusnya, pecahkan telur dan masak telur sehingga menjadi separuh masak.
6. Hidangkan bersama cili, daun sup, dan juga roti bakar.
Sila telan air liur ya pada suka sangat dengan kacang foul ni.
Boleh lah rajinkan diri kedapur.
Tak susah sebenarnya asalkan ada kacang foul tu.
Kat Brunei ni susah sangat nak jumpa kacang ni.
Nasib baik ada adinda disini yang bagi kacang ni hilanglah rasa teringin
Ada lagi 2 tin mesti akan di buat lagi dan lagi.
Resepi Kacang Foul//Pool
Reviewed by Unknown
on
April 11, 2016
Rating:
salam mak tok , yana pernah dengar je makanan ni makan tak pernah
ReplyDeleteWaalikmuslm yana
ReplyDeleteMaktok pun bru2 ni je mkn dulu2 tkpernah jugak, so far bru 2x hehee
Waalikmuslm yana
ReplyDeleteMaktok pun bru2 ni je mkn dulu2 tkpernah jugak, so far bru 2x hehee
Kalau tempat kakak ni dah jadi perkara biasa KakNoor
ReplyDeleteKakak kalau ke terminal bas larkin jemput anak balik ada masa singgah belilah juga
Buat sendiri tak lagi hihi... makan bayar je:)
Makan bayar lebih mudah, dan bersih tngan kakzakie dpd buat sendiri berpeluh2 tpi peluh sendiri lah hehee
Deletesedapnya kacang pool mkn dgn roti yg tau mkn kacang pool rebus je.
ReplyDeleteBetui P direbus pun sedap kacang ni kan
Deletesedapnya kak.... cuma kalau yg biasa dana makan kacang poolnya lebih berkuah gitu....
ReplyDeletenaper lah akak nih rajin betul msk sedap2 nih huhuu
Memang berkuah jugak tpi dh lama2 teekering dana hahaaha
DeleteAlhmdulillahh rJin cikittt je
Assalamualaikum Kak Nor...sebelum saya pertama kali makan kacang pool ni, tak pernah pula jumpa kacang ni,,,,bila dah makan, kerap pula jumpa...kat pasar pagi di Langgar pun ada....
ReplyDeleteterima kasih atas resepi...
Yakah fida kaknoor belum pernah mkn dikedai kcg ni tunggu balik kedahlah nk try yg kedai pulak
Deleteassalamualaikum kak...apa khabar...
ReplyDeleteyan tak pernah masak macam ni....sebab tak kena ngan tekak....huhuhu
Waalikmuslm yan
DeleteTkpe kalau, tk ngam dgn tekak tiada paksaan dlm perkara ni kan
Teringin juga nk buat sendiri kak noor tapi belum pernah lagi.Nanti nk buat ikut resepi.kak noor lah.
ReplyDeleteTry lah, saniah resepi simple2 je dan mudah sngt pun
Deleteada sesetengah org tak reti mkn kacang pool ni kan kak...saya pulak suka sangattttt...
ReplyDeleteTk kenal maka tk cinta Ida kann
DeleteTak pernak try buat lagi la Makcik Noyah, teringin pula bila tengok makcik noyah post gambaq tu
ReplyDeleteTulah Noriza kacang foul ni bkn resepi belah kita ciknoyah pun baru berjinak dgn si foul ni mmg sedap letak cabai bg pedas2 sikit gerenti tk cukup roti ni
DeleteTeringin juga nak mkn kacang pool ni..
ReplyDeleteSelalu orang Johorian jer cerita kat blog dorang dok mkn kak noor..
Nanti nak cari lah kacang panggang ni ..
Yalah yatie makanan org johor kacang foul ni kaknoor ikut2an lah tpi oklah apa cuba yatie try mesti sedap
DeleteKN.....saya dah beli kacang foul ni tahun lepas tak silap. Akibat terliur tengok entri org. Tp sampai sudah saya belum masak lagi hihi....
ReplyDeleteBila KN cite pasal kacang foul ni teringin pulak nak masak esok hihi...
Waduh hanom dh lama beli kacang ni entah2 dh expired ape kacang tu hahaha awat lama nk tunggu rajin ni Nom!!!
DeleteKakkk, saya tk kenal pun camane rupa kacang pool ni, hu hu.
ReplyDeleteKak, byk dah resepi akk and kak PI saya simpan dlm screen shoot, entah bila nk buatnya entah
Yeke Zimah tk tau kacang ni, itulah kaknoor pun terlupa nk ambik gmbo tin kacang ni insya ALLAH nnt akak snap ye
DeleteKesian KakNoor ya sampai kena buat sendiri. Kita kat sini pergi Presint 9, Putrajaya aje kak nak beli kacang pool ^_^
ReplyDeleteItulah MD kan kaknoor pun mcm nk nangis je ni sbb kacNg foul tkde jual kt sini huhuuu macam nak terbang balik skrg jugak nk cari kacang foul ni MD
DeleteItulah MD kan kaknoor pun mcm nk nangis je ni sbb kacNg foul tkde jual kt sini huhuuu macam nak terbang balik skrg jugak nk cari kacang foul ni MD
Delete