Kuih Ketayap Polkadot


Assalamualaikum dan salam selasa.
Hari ni hujan lagi pepagi.
Alhamdulillah sejuk lah sikit bumi Brunei ni
Sebenarnya dah dua hari hujan berturut-turut di awal pagi.
Bila sejuk-sejuk macam ni perut jadi lapar
Macam-macam idea datang nak masak.
Ni idea semalam ketayap polkadot.
Orang dah lama buat kaknoor baru terhegeh-hegeh nak buat.
Itupun kebetulan dah ada inti nya dalam frezer.
Resepi nya kaknoor ambik dari blog IZAH MUFFIN 
Thanks Izah dah ramai jugak yg mencuba resepi ni memang menjadi dan sedap.
Mesti try pada yang lain ya..





KUIH KETAYAP POLKADOT WARNA WARNI
Resepi: Kak Wan
Sumber: CT Delima
Diolah tambah : Ummi @ Home Sweet Home
Dicuba lagi oleh kaknoor


Bahan Dadar
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur 
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan susu cair atau santan
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • 1 sudu besar majerin dicairkan 
  • sedikit minyak utk disapu pada kuali


  • Inti (*akak buat inti citarasa akak sendiri - hampir sama jek dgn kak Wan punya)
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 3/4 cawan gula merah (*akak guna 1/4 cawan gula melaka yg dihancurkan, 1/4 cawan gula merah)
  • sedikit air (*akak x letakpun)
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung pulut/jagung (akak letak tepung jagung)




Cara-cara :
  1. Untuk INTI: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
  2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  3. Untuk DADAR : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis. (*akak asingkan sedikit adunan, campur sikit tepung lg biar pekat, kacau sebati dan letak masing2 dgn kaler biru dan merah. ,masukkan ke dalam piping beg dan gunting kecil muncung beg)
  4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. (*kemudian akak cepat2 dot-dotkan atas adunan dengan kaler biru dan merah)
  5. Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. (*akak angkat dan terbalikkan bahagian polkadot ke bawah.)
  6. Terus letakkan inti dan gulung. (Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang). Ulangi sehingga adunan tadi habis.



Ini yang kaknoor letak inti paste kacang merah.
Kebetulan masih ada kacang merah sebab tukang masak memang hantu kacang
Jadi apa benda pun nak letak jugak kacang
Memang sedap sangat berbanding dengan inti kelapa
Kalau dah suka memang semua nya sedap belaka ye dak!!!


Kuih Ketayap Polkadot Kuih Ketayap Polkadot Reviewed by Unknown on April 26, 2016 Rating: 5

23 comments

  1. morning orang Brunei Darul Salam.... kuih ketayap polkadot tu, walau apa pun kita nak yang banyak intinya he he heee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afternoon Mie org Brunei busy bngt ni no problem semuanya bnyk inti tu tkde pilih kasih sbb semuanya kaknoor sayang hehe

      Delete
  2. Ini kuih tetayap org rajin ni KakNoor
    Siap ada polkadot lagi nak bagi cantik:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb mau kelainan ni lah yg rajinkan diri buat dot dot kakzakie

      Delete
  3. Amboi rajin sungguh kak noor..
    Siap polkadot lagi kuih ketayapnya itu..
    Lagi bertambah selera nak makan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama nk buat polkadot ni yatie cuma tkda kesemptant tpi bila dh ada sikit ruang rajinkan je cuma lmbt lah sikit

      Delete
  4. Budak-budak tertarik ini nak rasa makan kuih tradisional seperti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak kaknoor pun suka ni diana tpi diaorang lebih suka inti kacang tk suka inti kelapa mcm2 je budak2 ni kan

      Delete
  5. wah wahhhh comel! siap ada polkadot.. unik betul. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, dh lama pun org buat polkadot ketayap ni cuma kaknoor je yg lmbt

      Delete
  6. POLKA DOT ANEKA WARNA CANTIKKAN LAGI KETAYAP HIJAU DGN INTI YG SEDAP...

    ReplyDelete
  7. Rajin sungguh kak noor buat pol kadot ya...budak2 tengok berselera nak mkn.
    Inti kacang merah tu sedap kan kak noor...saya pun suka tapi tak pernah makan dengan kuih ketayap.

    ReplyDelete
  8. first time tgk kuih ketayap polka dot..cantik merah & hijau..inti paste kacang merah, nampak sedapp..

    ReplyDelete
  9. First time nampak di Kak Noor, kuih ketayap warna merah hijau polkadot. Biasa apam je nampak. Menariknyaa. Mesti sedap!

    ReplyDelete
  10. Kak Nor...rajinnya akak buat dot-dot tu...

    ReplyDelete
  11. akakkkkk...cantiknya polkadot mcm tu..geram je tengok...kalau saya, terus rasa sayang nak makan...hahaha...

    ReplyDelete
  12. saya pun suka buat kuih ni. paham dah camne nak buat polka dot tu

    ReplyDelete
  13. Assalam.. wah bestnyer kak noor, cantik ler tgk pic pun dh tau sedap !

    ReplyDelete
  14. Hai rajinnya nak buat polkadot tu... Ingatkan yang inti kacang merah tu, dodol... kuih ketayap inti dodol.

    ReplyDelete
  15. Kuih ketayap biasa pun saya tak pass lagi...hihi
    Tapi boleh dicuba ni. Cantik pulak rupanya bila ada dot dot

    ReplyDelete
  16. Kak Nor....saya ni ketayap biasa pun tak terbuat inikan pulak ketayap polkadot....hahah....nampak gayanya masih jauh perjalanan tu haha

    ReplyDelete