Sotong Butter Yang Lazat


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semuanya.
Resepi sotong butter yang telah lama dalam simpanan
Hari ni kaknoor geledah almari gambar sotong butter ni
Jadi sebelum terlupa letakkan lah untuk rujukkan siapa yang sudi.
Sebenarnya resepi asal nya dari udang butter, cuma kali ni di ganti dengan sotong.
Bahan lain semua nya sama je ok.




Butter Prawn

Floss
2 biji kuning telur
sesenduk butter/margerin
secawan minyak

Bahan –bahannya
12 ekor udang saiz besar dibersihkan*disini kaknoor gantikan dengan sotong
sedikit garam  
sedikit lada sulah
minyak untuk menggoreng

3 ulas bawang putih cincang
8 biji cilipadi dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
sedikit butter / margerin untuk menumis
sedikit serbuk lada hitam/putih jika suka
sedikit garam

Cara memasaknya
1.  Pukul ringan telur, boleh gandakan kata Shiela nak lebih floss tu, tapi kaknoor pun takut tak jadi guna ikut sifu gak.
2.  Panaskan butter dan minyak, guna senduk bulat dan pusing2kan senduk tu laju2 buat bulatan.
3.  Baru tuangkan telur sedikit2 kalau boleh agak tinggi supaya jatuhnya halus, terus pusingkan senduk kita tu tau.
4.  Buat sampai  habis telur dan berwarna kekuningan boleh lah di toskan dan penapis santan ke atau apa2 penapis yg ada lah ya.
5.  Goreng udang yg telah digaul dgn lada sulah dan garam dengan minyak panas sehingga kekuningan dan angkat.
6.  Panaskan butter dan tumislah bawang putih, cilipadi dan daun kari sehingga wangi.
7.  Masukan susu cair dan masak sekejab dan masukkan udang dan gaul sebati.
8.  Masa nak hidangkan taburkan floss yang telah goreng awal tadi, sedappp di ratah atau dimakan dengan nasi putih.




Nampak tak ada sekor udang sesat tu..
Sebenarnya memang nak buat udang butter, tapi korek2  frezer hanya ada sotong.
Jadi sotong pun sotong lah, udang tu terjatuh dalam frezer kesejukkan 
Jadi masukkan je daripada membazir ya dak!!


Sotong Butter Yang Lazat Sotong Butter Yang Lazat Reviewed by Unknown on April 12, 2016 Rating: 5

13 comments

  1. salam mak tok! hehehe nasib baik dah makan tengahari , kalau tak terliur jugak

    ReplyDelete
  2. on the way datang umah akak...hahaha

    ReplyDelete
  3. Mak aiiihhhh....sedapnya
    Baru lepas makan dah lapar balik

    ReplyDelete
  4. Lama tak singgah sini...makin cantiklah blog Kak Noor

    ReplyDelete
  5. Mak aiiihhhh....sedapnya
    Baru lepas makan dah lapar balik

    ReplyDelete
  6. Kak Noor, kadang nak komen tak da kotak komen, mungkin internet saya kut.. tetapi Alhamdulillah hari ni bole. Memang menyelerakan. Sedap..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kak nor...dah lama saya x makan butter prawn....

    ReplyDelete
  8. boleh dipelbagaikan ,kan...takde udang gantikan dgn sotong..

    ReplyDelete
  9. Lapar balik bila tengok gambar. Hihi. Dah save dalam pocket, nanti boleh cuba buat. Hii

    ReplyDelete
  10. Kak Noor, sedapnya nampak.. Ita biasa buat udang jer, pasni kena cuba sotong pulak lah ya..

    ReplyDelete
  11. Wah menariknya resepi ni.. selalu buat udang je.. dan tali telur tu.. berseni! :D

    ReplyDelete