Koleksi Apam Nasi Rona Roni


ASSALAMUALAIKUM
Selamat tengahari semua nya ya
Hari yang sibuk biasa lah surirumah sepenuh masa
Macam-macam kerja kena buat
Jadi hari ni resepi ulangan dulu ya jom tengok apam rona roni ni.
Menu klasik yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.


Bahannya
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula boleh tambah atau kurang ( pada tekak kak Noor dah ok manis )
1 peket yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air
Kelapa parut putih secukupnya


Cara nya
Masukkan semua bahan2 kedalam mangkok besar kecuali nasi dan air,gaulkan dan ketepikan kejab
Kisar nasi hingga betul2 hancur dan campurkan dengan bahan2 yang di gaul tadi dan biarkan sebati
Perapkan selama 3 jam atau lebih sehingga adunan naik dan ber awan
Panaskan kukusan terlebih dahulu
Masukan adunan dalam acuan dan kukuslah selama 10 ke 15 minit untuk acuan yg kecil tapi kalau guna tray yang besar lebihkan masa kukusan lah
Dah masak gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampurkan sedikit garam
Lepas tu boleh lah dihidangkan dengan kopi atau teh pilihan.





Untuk yang tak ramai pelanggan apam ni boleh lah buat setengah je daripada sukatan resepi ni sebab kalau ikut sukatan asal memang agak banyak. Apam ni akan tahan lama kalau kita masukkan dalam bekas bertutup insya Allah sehingga kepetang masih lembut.  Tapi kalau tak habis boleh masukkan dalam petiais bila nak makan hanya masukkan dalam microwave 1 minit, atau dikukus semula 5 minit insya allah akan lembut semula.


Koleksi Apam Nasi Rona Roni Koleksi Apam Nasi Rona Roni Reviewed by Unknown on April 06, 2016 Rating: 5

36 comments

  1. sedapnya..cantik kalernya, warna-warni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg buat bg tertarik nk makan tu kannnn nohas

      Delete
  2. Canteknya kak noor warna warni.menambah selera nak makan apam nasi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhmdulillah Saniah kalau buat mmg mesti habis punya sbb tk tahan tengok kaler nya

      Delete
  3. apam warna warni mesti ramai yg suka ni.

    ReplyDelete
  4. Layan dengan kopi petang hari ..'
    Memang sedap ni kak noor..
    Nak save lah resepi kak nor ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kopi kaw-kaw pasangan terbaik utk apam ni yatie kan

      Delete
  5. sedap nyer apam ni menarik lagi sebab warna warni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg ni bukan saja org cari makanan yg sedap Idzwa tpi yg warna warni jugak kann

      Delete
  6. kak noor ni masak apa pun nampak effortless..tabik spring la!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai Sal sbb nak makan jugak tu tpi kalau dh kita minat dgn photo2 apa nk buat masak apa pun kalau tk amik gmbr tk sah lah

      Delete
  7. rajin kak noor mewarnainya, sedap ni feveret ana ni kak noor ,buh kelapa parut banyak2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kelapa kena banyak baru best ni Ana

      Delete
  8. waaahh kak noor..terdera tekak ni melihat apam yg gebu merekah tu..terbayang2 makan masa sarapan atau minum petang..bersama teh o panas2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha baru pernah tau ada perkataan terdera ni Kam adoiii benda mudah je pun boleh try Kam biar tklah terdera sngt tekak tu

      Delete
  9. Warna warni...bilalah kak Zai nak mencuba nampak senang membuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzai anytime boleh cuba kann nak dgn tk nak je kann

      Delete
  10. cantik la kak..naik cantik...
    kalerful pulak tu...

    saya baru lepas makan apam ni pagi tadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah mcm berjanji lah Ida dan kaknoor asyik mengepam rona roni ni

      Delete
  11. bestnya
    cantik syg nak makan

    ReplyDelete
  12. KakNoor ni pandai nak menggayakan makanan yg nak diphotokan
    Dahlah warnanya mengancam mata, itu yg tergoda sungguh:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie dh suka sngt dgn kaler maler ni jdinya apam mi lah yg jd mangga kaknoor

      Delete
  13. Salam singgah sini kak noor.....nampak menarik lah warna dia kak noor....warna warni.....sayang pula nak makan....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jugak utk Diana
      terimakasih ya kaknoor tk syg lah sbb bnyakkk ni

      Delete
  14. makan suke kak tp nk bt takde kerajinan hehehe... dasat kn pemalas tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana cyg benda ni senang sngtlah jgnlah jdi malasss sngt dik hahaha

      Delete
  15. Saya suka apa jenis apam pun KN...mmg gu dialah cicah ngan kelapa masin sikit. Mmg pergh!!

    ReplyDelete
  16. Saya suka apa jenis apam pun KN...mmg gu dialah cicah ngan kelapa masin sikit. Mmg pergh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kelapa biar masin2 sikkt kalau tawaq ja mmg tk sedap langsung apam ni kan Nom

      Delete
    2. betul tu kelapa biar masin2 sikkt kalau tawaq ja mmg tk sedap langsung apam ni kan Nom

      Delete
  17. resepnya keren banget lah, sangat informatif, makasih ya

    ReplyDelete
  18. Anak bujang saya suka apam warna-warni ni, KakNoor.

    KakNoor ni memang ohsemlah. Skill memasak ohsem. Skill ambil gambar pun ohsem. Dengan memancar-mancar pilihan warna apam yang terang benderang tu, tergugat air liur saya asyik nak meleleh aje tau!

    ReplyDelete