Ayam Peri- Peri Ala Nandos Sedap & Mantop


                    
ASSALAMUALAIKUM
Hari ni bermula semula aktiviti memasak di rumah dengan ayam peri-peri ni, belum cuba belum tau, bila dah cuba memang nak selalu, sebenarnya ayam ni dah banyak kali kaknoor buat, tak cukup kalau masak sikit-sikit untuk ayam ni, resepi ni di ubah suai untuk citarasa sebelah asia ni untuk lebih pedas sikit, tapi rasa nya orang barat pun sekarang dah suka makan pedas, contohnya kalau siapa selalu tengok channel TLC, AFC macam-macam pertandingan makan yang pedas-pedas yang diaorang buat. jom siapa nak resepi kat bawah,memang marbeles siapa tak cuba rugi ni..






BAHAN NYA
1 ekor ayam di bersihkan di potong 4
6 biji cili padi (ikut kepedasan masing2 nak tambah atau kurang)
1 biji cili capsicum
1 biji lemon di perah ambil nya
2 sudu besar paprika powder
2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk oregano kaknoor guna oregano fresh di cincang
1/2 sudu kecil serbuk cili merah
1/2 cawan minyak sayur
5 ulas bawang putih
4 sudu besar cuka
1 sudu besar lada hitam tumbuk
1/4 sudu kecil pewarna merah atau oren


CARA NYA
1.  Kisar cilipadi, capsicum, bawang putih, masukkan air lemon, paprika, garam,serbuk cili merah, cuka, lada hitam dan pewarna dalam bekas besar.
2. Kacau sebati tambahkan dengan potongan daun oregano fresh dan ayam, gaul  rata dan peraplah selama 1 ke 2 jam.
3.  Panaskan kuali tak melekat panggang lah ayam tadi sehingga kekuningan sebelah luar nya, lepas tu baru lah dimasukkan dalam oven untuk masak sepenuhnya selama 30-40 minit dengan api 170'C.
4.  Lebihan marinade tadi ditambah dengan sedikit air dan masak lah sehingga pekat.
5.  Boleh lah dihidangkan bersama ayam peri-peri ni.





Yang belum pernah tengok pokok oregano, ini lah dia segar dan hijau jugak beraroma ala-ala english gitu yang segar bugar..


Ayam Peri- Peri Ala Nandos Sedap & Mantop Ayam Peri- Peri Ala Nandos Sedap & Mantop Reviewed by Unknown on February 02, 2015 Rating: 5

21 comments

  1. mesti sedap ni kak noor.. saya mesti cuba. Bahan2nya mudah nak dapat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes eny wajib ni mencuba baru tau sedap nya macamana kannnnn

      Delete
  2. Terasa nak mencuba pulak Ayam peri-peri ni kaknoor... tambahan kaknoor kata rugi tak mencuba.. sure sedap kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat rugi Yatie, kalau tak cuba sbb ada sorang rakan fb/blogger jugak dah inbox kat kaknoor katanya dah cuba lepas tu hubby nya ckp sedapp amik resepi kat mana?? hahah kembang kejab kaknoor

      Delete
  3. Oooo Kak Noor! Ngences saya dibuatnya bila tengok ayam peri2 ala nandos tu... lagilah bila nampak daun oregano segar bugar tu... huhuuu mana saya nak cari ni kak!

    ReplyDelete
  4. kalau berjiran dpt kaknoor anto kejab oregano ni utk Amie masak tapiiii tulahhhhhhhhh

    ReplyDelete
  5. ayam peri2 nama..hihi.. ayam cherry ke.. letak hiasan buah cherry..hihi

    ReplyDelete
  6. ni mesti lagi sedap dari yang kat Nando's tu...huhu

    ReplyDelete
  7. segarnya pokok oregano tu..akak tanam ker?

    ReplyDelete
  8. Kat beradford ni baru saya belajar makan peri peri chicken.. Biasa beli yang dah siap perap, balik tinggal nak bakar jer dalam oven... Dah tahu resepi ni, lain kali boleh lah cuba resepi ni pulak... Tq kaknoor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila lah try Nur
      resepi ni anak kaknoor yang cari kan resepi orang putih jugak ni
      tapi boleh ubahsuai kita citarasa kita

      Delete
  9. Nampak tempting sangat! Yummmy! Kak Noor, sihat dan segarnya pokok oregano Kak Noor!

    ReplyDelete
  10. SALAM..

    dalam senarai bahan ada minyak sayur (sayuran?). tapi bila masa nak guna tu? tak ada dalam resepi.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Kak Nor

    Seronok baca resipi yang awak buat ni. Saya juga peminat ayam peri peri dan sebenarnya saya ada kedai makan yang buat ayam peri peri, mengunakan sos peri peri buatan saya sendiri , yang saya oleh bagi kena dgn tekak Malaysia….dan juga ada hidangan sampigan yang sesuai utk kita kita ni….

    Nama saya Nazri, Founder dan CEO Chicken Royale,
    www.facebook.com/CRchickenroyale

    Saya rasa berbesar hati sangat kalau awak sudi datang ke Food Truck saya,menikmati versi ayam peri peri saya… Saya belanja dgn ikhlas hati…nak dapatkan pandangan awak…. Datang ye, dan call atau whatsapp saya dulu sebelum datang di 0187682482
    Kami ada di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras… Buka pukul 5pm sampai 12 malam… Kecuali rabu cuti…

    Datang ye…

    ReplyDelete
  12. JEMPUT NIKMATI PERI-PERI CHICKEN WINGS MEMANG LAZAT RASA INTERNATIONAL , DI IG KAMI @ZINGAPERIPERI.FREE DELIVERY DALAM LINKUNGAN KAWASAN KOTA DAMANSARA. CUBALAH SEKARANG !

    ReplyDelete