Goreng Pisang Cicah Sambal Kicap Johor Style
ASSALAMUALAIKUM
Salam manis tanpa gula dari kak noor untuk semua nya ya.
Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi breakfast yang selalu sangat kita buat di rumah.
Cuma kali ni di cicah dengan sambal kicap yang agak pedas.
Memang terangkat ni tak sedar cucur pisang ni dah habis dengan cepat sekali.
hahaha...
BAHAN NYA
2 biji pisang tanduk atau pisang apa saja yang sesuai
1/4 cawan tepung gandum
2 sudu minyak panas
secubit garam
sedikit kunyit
air secukupnya
secukupnya minyak untuk menggoreng
CARA NYA
1. Potong pisang ikut kreativiti sendiri nak panjang pendek nipis or tebal
2. Masuk tepung, garam, kunyit dan air, bancuhlah agak sedang-sedang pekat.
3. Semasa membuat bancuhan tepung salut ni, boleh lah panaskan minyak dalam kuali.
4. Bila minyak dah panas, ambil agak-agak 2 sudu besar dan masukkan dalam bancuhan tepung.
5. Kacau rata, tujuan nya kita masukkan minyak adalah untuk mengrangupkan goreng pisang.
6. Masukkan hirisan pisang dalam tepung dan gorenglah sehingga kekuningan .
Untuk membuat sambal kicap tumbuk lah beberapa biji cili padi merah dan hijau, campurkan dengan kicap manis secukup nya, Cucur pisang goreng kita sedia untuk dimakan bersama dengan sambal kicap, memang sedap sangat rasa manis-manis pedas.
Jom siapa singgah kat sini hari ni sila lah jamu selera dengan cucur pisang cicah sambal kicap johor style ni, yang di buat oleh orang kedah yang tinggal di brunei hahah, berapa banyak negeri daaaaa kan hari ni yang terlibat, tak kisah lah janji happy...
Goreng Pisang Cicah Sambal Kicap Johor Style
Reviewed by Unknown
on
February 16, 2015
Rating:
sedapnya
ReplyDeletemakan di waktu ptg
pagi petang pun ok je Hanum layan waktu panassss
Deletesedap nyer...saya pernah pegi kenduri kawin hidang pisang cicah kicap ni kami tak hadap nasi pun..thihiii..
ReplyDeletewah kat kenduri kawin pun ada pisang cicah sambal kicap gak ke best tu, kalau kaknoor pun sama gak kot mesti cari pisang ni Idzwa
DeleteKesukaan SS... Sebab SS Johorean... He He He..
ReplyDeletebaru tau SS johorean ke, utara dan selatan ni berjumpa kat blog ni ya..
DeleteSS di Selatan, Kak Noor di Utara, di Bicara Kak Noor bertemu jua :)
DeleteJappp... Nak tanya... Kak Noor ke tu orang Kedah yang tinggal di Brunei? He He He...
ReplyDeleteBrunei ka, bukan Indon? nak tanya jugak
DeleteSS kaknoor lah orang kedah yg tinggal di Brunei tu hehe. QA bukan indon lah Brunei bah... cuma kadang2 terkeluar Indon cikit2 entah kenapa sbb ikut maid ni kot hahaha
Deletepisang susah plak nak dapat kat tmpat ai.. nak juga makan goreng pisang
ReplyDeletemungkin boleh jugak guna ubi manis atau ubi kayu QA, tkde jugak tempe pun also can maaaa....
Deleteterliur acik kaknoor..dah biasa makan goreng pisang cicah sambal kicap ni kalau pi rumah anak sedara dijohor tu
ReplyDeletepertama kali makan mmg tak puas kan Acik nak berkali-kali sedappp
DeleteWah menarik ni Kak noor..cucur pisang cicah belacan dah biasa wana makan tapi kalau cicah kicap ni agak baru buat wana :)
ReplyDeleteyg cicah belacan tu kaknoor belum biasa Wana ade ke pulak macam tu, cicah sambal bacan ke atau bacan saja
DeleteBetullah Kak Noor kalau di Johor memang beginilah cara terbest makan pisang goreng, keledek goreng, ubi goreng dsb. Best kan:)
ReplyDeletebest jugak kan kakzakie banyak negeri banyak resepi dan banyak jugak cara makan walaupun sama benda tapi kalau betul dan matching memang terangkat walaupun sekadar pisang goreng.
Deletecicah tempe pun sedap kak....
ReplyDeletebelum pernah try cicah tempe yan esuk lusa boleh try tempe goreng pulak kan...
DeleteOrang sekarang sibuk dengan goreng pisang cheese.. tapi goreng pisang cicah sambal kicap lah sebenarnya paling MELETOP kan Kak Noor :)
ReplyDeletecheese selalu pun menggalakan pembesaran spare tyre yatie kan, jadi sesekali kita beraleh ke sambal kicap pulak, sebab kabarnya makan pedas boleh kuruskan badan oooooo kannnn
Deletesdapkn kak..:)
ReplyDeletesangat sedap normie boleh try esuk lusa kalau ada pisang ya
Deletedah lama tak makan macam ni, selalu family Zue makan masa tea time.. waktu lepas asar tu, sambil tengok TV. hehe.. Nak gi beli pisang la, boleh buat petang ni.. ^_^
ReplyDeletecemana Zue jadi tak buat goreng pisang cicah sambal ni hahaha, mesti laris kan, gerenti cerita kat tv dah tau hujung pangkal ni
DeleteTukang kebun pertama kali tengok pisang cicah kicap ni masa ambil kursus kahwin di Johor tahun 2006 dahulu.
ReplyDeleteTerkejut juga masa tu sebab tak pernah nampak hehehe....
wah diana dah lama tau lah cerita pisang goreng cicah sambal kicap ni kan, kaknoor baru je setahun dua ni tau sbb bergaul dengan orang2 johor dan rajin ber bw kalau tak pisang goreng cicah kopi je hahahaha
DeleteEmmmm sedapnya kak nor,, kalau tak pisang,, saya suka wat tempe goreng makan dengan sambal kicap,,, rindu plak sambal kicap johor ni,,
ReplyDeletedah dua orang ckp tempe cicah sambal kicap ni Saniah, boleh lah esuk lusa kak noor goreng tempe lagi ni, idea menarik untuk tambah koleksi makan2
DeletePergh.....KN ...... tu mmg kegemaran okje tu. Pisang tanduk pulak tu . Org Kedah yg duduk kat Brunai pun suka apatah lagi org Johor pure katanya haruslah 2x suka pisang goreng cicah sambal kicap kan hihi....
ReplyDeletehahaha, hainom orang johor original mesti double triple suka ni kan, sbb celik2 mata mesti dah nampak sambal kicap cicah pisang goreng, lain lah dgn kaknoor yg baru nak berjinak dgn sambal kicap ni knannnn
DeleteSedapnya... dah lama tak makan goreng pisang cicah sambal kicap. :)
ReplyDeleteyati, tak susah pun esuk lusa boleh try buat memang sedap pada tekak kaknoor yg dah tak muda ni hehehee
Deleteuishh, kecur air liur sy..bila tgk gambar cucur pisang cicah sambal kicap johor style yg dibuat oleh org kedah yg tggl di brunei ni. hehe
ReplyDeleteSyahida, kaknoor dpt jamu mata saja tau, nak jamu selera kena buat sendiri, mesti rajinkan diri, orang kedah ni bagi idea je utk orang brunei jugak hahaha
DeleteTerangkat nih bercicah ngan sambal...biasanya mkn begitu saje...
ReplyDeletesejak kawin dgn org Jawa baru saya kenal sambal kicap ni kak noor..skrg sambal kicap mesti ada stok dalam peti ais...
ReplyDeleteSaya memang kalau time menikmati pisang goreng, tiba2 tukar jadi orang Johor, Kak Noor ;)
ReplyDeletetrend sekrg goreng pisang chese...cicah dgn kicap sedap tu..
ReplyDeletethank you kak for sharing resepi kicap tu. Selalu balik Muar mesti pau pisang dengan kicap emm dap. Tak tahu resepi takyah gula ye kak?
ReplyDeleteeh..pisang tanduk ehh...sy plg suka pisang tanduk....manis jerr....cicah lak ngn smbl kicap....sedapnyerrr....hihihii
ReplyDelete