Nasi Arab Simple Dimple Birthday Boss


ASSALAMUALAIKUM selamat petang untuk semua nya, hari ni memang agak sibuk dengan tempahan tart nenas untuk CNY yang tak lama lagi,  dari pagi sehingga ke petang membereskan order orang, alhamdulillah cukup untuk hari ni, esuk lusa lagi sambong.  Berbalik pada resepi hari ni, kebetulan birthday hubby kak Noor, jadi masaklah yang agak special sikit, tapi agak ringkas jugak. Yalah bila dah sibuk sangat makan pun seadanya saja lah.




Kalau ada adik-adik yang teringin nak guna resepi kaknoor boleh lah ke SINI ya, kalau guna beras basmathi atau beras biryani memang sedap lah, terasa berada di Arab lah pulak haha.. bila makan ni




Ok lah untuk kali ini insya ALLAH esuk lusa berjumpa lagi dengan menu yang lain, sila jamu mata dulu pada yang suka dengan menu ni, dan kalau ada yang tak tahan boleh lah try ya...



Nasi Arab Simple Dimple Birthday Boss Nasi Arab Simple Dimple Birthday Boss Reviewed by Unknown on February 09, 2015 Rating: 5

18 comments

  1. Sedapnya nampak..teringin pulak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali makan memang sedap shima nasi arab ni..

      Delete
  2. salam kak noor .,,ringkas apa macam ni .. nasi exclusive dari arab ni hiii... ..sempat lagi buat masakan special ..walaupun sibuk dok mengetat.. huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam wani, ringkas jugak tu sbb nak mengejar masa hanya 2 jam di dapur, kalau panjang masa mmg nak buat banyak lagi tu hehee

      Delete
  3. selamat ulang tahun big boss...

    kak noor..nak tanya sikit..kat brunei sambutan raya cina macamana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yan, sambutan raya cina disini, tk sehebat di malaysia banyak yg tertutup, cuti hanya 1 hari saja, walaupun ramai jugak kalangan chinese disini.

      Delete
  4. walaaa kak... ni bukan simple dimple lagi ni... ni dah cukup komplit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi kaknoor macam tk banyak sngt kalau utk org birthday kan MIe, hehehee

      Delete
  5. sedapnya nampak nasi arab tu. tergoda tengok beras yang menguning oren tu. tah bila boileh buat nasi arab cantik macam ni.

    ReplyDelete
  6. kak noor ... nanti nak cuba. nampak mudah ..

    ReplyDelete
  7. alahai kak noor nampak sedap sungguh.

    ReplyDelete
  8. KN....Nasi Arab ni OKje pun suka jugak.....Haih...semuanya suka OKje ni apa yg tak suka entah! hihi.....
    Untungnya suami KN dapat isteri pandai masak!

    ReplyDelete
  9. salam kak noor, saya silent reader...berminat dengan resepi nasi arab ni, terutama ayam tu nampak menarik sangat. Boleh kak noor bagi resepi ayam. Terima kasih. sheafa salim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sheafa Salim
      Bahan2 :
      1 ekor ayam - dibelah 4
      5 ulas bawang putih - direbus
      1 inci halia - disagat
      1 1/2 sudu besar rosemary kering
      2 sudu besar lada hitam - tumbuk halus
      2 sudu besar madu
      3 sudu besar gula perang
      Garam
      2 kiub ayam - mama letak 1 sj
      2 biji lemon - hiris
      4 sudu besar olive oil

      4 biji kentang - potong 4 dan rebus hingga hampir masak *kak noor tak guna kentang, karot dan tomato
      3 biji karot - potong kecil2 memanjang just ayam je..
      2 biji tomato - potong 4

      Cara2 :
      1. Bersihkan ayam dan ketepikan.
      2. Campurkan semua bahan kecuali sayur2an dengan olive oil. Kemudian lumurkan pada ayam. Susun ayam ke dalam dulang.
      3. Lebihan bahan lumur tadi, lumurkan pula pada tomato, kentang dan karot dan kemudian susun bersama2 ayam.
      4. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam @ hingga masak. Kak noor guna pemanggang ajaib tu tak masuk oven pun
      5. Hidang bersama salad dan sos lada hitam. Sos boleh buat guna air dari panggangan ayam, cuma tambah sedikit susu, serbuk lada hitam dan sos lada hitam. Masak hingga kuah agak pekat.

      Delete
  10. Makin lapar rasanya tengok ni perut makin keroncong keroncong menanti hubby yang tak balik-balik dari kerja nak hampir 9PM ni.
    Oh my dinner.

    ReplyDelete
  11. Ini yang Kak Noor kata simple? Bagi saya dah extravaganza ni, kak.
    Nampak tempting sangat :)

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Noor, nasi arab one of my feveret kak, mak saya rajin gak wat nasi arab..kalo ade majlis simple2 dia wat la nasi arab ni..kalo anak2 berkumpul kt umah, mmg nasi arab ni la juadahnya... nak plak ade yg sambal cili tu...

    ReplyDelete
  13. mmg nampak menyelerakan kak noor....

    ReplyDelete