Red Velvet Brownies Cheese Moist & Mantop


Assalamualaikum dan salam isnin semoga semua nya sihat walafiat ya disamping tugasan harian. DiBrunei Darussalam hari ni sambutan National Day jadi memang cuti lah, jadi agak santai sikit kat rumah, tak kelam kabut menyediakan makanan untuk yang sekolah, dapat update brownies cheesecake yang tertinggal masa Cny baru ni. Ini lah dia brownies cheesecake yang di tempah oleh customer.  JOm tengok resepi kalau ada yang nak mencuba..

Sebenarnya resepi ni kaknoor sekodeng dari blog SHIELA SPICES memang menjadi-jadi dan sedap brownies ni tak jemu di makan dengan "kemoistsan" dia tu haha, lagi sekali kaknoor share kan resepi SHIELA disini ya halal tau!!







Red Velvet Brownies Cheesecake

Bahan-bahannya

250gm butter
½ cawan minyak jagung
2 sudu besar serbuk koko
200 ml yogurt biasa
1 ¼ cawan gula kaster
2 biji telur grade A
2 cawan tepung kek
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh lemon/cuka
1 sudu teh  pewarna gel


Cara-membuatnya

1.    Cairkan mentega dan minyak jagung dengan menggunakan double boiler, sejukan.
2.    Ayak tepung kek dengan serbuk koko
3.    Pukul gula kaster dan telur sehingga sebati,masukan campuran mentega dan minyak jagung, gaul sebati.
4.    Tambah yogurt yang telah di campur pewarna merah pukul sebentar hingga rata.
5.    Campurkan tepung sedikit demi sedikit dan adun lah sehingga rata masukan vanilla kacau rata.
6.    Asingkan 2-3 sudu besar untuk lorek.
7.    Masukan cuka dan soda bicarbonate dalam bekas kecil, kacau dan tuangkan dalam baki adunan dengan cepat.
8.    Sediakan loyang kek yang sesuai masukkan adunan dan ratakan, dan bakar lah dengan suhu 200'C selama 40 - 50 minit.


Bahan Lapisan Cheese

350 gm cream cheese
1 cawan gula icing
1 biji telur grade A
1 sudu besar jus lemon

Cara membuatnya
1.    Putar cream cheese sehingga berkrim masukan gula icing dan putar lagi sehingga sebati.
2.    Masukan telur dan putar sehingga berkilat, tuangkan jus lemon, kacau rata.
3.    Tuangkan di atas cupcake yang telah di bakar tadi sehingga habis dan loreklah dengan lebihan adunan merah di atas nya.
4.    Bakar lagi sekali selama 20 minit dengan suhu 200’C atau sehingga adunan cheese keras.
5.    Rvc dah boleh di santap.


Selamat mencuba pada adinda - adinda kaknoor ya, memang sedap gerenti dan tak rugi makan benda yang sedap-sedap ni kan.


Red Velvet Brownies Cheese Moist & Mantop Red Velvet Brownies Cheese Moist & Mantop Reviewed by Unknown on February 23, 2015 Rating: 5

16 comments

  1. Replies
    1. insya allah anum sedappp coz moist sngt i likeee

      Delete
  2. sedapnya... :)

    salam singgah kak noor..
    terima kasih sudi follow Ira..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Ira sudi singgah sini ya alhamdulillahhh lazatt

      Delete
  3. cantik sangat rv brownies akak tu..nyum2

    ReplyDelete
  4. Wow..nampak sedap,kak..berapa lama masa untuk sedia sehingga siap masak ni,kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama jugak Ibunoey lebih kurang 2 jam jugak ni dari preparation hingga siap

      Delete
  5. Yes! Btul kak...sngt2 sedap...sy pun dah try resepi k.shiela ni...tak dan nak buat entry jer....hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah syifa, akak kalau buat utk orang mesti buat lebih sebijik utk orang rumah ni kalau tak kesian kannn dok tengok ornag makan sedappp hahah

      Delete
  6. Kak Noor di Brunei ke....mati2 ingatkan kak Noor di Malaysia huhuh

    red velvet...kek kegemarang tuuu....ishh...kalau kak Noor stay di semenanjung ni sanggup g order dari akak nih

    ReplyDelete
  7. ya Allah k noor,red velvet ni favourite sy tau..haishh!

    ReplyDelete
  8. Terliur dah ni. sedapnya!!! bilala nk try buat

    ReplyDelete
  9. Wahai kekanda,

    Andai ditakdirkan adinda berjaya menumpaskan kemalasan adinda, akan adinda usahakan untuk mencuba resepi yang kekanda kongsikan ini ye. Jazakillah khairan kathira wahai kekanda... hihihi... terbangsawan pulak.

    ReplyDelete
  10. Cantek nyeee...kalau sy msti syang nk makan..tenung jerr hahahaha

    ReplyDelete