Ikan Keli Bakar Dengan Sambal Tomato



Assalamualaikum dan salam jumaat untuk semua, masih lagi dalam mood cuti kan, selamat bercuti lah pada yang cuti panjang tu, tapi bagi kaknoor memang dapur tak pernah cuti, hari-hari dapur berasap, hari ni kaknoor nak kongsikan resepi yang mudah lagi, resepi kampong yang jarang jugak buat sebab susah dapat ikan keli.  Jom semak resepi pada yang suka lah ya.




Bahan nya
Ikan keli di bersihkan, perap dengan lemon lebihkurang 1/2 jam untuk hilangkan bau dan hanyir.
Kemudian cuci bersih, lumurkan dengan sedikit garam dan kunyir pangganglah di pemanggang ajaib atau pemanggang biasa sehingga masak.

Bahan sambal tomato
2-3 biji tomato dihiris kecil
1 biji bawang besar hiris
5 biji cili padi hiris kecil ( nak lebih pun ok )
2 biji cili besar hiris kecil
4-5 biji air limau kasturi
garam dan gula untuk perasa

Cara nya
Gaul semua bahan hiris dengan garam dan gula dan air limau, dah secukup rasa curahkan ke atas ikan keli yang di bakar, siap sedia untuk di nikmati, sedap pada yang suka ikan sungai ni, tapi pada yang tak suka ikan sungai boleh guna ikan kembong atau apa-apa ikan fav, asalkan ada sambal tomato, no problem dah tu.



Ikan keli ni kalau meratah pun sedap, hatta makan nasi putih dengan keli bakar ni pun cukup sempurna rasanya, masam manis pedas masin, aduhhh cakap pun tak guna kan...

SELAMAT MENCUBA YA!!

Ikan Keli Bakar Dengan Sambal Tomato Ikan Keli Bakar Dengan Sambal Tomato Reviewed by Unknown on February 20, 2015 Rating: 5

6 comments

  1. Pepagi dah masak ke Kak Noor? SS breakfast pon belum... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasala htu kaknoor mmg berkuntau awal kat dapur supaya dpt siap nak gi jalan hahahaa kena masak dulu itu wajibbbb

      Delete
  2. Kak Noor.. Ya ALLAH sedapnyaaa. Aqma suka ikan keli campur pula ada tomato. Meleleh air liur pagi2 ni kak Noor~

    Salam singgah dari Aqma :)
    http://ainulaqma.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm Aqma ikan keli fav ramai ni kan, lepas ni kaknoor jenjalan ya

      Delete
  3. Adik tukang kebun suka makan ikan keli ni.
    Dulu tak pandai makan jenis ikan keli ni bila p study kat Jepun suka pula cara masak ikan keli salai mereka bersama sos yang sedap

    ReplyDelete
  4. aiyooo...ikan keli kegemaran en suami sy...tp sy xreti mkn ikan ni..kecuali ikan sembilang laut...tu baru peberet sy....heheheheh

    ReplyDelete