Nasi Lemak Pandan Dan The Gang



ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu untuk semua nya.
Hari ni jom kita santai-santai makan nasi lemak pandan ni, nampak nya sampai ke petang lah nasi lemak ni kat rumah kaknoor sebab alang-alang dah masak, biar lah berbaloiii sikit kan, kerja sekali makan untuk tiga kali, pernah ke adik-adik buat cara kaknoor ni, masak sekali makan 3 kali sebab dah rajin sangat lah tu kan, nak banyak rileks hari-hari minggu ni...



 Kebetulan ada petai kaknoor letak kan je kat dalam sambal tu sotong kering tu, dalam resepi sambal bilis tapi boleh je ikut, cuma tukar lah ke sotong atau apa saja lah yg suka samaada udang ke pun ok jugak.





 Sambal Bilis

1 cawan ikan bilis yang sudah digoreng
3 sudu cili kering kisar
5 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
sedikit belacan
1 sudu air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Caranya
Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bahan tumbuk sehingga wangi masukan cili kisar
Kacau sehingga cili pecah minyak masukan air asam jawa, belacan, garam dan gula.
Dah secukup rasa masukan ikan bilis goreng tadi
Sedia untuk dihidangkan dengan nasi lemak tadi

 Nasi lemak pandan
6 ke 7 helai daun pandan di kisar bersama air utk di campur dengan santan.
Kak Noor kisar  bawang besar 1 biji, halia 1/2 inci, dan 1/2 inci lengkuas, campur semua bersama santan dan air daun pandan,  sukat lah beras, kak Noor guna 2 cawan beras wangi, jadi santan nya antara 2 1/2  ke 3 cawan lah, dan masak lah macam biasa masukan dalam rice cooker dan jangan lupa garam tau!!

Ayam goreng rempah
1/2 ekor ayam di potong besar di bersihkan
3 batang serai *
1 inci lengkuas *
1 inci halia *
1/2 inci kunyit hidup *
1 biji bawang besar *

Cara
Kisar bahan yang bertanda * dan lumurkan pada ayam bersama dengan garam dan sedikit gula merah, peraplah dalam dua tiga jam kemudian gorenglah sehingga garing dan masak dan sedia dihidangkan bersama dengan nasi.



Kebetulan jugak banyak sangat kacang botol kat pokok di rumah, jadi kaknoor ambik je sebagai ulam di samping timun, sebab anak-anak memang suka ulam timun berbanding dengan kacang botol, jadi semua disediakan pilih je kan..


Nasi Lemak Pandan Dan The Gang Nasi Lemak Pandan Dan The Gang Reviewed by Unknown on February 15, 2015 Rating: 5

23 comments

  1. aslamualaikum kak...selamat pagi....wah best sarap pagi ni....sambal sotong kering memang kena dengan nasi lemak...terbaik lah kak..pagi nie dok mencuba popia sira sambal akak..huhuhu...jenuh juga nak mengulung.. :-))

    ReplyDelete
  2. waalikumlsam yan, mmg popia tu menggulung lama, tapi bila makan kejab je dah licin heheee selamat menggulung yan ya, sabo tau

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. menu seharian ni Normi hehee alang2 menyeluk pekasam kan..

      Delete
  4. nasi lemak sambal sotong berpetai!!! mana nak cari tengahari ni hehehehe

    ReplyDelete
  5. sambal bilis yg kak ruby terpaut sngat tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakruby suka bilis ke ? buat kasi pekat dan likat psti terangkat ni kak

      Delete
    2. terima kak noor sudi follow blog saya,saya follow kembali...wah banyak resepi dalam blog nih,boleh la saya tengok2 nanti untuk jadikan sumber inspirasi untuk memasak..

      nasi lemak tu sedapnya,tengok sambal bilis petai lagi kecur air liur dibuatnya

      Delete
  6. assalam kak noor,...sedap nasi lemak dengan sambal sotong petai ...boleh je berkali2 makan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam saniah, betul sngt berkali tambah pun tk kisah ni sbb ada petai haahaha

      Delete
  7. Salam singgah petang kaknoor...sedapnya nasi lemak tu..ada ayam goreng berempah,sotong sambal petai dan ulam-ulaman tambah berseleralah makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap ni Mar tang sotong tu tkleh nak tolak tu kannn tambah2 ada petai busuk2 pun tetap menjadi pooooja an hati ku

      Delete
  8. Best blogwalking blog kak noor ni. dapat idea baru dan jamu mata hehe..
    Hari ni weekend resepi blogging.
    Thank you kak Noor

    ReplyDelete
  9. biasalah tu masak sekali 3 kali makan.. bukan malas, jimatkan masa dan tenaga.. hehe

    ReplyDelete
  10. Mengidam petai ni, dah berapa kali musim berbunga tapi buah tak menjadi.

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Noor,

    Sambal sotong petai tu... :)

    ReplyDelete
  12. Baru terfikir fikir nak buat nasi lemak tau KN....dah ternampak kat sini. Pakai beras basmathi pun sedapkan KN...

    ReplyDelete
  13. Salam Kak Noor..sedap sangat nampak nasi lemak pandan ni...paling tak tahan bila tengok sambal petai tu..eeeee...menggiurkan!!

    ReplyDelete
  14. Fuhhh.....terliur sudah...pic pun sgt2 cantik

    ReplyDelete
  15. sedapnya nasi lemak ni..tambah pulak sambal sotong idaman hati,.huhu

    ReplyDelete