Spaghetti Aglio Olio Menu Mata Biru
ASSALAMUALAIKUM
Selamat petang untuk semua nya.
Busy day hari ni dengan macam-macam urusan.
Masuk ofis ni pun dah lambat .
Hari ni kak noor nak kongsikan resepi spaghetti aglio olio menu semalam untuk anak-anak, anak-anak kaknoor kalau dapat spaghetti ni memang gerenti tak makan nasik dah, tapi kalau mama memang kena makan nasik jugak sebab perut ni selalu tak boleh tinggal nasik,orang melayu lah kata kan kan...
BAHAN NYA
1 peket spaghetti di rebus bersama sedikit garam dan tos kan, gaul dengan minyak zaiton
1 peket beef rashers atau chicken rashers di potong memanjang
7 ulas bawang putih di cincang
2 batang leek di potong kecil
1 sudu besar lada hitam kisar
1 kiub pati ayam
sedikit parutan cheese cheddar
garam, gula dan minyak zaiton untuk menumis
CARA NYA
1. Panaskan kuali, masukkan minyak zaiton agak-agak dalam 3 sudu, tumislah bawang putih.
2. Goreng sehingga bawang putih kekuningan, campurkan beef rasher, lada hitam, kiub dan leek.
3. Kacau sebati, dah agak layu leek, campurkan spaghetti, garam, gula sedikit untuk perasa.
4. Gaul rata, bila hidang, taburkan dengan parutan cheese cheddar.
5. Untuk pedas boleh jugak taburkan dengan cili flakes, tapi kalau tak suka pedas ni pun ok dah.
Sila jamu mata ya pada yang sudi dan suka dengan spaghetti aglio olio ni.
Terpulang pada sendiri lah kalau takde beef rashers, boleh jugak guna, sosej ke, udang ke, ketam stick ke or what ever lah yang ada kat rumah kan, kita yang nak makan, takde salah pun sebenarnya kita nak letak apa-apa fav...
Spaghetti Aglio Olio Menu Mata Biru
Reviewed by Unknown
on
February 12, 2015
Rating:
baru ja makan spagheti bolognes dua hari lepas.. tgk ni terasa nak buat lagi malam ni.. simple n cepat..
ReplyDeletespaghetti blognise lain sikit sbb berkuah kan QA, ni terus je ala mee goreng, tapi guna lada hitam dan cheese boleh try kalau suka ya
Deletetak pandai makan spagheti huhuhu...tutup mata..
ReplyDeleteyan tak suka menu mata biru ke?? nak yg mata hitam jugakkk, esuk2 kaknoor update yg mata hitam ok
DeleteWaahh... senang aje Kak Noor punya style
ReplyDeleteNanti nak tunjuk anak kakak resepi ini bagi dia buat.
anak suka makan anum, mama tukang buat je sedap lah kot kan... hehee
ReplyDeletekakzakie dah malas nak brkuntau kat dapur ke ni, tkpe bila lagi anak2 nak masakkan untuk mama kan!!!
ReplyDeletespageti oglio olio ni mmg nampak senang resipinya..tp sy x prnh cuba, asyik2 buat spageti bolognese..mesti cuba gak ni nnti..
ReplyDeletebeef rashers tu mcmna rupanya knoor? mcm minced meat ke, lain eh? boleh beli di hipermarket ke?
beef rasher tu kepingan daging yang sangat nipis Syahida, banyak tu kat hipermarket, cer cari bila dah dapat boleh lah buat ni, daripda asik bolognise je kan hehe
DeletePenggemar spaghetti sure kecur nikan KN.....okje lebih suka bolognese lagi .... Kalau Secret Recipe rasanya dia buh kupang ngan udang ye KN....
ReplyDeleteselera memasing kan hainom, bolognese pun best gak tapi kena pedas sikit baru kick kena tambah cili flakes pasti dua pinggan tu
Deletesedapnyer. boleh cuba nie masak sendiri lak : ) asyik order jer saya nie hihiii
ReplyDeletebetul tu Miesha, sesekali kena test tangan sendiri jugak kan hebat ke tak? haha
Deletewestern kita semalam ye kak Noor... sedap ni..:)
ReplyDeleteyalah Ana biru kan mata hitam ni berwestern kita ye haha
Deletepaling simple selain maggi.. he he he..
ReplyDeletebetul tu SS tapi maggi paling top 2 minit je dah siap kan...
Deletememang suka olio dari bolognese atau carbonara, sebab bila makan tak jemu boleh ulang2 banding dengan 2 cepat muak.
ReplyDeletetidak syak lagi Diana, kalau berkuah mmg muak sikit, kecuali kalau kuah tu terlebih pedas mmg bestt tapi kena sediakan tisu lah pulak sebelah tu..
Deletebiru mata hitam ku..belum pernah cuba lg kak noor..nti nk cuba la
ReplyDelete