BAGUS ( Badam + Jagus) Rugget Jajan Paling Sedap
ASSALAMUALAIKUM dan salam jumaat untuk semua nya.
Semoga semua nya sihat walafiat hendaknya hari ni walau apa pun tugasan kita ya.
Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi jajan yang krup krap ni. Sebenarnya idea nak goreng adalah sebab lebihan badam dan jagus yang banyak di beli pastu nak buat kueh atau apa-apa dah malas, jadi nya cari-cari resepi badam goreng ranggup takde, jadi nak tak nak kaknoor guna resepi dari blog
MASAM MANIS untuk kacang rugget, tapi kaknoor tukar jadi Bagus Rugget boleh lah tu kan.
KACANG RUGGET
Resepi Oleh : Hasue
Rujukan : Aleen Aireish
Bahan-bahan
500gm kcg tanah Kaknoor gantikan dengan badam dan jagus
1 biji telur
1 1/2 inci halia
5 ulas bawang putih
2 cawan tepung beras
2 sudu mkn serbuk cili atau serbuk lada sulah
1 cawan air
2 biji cili merah / cili kering
gula secukup rasa
garam secukup rasa
Mula-mula kita bersihkan kacang dahulu.
Cuci bersih dan toskan airnya hingga kering.
Untuk mencepatkan proses menggoreng kaknoor panggangkan sekejab dalam oven badam dan jagus ni agak-agak separuh masak baru di salutkan dengan bahan lain. Jadi nya proses menggoreng taklah lama sangat dan kekacang kita gerenti ranggup dan tak lemau.
Lepas tu kita tumbuk atau kisar, bawang putih, halia dan cili
Ketepikan
Dalam mangkuk yang besar, satukan tepung beras, serbuk cili, garam dan gula secukup rasa, telur dan bahan yang kita kisar tadi
Gaul semua bahan hingga rata.
tambahkan air sedikit demi sedikit, hingga adunan bergaul sempurna
Lepas tu kita masukkan kacang tanah yang kita dah cuci dan toskan tadi
Gaul rata
Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng kacang hingga kekuningan dan masak
Kacau senantiasa supaya kacang tak melekat-lekat dan tidak hangus
Bila dah kekuningan angkat dan toskan minyaknya
Simpan kacang di dalam bekas kedap udara.
* ingat ya guna api sederhana, takut nanti luar dah hangus tapi kacang dalam masih tak masak.
Tak payah tunggu raya pun boleh makan badam dan jagus ni kan, kacang pun sodap kalau ada, stok badam dan jagus ni selalu ada sebab di gunakan untuk buat kueh jadi nya memang tak pernah kosong gobok badam kaknoor.
Nah sebijik badam tu nampak tak keranggupan nya tu pedas-pedas aduhh memang ralit ni kalau makan tak sedar habis sebalang.
SELAMAT MENCUBA UNTUK YANG RAJIN.
BAGUS ( Badam + Jagus) Rugget Jajan Paling Sedap
Reviewed by Unknown
on
January 15, 2016
Rating:
sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteaummmmm anum dap dap
DeleteBetul bila bila pun bole makan, berkhasiat pulak tu
ReplyDeleteanytime anywhere ye dok BabyP
DeleteKalau bagi kat rumah kakak sebalang tu tak sampai sejam licin KakNoor
ReplyDeleteKakak nak cuba buatlah - macam senang tu.
Kalau yg susah tak adalah kakak nak buat KakNoor:)
salutelah kakzakie nk try ni tk susah pun kakzakie sila try dan rasai kesedapan nya hahaha
Deletemenarik juga k nor, sekejap je habis ni
ReplyDeleteyg suka kacang mmg laku sngt ni Rai..
DeleteSALAM JUMAAT BOLEH CUBA MMENGGORENG BADAM N GAJUS PULA.
ReplyDeletedrpd goremg kacang saja P cubalah dgn badam mi mmg lebih sdpp
Deletejagus dan gajus sama kan kak? ;)
ReplyDeletesamalah Ain cuma dailek sesebuah negeri je tpi bendanya sama jugak yg sdppp tu
Deletesedapnya...kup krap kup krap
ReplyDeletetk boleh sembunyi diam2 ni Nieda sbb beebunyi krup krap krup krap
DeleteAlamak... kalau tahu lebih awal dah selamat badam kak Zai luput tarikh hahaha...
ReplyDeletealah syg kakzai rugi tuuu haha tkpe beli lagi kakzai boleh buat mcm ni
Deletesalam kak noor makan time tengok tv kejap je habis ni
ReplyDeletebetul sngt2 kalau dpn tv apa pun mesti habisss
DeleteAmboi....ayat last yg tak tahan tu, selamat mencuba bagi yg rajin haha...
ReplyDeleteSaya suka dua dua kacang tu KN, paling suka gajus tu, dahlah lemak, pas tu ada rasa pedas pedas pulak tu, mmg perghlah!
gajus di brunei agak murah Anom tulah stok gajus selalu adooo je
DeleteAmboi....ayat last yg tak tahan tu, selamat mencuba bagi yg rajin haha...
ReplyDeleteSaya suka dua dua kacang tu KN, paling suka gajus tu, dahlah lemak, pas tu ada rasa pedas pedas pulak tu, mmg perghlah!
perasan lah sikit Anom rajin kan lahhh diri tu
Deletesedap kalau boleh kunyah2 time keja nih..
ReplyDeletetime keja lagi best Eyda kejab ja hbis keja rasanya ni
Delete