Pesanan Dari Prof Dr. Harlina


Assalamualaikum dan salam isnin
Sedikit renungan untuk ibu-ibu dan adik-adik yang belum 50 pun boleh baca jugak ni.

💥PESANAN PROF DR HARLINA.... ANAK BEKAS KADI SG. BESAR.

PADA YG 50, 50++,

Nasihat untuk KITA yang dah umur 50 tahun lebih ni.....

PERTAMA:
MASA MENGUMPUL HARTA SUDAH HABIS. FOKUS SEKARANG UNTUK GEMBIRAKAN ORANG

Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.

KEDUA:
JANGAN TINGGALKAN APA-APA UNTUK ANAK-ANAK. MEREKA PERLU USAHA DAN CARI SENDIRI

Rancang macam mana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini. Kalau mampu pergilah melancong.

Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.

KETIGA:
BUAT KERJA JANGAN BERTANGGUH

Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

KEEMPAT:
DIDIKLAH ANAK CUCU DENGAN AGAMA

Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapapun termasuk cucu sendiri.

Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.

KELIMA:
KALAU SAKIT BERSABARLAH

Terimalah sakit dan lain-lain kelemahan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.

KEENAM:
DUNIA NI BUKAN TEMPAT KAMU DAPAT APA YANG KAMU HENDAK

Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

KETUJUH:
BERSAMALAH DENGAN MEREKA YANG IKHLAS MENYAYANGI ANDA

Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-cucu dan sahabat-sahabat anda. Merekalah yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya.

KELAPAN:
BERLAPANG DADALAH

Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.

KESEMBILAN:
SEGERALAH MEMBINA AKHIRAT ANDA. IA PASTI BERLAKU

Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik.

Jadi bersedialah! Bukan untuk mati tetapi untuk bertemu Yang Maha Esa Allah Swt.

KESEPULUH:
BAYANGKANLAH KEGEMBIRAAN HIDUP DI SYURGA YANG KEKAL.
IA SANGAT HAMPIR

Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dialah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

Petikan:
PROFESSOR DR. HARLINA SHIRAJ
29 Dis 2015.

Pesanan Dari Prof Dr. Harlina Pesanan Dari Prof Dr. Harlina Reviewed by Unknown on January 25, 2016 Rating: 5

10 comments

  1. Setuju.kena sentiasa upgrade amalan kita supaya bahagia di dunia juga bahagia di akhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sngt Hasnah mesti hari2 update amalan klau boleh lah jgn dulu hingga skrg samaaaa je tk pernah berubah

      Delete
  2. Tq sharing knoor.
    Sangat tepat, sangat setuju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kan Zimah rasa kaknoor ramai yg jdi sebalik nya makin tua makin nk kumpul harta ye dak

      Delete
  3. Sangat bermakna dan memang patut dijadikan renungan buat kita semua KakNoor
    Terima kasih berkongsi di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kakzakie sekadar renungan dan mudahan menjdi panduan utk kita jugak agar tidak terlalu pikir dunia semata

      Delete
  4. bab biar anak caru harta sendiri tu saya setuju . kita pun cari harta sendiri kan . bkn minta pada ibu bapa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibubapa dah tugas diaorang membesar dan mendidik kita msa kecil tkkan dah besar panjang nk bergantung lgi kan Vee

      Delete
  5. Walaupun saya belum 50, setuju sangat dengan pendapat prof ni. Masa dah tamat untuk duniawi, kena beri tumpuan untuk 'harta' di akhirat pulak. Tapi kalau mampu, kita enjoylah life sebaik mungkin bagai akan hidup selamanya tapi beramallah macam tiada esok lagi dah!

    Terima kasih KakNoor berkongsi ilmu. Kena jadi pegangan saya juga ni ^_^

    ReplyDelete
  6. yalah MD org 50an ibarat umur kata pergi kubur kata mari kan , anytime boleh jalan jdi persiapan mesti cukup mudahan menjdi pedoman kita semua jugak

    ReplyDelete