Nasi Ayam Hainan Sedap Tapi Rumit Sikit Lah


ASSALAMUALAIKUM dan salam ahad untuk semua ya.
TERIMAKASIH kerana masih sudi singgah di blog orang veteren ni.
HARI ni kaknoor nak kongsikan resepi nasi ayam hainan tapi kaknoor tak lah ikut bulat-bulat resepi ni sebab terlalu banyak bahan dan banyak step rasa nya. Jadi nya kaknoor shortcut sikit lagipun tkde yang paksa pun ikut sangat resepi ni kan, sukahati kita lah haha..
TAPI bagi yang nak resepi asal dibawah ni kaknoor letakkan resepi nya yang kaknoor intai dari blog




Resepi Nasi Ayam Hainan
Bahan-Bahan untuk Ayam Hainan
(5-6 orang) 

1 ekor ayam
3 biji bawang putih dicincang halus atau dicampur
1/2 buku halia saiz sederhana (dipotong nipis)
1 kiub pati ayam maggi
Sedikit garam 


Bahan-Bahan untuk Nasi Ayam Hainan
3 mug beras (mug standard tinggi adalah 4 inci.)
4½ mug air
2 inci halia (diketuk)
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar majerin
3 ketul kuib ayam
2 helai daun pandan
Bahan-Bahan untuk Sambal 
1 biji capcicum merah
(boleh digantikan dengan lada merah)
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan 


Bahan-Bahan untuk Kicap 
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula 


Bahan-Bahan untuk Sup 
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
Daun sup
Lobak merah
1 sup bunjut
Secubit garam 


Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan 

1 batang timun (dihiris) 2 biji buah tomato (dihiris) Salad (dihiris) Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam sup) Minyak bijan (ditabur ke atas ayam yang telah dipotong) 


Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi Hainan 

1. Masakkan air sebanyak 4½ mug bersama dengan 3 kuib ayam.
2. Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.
3. Panaskan periuk dan cairkan majerin.
4. Masukkan bawang putih dan halia.
5. Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit.
6. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.
7. Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk nasi.
8. Masukkan daun pandan dan biarkan ia tanak sehingga masak.
9. Leraikan dengan garfu setelah nasi masak. 




Cara-Cara untuk Menyediakan Ayam Hainan 

1. Mula-mula letaklan seekor ayam dalam periuk dan masukkan air.
2. Biarkan ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia.
3. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan kiub pati ayam, rebus ayam sehingga masak lebih kurang 1/2 jam.
4. Angkat ayam dan ketepikan dahulu.
5. Selepas itu, bakarkan ayam tersebut dalam ketuhar sekejap lagi sehingga masak.
6. Potongkan ayam tersebut semasa ingin makan dengan nasi.
7. Letakkan sedikit kicap cair dan renjiskan sedikit minyak bijan di atas ayam tersebut.
8. Jangan membuangkan baki air ayam sebab boleh digunakan untuk memasak sup. 


Cara-Cara untuk Menyediakan Sambal 
1. Kisarkan semua bahan.
2. Masakkan semua bahan di dalam kuali dengan api sederhana sehingga kuah sos tersebut telah pekat dan sedia untuk digunakan. 


Cara-Cara untuk Menyediakan Kicap 

1. Campurkan semua bahan dan masak di dalam periuk sehingga mendidih.
Tips: Letakkan serbuk limau nipis dapat memberikan rasa limau yang segar kepada sos cili. Sos cili tersebut tidak perlu dimasak dan boleh tahan selama 1 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk. Batang ketumbar akan memberikan aroma yg wangi sekali tanpa membuat sos berwarna hijau.



Cara-Cara untuk Menyediakan Sup Ayam
 1. Masakkan sup ayam di dalam periuk lain sehingga mendidih.
2. Masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi.
3. Perasakan garamya dengan segera.
4. Akhir sekali masukkan pula daun sup dan tutupkan api. 





Ikut versi kaknoor macam dalam gambar ni, takde sambal kicap dan sup pun sebab macam dah tak sabar nak makan, jadi di shortcut je lah, ini pun dah habis sepeyok jugak, kalau lengkap ikut resepi ni tak tau lah mau dua tiga peyok jugak ni.



Kalau ada yang terlebih rajin bolehlah buat lengkap macam resepi yang kat atas tu, memang sedap dan wangi nasi ayam hainan ni.  Hubby kaknoor memang suka macam ni sebab ayam nya lebih lebih lembut, tapi kalau kaknoor memang suka nasi ayam biasa yang di goreng lagi selepas di rebus.
Selera masing-masing kan, nak buat macamana walaupun serumah macam-macam taste berbeza, sebagai tukang masak ikut  jelah selagi terdaya.

Nasi Ayam Hainan Sedap Tapi Rumit Sikit Lah Nasi Ayam Hainan Sedap Tapi Rumit Sikit Lah Reviewed by Unknown on January 17, 2016 Rating: 5

19 comments

  1. Wow..terliur la bb tengok..memang fav nasi ayam ni kak..sambal tu memang membuka selera sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih wana, apa kabar ni lama tk jumpa di alam maya ni wana mesti sibuk bngt kan

      Delete
  2. Anak2 kat rumah ni pun suka nasi ayam ni kak nor.memang sedap..

    ReplyDelete
  3. Anak2 kat rumah ni pun suka nasi ayam ni kak nor.memang sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama disini dear Hasnah kalau nasi ayam mmg habis sepeyok ni

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam hujung minggu, kak..
    sedapnya..sambal tu nampak ummphh..penambah selera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy weekend jugak utk nohas
      mmg sambal tu terlebih pedes baru bestt

      Delete
  6. nasi ayam ni antara kesukaan sy sbb agak mudah klu nk buat...
    tp jenis hainan ni xpernh lg cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi ayam biasa mudah syapex tpi kalau hainan ni banyak songeh sikit kaknoor shortcut je haha

      Delete
  7. saya nasik yam ni sure nak kan sambal dia pedas sikit. baru terangkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul yan sampai pedas baru terangkat, best buat swndiri boleh letak cili bnyak2

      Delete
  8. Saya suka nasi ayam, ayam steam. sedapnya kak....tapi bila steam ayam tak pernah menjadi seperti kat kedai

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena belajar sulu lah Lea baru menjdi mcm kt kedai, tpi ok lah janji family kta sdp orait dh tu

      Delete
  9. Replies
    1. alhamdulillah Rai mmg sedap dan terbaik cuma rumit je

      Delete
  10. menarik nye kak nor..kene cuba ni..tapi xreti hahah

    ReplyDelete
  11. Sekali kala suka juga makan nasi ayam hainan.
    Menyelerakan sungguh nasi ayam hainan kak Noor.

    ReplyDelete