Homemade Cinnamon Sugar Soft Pretzel Bites With Salted Caramel


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam
Sebenarnya dah lama teringin nak buat pretzel bites ni sebelum pergi umrah lagi.
Tapi disebabkan kesibukan melampau sampai sekarang ni pun masih belum terbuat.
Dah lapang sikit hari ni nak membaking oven pulak buat hal, memang belum rezeki lah nak makan pretzel bites buatan sendiri kan, jadi sebelum hilang resepi yang di simpan ni, disini kaknoor kongsikan dulu resepinya yang kaknoor cari kat PINTEREST dan sudah di alih bahasa oleh kaknoor sendiri, sorry lah kalau ada yang tak faham ya, dan boleh tanya hahaha...

Nampak memang menariks sangat itulah yang teruja nak buat tu.




Homemade Cinnamon Sugar Soft Pretzel Bites With Salted Caramel

Bahan nya.
1 1/2 cawan air suam
2 sudu besar gula perang
2 1/4 sudu kecil yis bersamaan 1 peket yis
6 sudu besar unsalted butter bersamaan dengan 3oz
2 1/2 sudu kecil kosher salt atau garam laut
4 1/2 - 5 cawan gandum
sedikit minyak sayuran
3 liter air
2/3 cawan baking soda
1 biji telur dipukul dengan 1 sudu air sejuk
2 sudu besar gula di campur dengan 1 sudu kecil serbuk kayu manis


Cara nya
1.  Campurkan air, gula, yis, dan butter dalam mangkok mixer dan putar lebihkurang 5 minit.
2.  Tambahkan garam dan tepung, turunkan ke low speed mixer dan putarlah selama 4 minit. Jika doh lembik tambahkan sedikit tepung dan putar lagi sehingga mendapat doh yang di ingini dan keluarkan dari mixer.
3.  Letakkan sedikit minyak sayuran dalam mangkok adunan, masukkan doh dan ratakan doh dengan minyak dan tutuplah dengan foil atau towel. Biarkan sejam sehingga doh naik 2x ganda.
4.  Panaskan oven dalam 200'C atau ikut kepanasan oven masing-masing. Didihkan air yang 3 liter tadi dan masukkan baking soda.
5.  Keluarkan doh dan bulatkan menjadi 8 bahagian kecil.  Taburkan sedikit tepung di atas papan canai dan ambil sebiji bebola tadi, gelekkan menjadi panjang lebihkurang 22 inci. Potong doh menjadi 1 inci lebar untuk menjadikan pretzel bites.
6.  Masukkan pretzel dalam air rebusan baking soda tadi selama 30 saat dan keluarkan dan letak di atas dulang yang telah di alas dan di gris.
7.  Bakarlah selama 8 minit dan keluarkan letak diatas cooking rack.  Beruskan dengan telur dan taburkan dengan cinnamon sugar.
8.  Bakar lagi sekali selama 8-10 minit sehingga keperangan angkat dan sedia untuk di makan.



The Best Salted Caramel
Bahan nya
2 cawan gula putih
12 sudu besar mentega tanpa garam
1 cawan heavy cream
1 sudu besar garam laut


Cara nya
1.  Masukkan gula dalam periuk dengan api yang sederhana dan kacau sesekali.
2. Bila gula sudah mulai keperangan baru di kacau dengan kerap dan masukkan butter.
3. Hati-hati sebab masukkan butter akan terjadi buih-buih kecil tapi tetapi kacau rata.
4. Tutupkan api dan masukkan garam dan heavy cream dan kacau lagi sehingga sekata dan biarkan sejuk.
5. Boleh disimpan dalam petiais selama 2 minggu jika perlu masukkan dalam microwave je bila dan guna selama 5 saat.


Ada tak yang teruja tengok pritzel bites ni???
Kaknoor selalu beli kat Auntie Anne je memang sedap sangat di makan waktu panas.
Insya ALLAH lepas ni mesti nak buat nak tunggu birthday si bungsu ni hehee
Harap lah rajin masa tu nanti ya...
Dapatlah yang lain kongsi makan kan...

Homemade Cinnamon Sugar Soft Pretzel Bites With Salted Caramel Homemade Cinnamon Sugar Soft Pretzel Bites With Salted Caramel Reviewed by Unknown on January 02, 2016 Rating: 5

30 comments

  1. Selamat kembali ke tanah air, Kak Noor. Amboiii, sedapnya pretzel bites!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih farah alhamdulillah cuma teringin nak berkuntau di dapur ni lama sangat tinggal dapur heeee

      Delete
  2. Salam singgah sini kak noor...selamat tahun baru 2016...nampak sedap lah kak noor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru jugak untuk Diana semoga tahun ni lebih cemerlang dalam semua hal ya insya allah

      Delete
  3. Qhajin sungguh la kak ni👍🏻👍🏻
    Meh Kira berjiran blh Ai buat muka x malu pi mkn hikhik🙈🙈

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak qhajin tak makan lah Lady hahaha
      misi teringin ni belum lagi tercapai hajat sabaqqqq sat dulu noooo

      Delete
  4. mak aihh.. meleleh tengokk.. mesti cuba ni.. (nanges belakang pintu..misi diet postpone tahun depan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal apa pulak nanges belakang pintu takde yg nampak tu Shaq hahaha
      nanti tk kena bagi pretzel ni

      Delete
  5. Assalamualaikum kak ..selamat malam...unik masakan ni...macam sedap n manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmusalam yan syg
      mesti lah sedap yan kalau manis2 mcm ni kan

      Delete
  6. selamat kembali ke dapur kak noor... selamat tahun baru 2016, semoga terus kita berkongsi sesuatu yang bermanfaat buat orang lain, in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah Ana kaknoor mmg tkdpt tinggal lelama ofis dapur ni nk jugak msk walaupun letih

      Delete
  7. Ya Allah nmpk selera sgt tu!nk buat la ari ni!tq kak noor for the rcp..selamat tahun baru!

    ReplyDelete
    Replies
    1. silalah buat Yani mesti sedap punya no worriess

      Delete
    2. Alhamdulillah..xlama pun masa nk siapkan..xda maknanye celup2 manja,kak 😂 Siap bg tgelam dlm sos..memg sedap 👍🏻👍🏻👍🏻

      Delete
    3. wah cepatnya Yani dh try ke?
      mmg terangkat kan

      Delete
    4. Yani slalu tkenang aunty anne ni,kak noor..jauh sgt,kt swak xde..ade jual pon xsama mcm aunty anne..at least kali ni dpt buat sndiri,walau xla sebijik aunty anne,yani puas hati sgt sbb dr tgn sndiri..semangat bkobar2 smalam..kejap2 belek rcp kak noor..dh mcm org angau

      Delete
    5. sama lah Yani tmpt kaknoor pun jauh dgn auntie anne terpaksa lah kena jdi anti noor buat sendiri haha, angau nk baking ok tu Yani mudahan jd chef suatu hari nnt ..

      Delete
  8. Alhamdulillah dah selamat kembali dari menunaikan ibadah umrah... Mak Long suka pretzels. Kalau cicah dengan cheese sos pun sedap... Tapi tulah alahan yang amat sangat...berlumba-lumba nombol naik bila timbang hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cicah cheese lagi lah alahan kuat maklong bertambah nombor naik tu kan, tkpe kita yg buat dia bila naik stop kejab pastu ulang lgi hehe

      Delete
  9. Assalam. Menarik resepi ni. Saya masuk envelope ye. Nak cuba juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslm, silalah memcuba tuan OZ mesti nk lagi dan lagi

      Delete
  10. Selamat tahun baru 2016...bestnya pretzel kecik2..

    ReplyDelete
  11. ucapan yg sama utk nohas jugak
    mmg best nohas yg kecik mudah menolan

    ReplyDelete
  12. Balik2 terus cooking... waaah... sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huda dapur dan kaknoor tk dpt dipisahkan hehe

      Delete
  13. Macomb nya Kaknoor ni buat tau.. kalau lah dekat rumah sy ni sure sy terjah je..

    ReplyDelete
  14. Pritzel salah satu makanan yg kakak suka sampai baru-baru ini dek kerana mengidam (kakak buat sendiri tak pernah pun KakNoor) memalam keluar laki-bini lepas ajar bebudak mengaji just nak beli ini. Seketul bentuk no. 8 tempat kakak ni RM5/- Kakak beli 4 tau KakNoor. Baki satu bawa ke tempat kerja.

    Sedap ni:)

    ReplyDelete
  15. Sedapnya KN....nak buatlah....Cinnamon sugar tu ada jual siap ke KN?
    Tulah...selalu beli kat Aunty Anne jer hihi....nak buatlah lepas ni

    ReplyDelete