Pulut Kuning Gulung Berinti Serunding


Assalamualaikum dan salam kamis untuk semua yang sudi singgah sini.
Hari ni kaknoor nak makan pulut lah ada yang nak join tak ni??
Memang sedap pulut gulung serunding ni, apa lagi kalau serunding free kita cuma masak pulut je
Nak makan mesti nak yang cantik-cantik jugak selain dari kita sendukkan letak dalam pinggan
Lepas tu letak serunding kat atas, kenapa tidak buat macam ni lebih cantik di pandang.
Idea ni kaknoor ambil dari blog KAK RUBY KAYUMANIS kebetulan dah serunding dalam frezer
Jadi rajin - rajin lah masak pulut dan gulung.






PULUT KUNING GULUNG BERINTI SERUNDING

Bahannya
500 gm beras pulut
2 cawan santan
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam keping
1/2 sudu teh garam
serunding secukupnya untuk inti

 Caranya
Cuci bersih beras pulut, kemudian rendam bersama kunyit, asam keping dan air, air biar lah menutupi beras pulut selama 1 malam.
Toskan beras dan buang asam keping, panaskan kukusan, bila air sudah mendidih, kukus lah beras pulut hingga masak.  Sementera itu satukan garam dan santan kacau hingga garam larut.
Bila pulut sudah masak, masukkan kedalam bekas besar dan masukkan santan secara sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati.  Kukus pulut sekali lagi selama 10 minit, ini supaya pulut tahan lebih lama. (tidak cepat basi). 
Ambil pulut ratakan diatas loyang, ratakan dalam ukuran 11in x 7 in, kemudian letakkan serunding diatas pulut ratakan, gulung macam nak buat kek gulung.
Potong gunakan pisau plastik. 

*dalam 500gm pulut dapat 2 batang pulut gulung




Mesti ada yang teruja tengok close up pulut ni kan!!!




Sebenarnya kaknoor buat separuh saja dari resepi diatas dan gulung dalam daun pisang.



Ini lebihan yang di ambil untuk di jadikan model dalam pinggan tu.
Kesian kan jadi kaknoor letakkan jugak lah takut kecik ati pulak lebihan ni heheee...
Jangan marah hahh..............


Pulut Kuning Gulung Berinti Serunding Pulut Kuning Gulung Berinti Serunding Reviewed by Unknown on January 21, 2016 Rating: 5

31 comments

  1. Replies
    1. sedap PMDR senang nk mkn ngap je tkyh nk cicah ke apa2 lgi

      Delete
  2. kak nor saya memang penggemar pulut. setiap jumaat mesti pergi pasar malam beli pulut kuning dengan rendang limfa

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ada geng kaknoor ni Lea suka pulut waalaupun apa pun janji jenis yg masin2 ni kan

      Delete
  3. Canteknya bila dah digulung camni...kalau buat untuk majlis2 ni ok gak kan...tentu teruja orang nk makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan saniah hehe terangkt bakul lah pulak
      betul lah tu sesuai utk majlis tkyh potong terus amik ngap je

      Delete
  4. Hee... menariklah KakNoor. Cantik macam kek gulung
    Nak makan pun senang:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh buat nanti utk jamuan senang kan tkyh potong2

      Delete
  5. menarik ja nampak...terus rasa lapar..

    ReplyDelete
  6. wahhh! kak noor pulut kuning digulung pulak.. memang rare ni. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali biarkan kita jdi rare dari yg lain kan Lia

      Delete
  7. Makanan feberet...kak Zai ada beli beras pulut dan serunding daging masa pergi Kelantan tempohari. Nampaknya bolehlah buat projek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat kakzai jgn tunggu lama2 start je projek tu anytime hehe

      Delete
  8. Nampak sedap tapi sayangnya SA x leh makan pulut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh yeke SA kenapa tkleh mkn pulut tu kesiann

      Delete
  9. KN saya jarang kukus pulut, selalunya tanak je hihi....pemalas sangat kan...
    Nanti bila bila nak trylah kukus pulut ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg malas nk buka kotak kukusan kan Anom cyg sbb tu dok tanak jeee

      Delete
  10. As Salam kakNoor, kita ni macam berjanji pulak... semalam cheq buat serunding daging jugak. Husband habaq rumah bau macam hari raya :D
    Ingat nak buat pulut kuning, but kena cancel sebab baju macam dah terasa kesendatannya. I like the style gulung-gulung ni... sangat cantik x

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmusalam Muna
      Ya Allah boleh sama no kita masak pulut sorang di brunei sorang nun jauh dinegara mat salleh sehati lah tu mknanya noo
      makan lah sikit Muna walaupun bju sendat kesian kat pulut tu tukang masak dia tk makan

      Delete
  11. Replies
    1. boleh try nnt Ita utk menariks perhatian hehe

      Delete
  12. assalamualaikum kak noor
    maaf. lama tak singgah
    as always, gambo masakan kak noor sentiasa buat saya lapo
    aduss...besok nak buat pulut jugalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikmusalam Yy
      timakasih diatas pujian nya dah kembg sikit ni,'tk susah pun masak pulut Yy cepat rendam pulut mlm ni

      Delete
  13. Tetiba terinspirasi pulak..hihi
    .good idea

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try yan gulung jgn tk gulung yan, jgn gulung tikar dh lah haha

      Delete