Ubi Mentega Rebus Dengan Sambal Hijau Padang


Assalamualaikum dan salam jumaat yang barokah.
Menu simple lagi untuk tatapan semua.
Sebenarnya ni menu pagi semalam selepas bibik mengorek ubikayu dibelakang rumah dengan banyaknya.  Yang paling cepat boleh makan ialah dengan rebus je, rebus pulak guna noxxa lagi cepat kan, dalam 3-4 minit dah boleh makan.  Sementara menunggu ubi masak boleh masak sambal hijau ni.  Pada yang suka memang sedap ubi kayu cicah sambal hijau ni.  Ada jugak yang suka cicah kelapa parut jadi letak je dua-dua pilihlah yang mana satu bekenan.

Resepi sambal hijau ni kaknoor ambik dari blog 
CIK MAT GEBU izinkan kaknoor letak di blog kaknoor resepi Cikmat ni ya.
Terimakasih banyak in advanced ya 




BAHAN-BAHANNYA :-)
8 biji cili hijau, cuci dan toskan
20 biji cili padi hijau thai, cuci dan toskan
5 biji bawang merah, hiris
1 biji tomato hijau, dicincang
1/2 genggam ikan bilis, dibersihkan, cuci, tos dan goreng garing
2 camca besar jus lemon
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kukus cili hijau dan cili padi selama 8 - 10 minit, angkat dan sejukkan. Kemudian tumbuk cili tadi bersama2 bawang merah hingga lumat. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga sambal garing, gunakan api perlahan dan kacau selalu.
  2. Masukkan jus lemon, kacau dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ubi rebus...



Kelapa ni sudah di gaul dengan garam sedikit, yang tak suka pedas boleh cicah ni je,  macam budak-budak lah jadi ni heee...



Tak payah nak story banyak memang confem sedap ni kalau ubikayu cicah sambal hijau.
Cepat siapa yang ada ubikayu boleh rebus guna noxxa cepat boleh makan tau haha
Memang pedesss sambal kaknoor ni boleh try siapa yang suka...


Ubi Mentega Rebus Dengan Sambal Hijau Padang Ubi Mentega Rebus Dengan Sambal Hijau Padang Reviewed by Unknown on January 22, 2016 Rating: 5

22 comments

  1. Salam singgah sini kak noor...sedapnya ubi tu...makan sambil cecah dengan sambal hijau padang...terasa kesedapannya kak noor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat malam diana, mmg sedapppp pedas2 cicah ubi kayu kuning ni

      Delete
  2. Sedap tu kaknoor.ada ikan masin lg sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jugak kot makan dengan pekasam kan Lea

      Delete
  3. Salam Jumaat noor. Terliur kak Zai tengok ubi rebus dengan sambal hijau tu. Makan dengan nasi panas lagi perghhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh aje kakzai dgn nasi panas lagi lah terlajak larisss ni

      Delete
  4. salam jumaat, oo boleh juga cicah dgn sambal hijau ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita yg buat dia Rai apa saja pun ok tak salah pun

      Delete
  5. Sambal hijau tu yg buat kakak terliur KakNoor
    Kena cili hijau Thai memang kalau tak berairmata jgn cakaplah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kakzakie disini pun sama mesti stanbye cili thailand baru melelehhhh kan

      Delete
  6. Replies
    1. sedap DP menu nostalgia ni org veteren je yg tau kesedapan ni hehee

      Delete
  7. ni pun dh ckp sedap kak oi.... dpt layan time pagi2 utk bfast minum ptg syok jgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nor, menu ni tkde waktu kalau nak layan pagi petang malam pun ok je kan janji adoooooo

      Delete
  8. Geram betul tengok gamba makanan.. lagi2 gambar yg cantik gini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. geram gmbr makanan ok jgn geram pd kaknoor dah lah Siti heehe

      Delete
  9. Wah dah dapat bibik baru ye kak..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhmdulillahhhh yan bibik baru bnyk kena ajar lah

      Delete
  10. Sedapnya ubi rebus pastu cicah kelapa dengan ikan kering..nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu lupa nk goremg ikan kering kalau ada ubi ni yan

      Delete
  11. Baru aje buat sambal hijau minggu sudah, KakNoor. Memang kenalah dengan anak tekak saya ni. Tapi bab ubikayu tu tak dapatlah nak menolong. Takda tanah nak tanam. Kalau nak, kena beli kat pasar pastu barulah boleh rebus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap MD sambal hijau lgi pedas lg bestt

      Delete