Resepi Kacang Pool/Foul Pertama Kali Buat Dah Setengah Abad


ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT pagi dan salam sejahtera untuk semua nya.
HARI NI ada sedikit ruang untuk mengupdate blog kesayangan ni pepagi hari.
SIAP masak kacang pool ni terus membuat entry pulak kan..
ITU LAH kekadang sampai seminggu masak baru nak mengupdate.
TAPI hari ni ALHAMDULILLAH ada masa terluang jadi jangan lepaskan peluang ye dak!!
RESEPI ni kaknoor sekodeng dari blog RESEPI BONDA jom sapa yang teringin nak membuat nya tak susah pun dan yang best rasa nya sangat sedap pada tekak kaknoor lah, sesekali cuba makan yang sederhana berat ni ok jugak.




Resepi Kacang Pool
Bahan-Bahan:
1 tin kacang panggang dalam tin
400gm daging kisar = 2 keping daging burger
2 sudu minyak sapi atau butter
1 sudu serbuk kari daging
1 biji bawang holland (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
garam, gula dan air secukupnye
Bahan Hiasan –
1 batang cili merah atau hijau
daun sup hiris
tak de stok
telur mata separuh masak
Cara Membuat:
1. Hancurkan kacang panggang yang telah dibuang air.Suka kacang bulat-bulat so tak hancur pun.
2. Panaskan minyak sapi atau butter hingga cair. Kemudian, tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari dan kacau. Gaulkan bersama daging kisar dan kacau sehingga daging masak.
4. Masukkan kacang panggang bersama garam dan gula. Selepas itu, masukkan air secukupnya jikalau nak berkuah lebihkan air.
5. Tunggu sehingga masak. Seterusnya, pecahkan telur dan masak telur sehingga menjadi separuh masak.
6. Hidangkan bersama cili, daun sup, dan juga roti bakar.

Letak cilipadi banyak lagi best pedes-pedes biar meleleh apa yang patut haha.


Dah rasa baru tau kesedapan kacang pool ni, rasa nya esuk lusa nak gi supermarket cari lagi kacang pool ni untuk stok, bila-bila teringin pasti nak buat lagi dan lagi.


Resepi Kacang Pool/Foul Pertama Kali Buat Dah Setengah Abad Resepi Kacang Pool/Foul Pertama Kali Buat Dah Setengah Abad Reviewed by Unknown on January 13, 2016 Rating: 5

37 comments

  1. assalamualaikum n selamat pagi Noor.dapat sarapan dgn kacang pool alangkah besnya..

    ReplyDelete
  2. itulah kakyon tk kenal maka tk cinta kan sedapppp bngtt

    ReplyDelete
  3. Saya nak save resepi ni kak noor...selalu tau beli je .Kalau buat sendiri tentu lebih sedap kan.

    ReplyDelete
  4. Assalam Kak Nor..sedapnyerrr...

    kat Putrajaya ni ade 1 kedai jual kacang foul ni..sedap gak..rm4.00 klu x silap 1 set ..x puas makan..kene buat sendiri gak nih..eekkeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikumuslm Juls
      kaknoor firstime makan buat sendiri sdp rupanya kannn puas hati dpt mkn bnykk

      Delete
  5. Aduhai KakNoor ngences kakak dibuatnya
    Kilat-likat kuahnya tu yg menggoda selera:)
    Kalau kat JB ni kacangpool yg femes ada kat belakang bomba Jln Larkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kakzakie
      nnt lah bila ke Jb nk cari kt belakng bomba tu hehehe

      Delete
  6. Replies
    1. kaknoor pun firstime rasa mcm rugi pulak tk rasa dri dulu idzwa

      Delete
  7. Oh menarik ni, best kut cicah dengan roti juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cicah dgn roti fav Diana roti peranchis kw roti gardenia biasa pun ok

      Delete
  8. Biasa bunda buat cuma tumis kacang panggang jer....lepas ni nak letak daging cincang macam resepi ni pulak...nampak sedap sangat...Bunda ngan bapak suka makan roti dengan kacang panggang ni..

    ReplyDelete
  9. Biasa bunda buat cuma tumis kacang panggang jer....lepas ni nak letak daging cincang macam resepi ni pulak...nampak sedap sangat...Bunda ngan bapak suka makan roti dengan kacang panggang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sdp bunda, pertama kali rasa mmg teruja nk buat lgi, dah lama sebenarnya nk buat tpi tk terbuat akhirnya hari ni dpt mkn terangkat lah bunda mesti try ni

      Delete
  10. Kak Zai pun macam bunda tumis kacang aje. Tentu lebih sedap rasa dia kalau dicampur dgn daging kisar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sngt kakzai ada daging kisar lebih sempurna rasanya boleh tey jugak kakzai nnt

      Delete
  11. Adoi pedas tu..cili padi ada dimana mana..huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yan kat rumah semuanya hantu cilisss padi tolak sorang je haha

      Delete
  12. salam kunjung semula kak...

    aduh2 sedapnya nengok kacang pool akak tuh...
    selalu kalu beli kt kedai mkn tak terasa kacangnya... ni nmpak lg kacang tuh msti syok layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Nor, akak tk blend kacang jadi mmg nampak lah sebiji2 sebab nak rasa kacang sepenuh nya hehe boleh dtg lagi kat kedai akak kalau nk rasa kacang yg ori ya Nor

      Delete
  13. suka makan kacang pool ni. nak kena try buat jugaklah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti try Lea kalau suka rugi tk rasa kesedapan si pool ni

      Delete
  14. Sedapnya kak noor..
    Teringin nak buat..
    Save dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai yati, save no hal tpi mesti buat tau haha

      Delete
  15. Salam KakNoor yang jauh lagi dirindui ^_^

    Apa khabar? Sihat?

    Saya ni baru sekali makan kacang pool tapi yang dibelilah, KakNoor. Yang dibuat belum ada dalam perancangan lagi. Hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmuslam MD lagi dirindui ke ni mcm tak caye je hehehee
      apa pun mesti bersangka baik kan alhamdulillah kaknoor sihat2 saja
      MD mmg lah mem mana boleh buat sendiri, lain lah kaknoor ni tukang masak hehee
      tak kisah lah janji makan kacang pool kan buat ke beli janji masyukkkkkk

      Delete
  16. ini mesti sedap sampai nak buat stok kacang panggang di rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah tu neida sedap snagat jadinya nak makan berkali-kali lah sampai jemu baru stop

      Delete
  17. Saya dah beli kacang foul dlm tin ni tau KN....lama dah 3 bulan lepas kot. Mmg teringin nak buat sebenarnya...

    ReplyDelete
  18. Saya dah beli kacang foul dlm tin ni tau KN....lama dah 3 bulan lepas kot. Mmg teringin nak buat sebenarnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhh hainom dah beli 3 bulan ada rasa nak buat lagi ke? kang expired rugi tu hainom cepat amik resepi ni dan try sedap tau rugi tak buat

      Delete
  19. tak pernah rasa.. tapi memang tak boleh buat laa.. anak no.2 tak boleh makan kacang pool nih sbb dia ada G6PD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohya Eyda G6PD tu sakit apa tk faham kaknoor

      Delete
  20. शिवपाल के शिकार बने युवा नेताओं को मिला अखिलेश का ‘वीटो’
    Readmore todaynews18.com https://goo.gl/YE0Wyp

    ReplyDelete