Fettucini Carbonara Sendiri Style


Hari minggu mesti kena sarapan berat sebab full house kat umah ni,untuk puaskan hati si bungsu kak Noor maka jadi lah Fettucini Carbonara ni,suka sangat dia dengan makanan ala2 Italy ni kalau makan kat luar mesti ni je di order,hari ni mama nya nak tunjuk terer jugak lah nanti takyah order kat luar lagi,belek punya belek punya belek resepi2 last2 buat ikut citarasa sendiri lagi senang dan ternyata amat memuaskan kata si bungsu macam kat restoren lah hahaa...

Bahan-bahan nya

  • 1 bungkus fettucini direbus sampai lembut dan toskan di bubuh sedikit minyak zaiton
  • 1 cawan dada ayam atau part mana yang  kita suka lah kat ayam tu
  • 5 batang sosej ayam atau daging dihiris nipis
  • 1 sudu lada hitam kisar
  • 5 ulas bawang putih dicincang
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu segar
  • 2 kiub ayam
  • garam kalau kurang masin
  • gula secukupnya untuk sedapkan kuah
  • 1 biji lemon
  • 2 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • sedikit planta untuk menumis


Cara membuatnya

  • Panaskan sedikit planta dalam kuali,bila dah cair masukan bawang putih dan kacau sehingga kuning masukan isi ayam dan gorenglah sehingga ayam masak 
  • Masukan sosej, susu cair, susu segar, lada hitam, kiub dan garam jugak gula sikit
  • Kacau lah sehingga mendidih dan secukup rasa sendiri,bagi kak Noor suka yang agak masin dan manis sikit baru melekat gitu
  • Bila nak hidangkan ambil fettucini letakan kuah dan perahkan lemon aduii sedap bangat ni mesti cuba sendiri sebab kalau beli kat luar memang mahaiiiiiiiiiii haha save bajet murah dan banyak kali boleh buat siaran ulangan lagi....
Fettucini Carbonara Sendiri Style Fettucini Carbonara Sendiri Style Reviewed by Unknown on April 08, 2012 Rating: 5

2 comments

  1. Assalam kak Noor..wah pagi lagi dah buka western restaurant...kalau dekat lah rumah kita kan..anak-anak Watie dah lari gi breakast kat rumah kak Noor dah ni!!!...Selera anak-anak zaman sekarang agaknya kan!!!Sedapnya kak Noor..mamanya pun suke!!

    ReplyDelete
  2. walikmslam Watie,yalah anak2 zaman skrg nak selera barat je kita pun terpaksa jugak belajar kalau tak mana tahan asal kuar asyik order ni kat secret recipe tu skrg ok dpt save bajet ckp je nk mkan barat timur semua boleh lah kan eheeeee

    boleh apa salah nya kalau dkt sila2 ajak sekali mak bapak dia jugak jgn anak2 saja tak best lah Watie hehe

    ReplyDelete