Ikan Merah Macam2 Rasa


Salam Isnin untuk semua pengunjung yang tak jemu2 untuk bertandang kesini walaupun makanan yang dihidangkan seadanya saja tiada yang istimewa,tapi itulah reality kehidupan akak ikan memang tak boleh tidak mesti kena masak walaupun ada ayam ke daging sebab dah memang kegemaran big boss,buat lah ikan masak ape pun dia pasti tak pernah menolak...

Menu hari ni simple je menggunakan bahan2 yang ada sekitar rumah hanya tiga  bahan je pun mangga  kantan jugak serai,yang lain tu mesti lah kena impot jugak ..

Bahan2nya
1 ekor ikan merah sederhana besar dibersihkan digaul garam dan kunyit dan goreng
1 biji mangga muda diptong dadu
1 kuntum bunga kantan dihiris halus
1 inci halia dihiris kecil memanjang
2 batang serai dihiris kecil
3 sudu sos manis Thailand
5 biji cili padi ditumbuk kasar *kalau tak suka pedas takyah pun ok
4 ulas bawang putih dicincang kecil
sedikit garam

Cemana nak buat 
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumislah bawang putih,halia,serai dan cili padi sehingga wangi.
Masukan sos Thailand kalau kurang boleh tambah utk lebihkan kuah nya masak sehingga mendidih tambahkan mangga, bunga kantan dan garam
Sudah masak curahkan di atas ikan yang telah di gorengkan tadi
Aduh wangi bunga kantan tu macam tak sabar nak makan,kalau ada daun pudina extra tu boleh diletakan atas ikan untuk double2 wangi lagi

SELAMAT MENCUBA DAN PASTI TERUJA!!! macam2 rasa ada PEDAS MANIS MASAM MASIN dan setentunya rasa IKAN MERAH yang lazat tu heheee...




Tak dapat ikan makan eksesori dia pun cukup lah tu kan,tapi kak Noor memang tak suka sangat tang isi2 ikan tu lebih favourite tang sirip, kepala dan ekor,pendekata suka tulang lah hahahaa

Ikan Merah Macam2 Rasa Ikan Merah Macam2 Rasa Reviewed by Unknown on April 23, 2012 Rating: 5

24 comments

  1. Salam Kak Noor cayang... hadoiii terjojol bijik mata ni hah bila kak noor sebut tang tulang tu... terbayang2 memang sedap laa kak noor hehhehe

    ReplyDelete
  2. Salam kenal Noor, mekasih datang n tinggal jejak kat rumah kak rose tu.... x dapat isi ikan pun x pe, dapat meratah pelakun tambahan tu pun dah cukup. he he he

    ReplyDelete
  3. asslm Kak Noor...wah ikan merah mcm2 rasa yer...nmpk sedap tu...dugaan betul la bile berposa ni...hehehe....mmg terbayang2 akan kesedapan lauk tu...blurppp...

    ReplyDelete
  4. hai Sha, biji mata pun sodap tau sama lah kita pencinta tulang,cornfirm sedapppp tk dpt bahagian lain pun ok kan hee

    ReplyDelete
  5. haha kak Rose,akak pun sama jugak segala pelakun tambahan tu isi tak mau nak tulang je hehee sama2 lah kak Rose thanks sudi terbang kesini

    ReplyDelete
  6. wlikmusalam Qasey, aduii sorry ya rupanya sedang berpuasa ke,takpe tengok2 gini cobaan tu suruh tahan sampai ke petang lah tu,ala kejab je masa berlalu skrg ni tut2 dah petang kan..

    ReplyDelete
  7. Hi Kak Noor, eeh... sedapnya, warna pun menarik. Ini mesti sedap best... boleh tambah nasi 2 pingan. hehehe

    Salam kak, have a nice day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Ame, terimakasih sudi ambik bau ikan yg kak Noor masak ni sure tambah 2 pinggan tapi esuk kena cuti makan lah heheee
      sorry ya Me akak tanya sambut birthday ke hari ni?? nak buka blog Ame tak dpt so akak wish kat sini je ekk
      HAPPY BIRTHDAY TO AME SAYANG SEMOGA ALLAH MURAHKAN REZEKI DAN PANJANGKAN USIA MU DIK YA...

      Delete
  8. sedapnya kak... sy lum pernah try lg ikan masak cam ni taruh mangga... mesti sedapkan..

    ReplyDelete
  9. ALHAMDULILLAH Wana,taruh mangga lagi ummpph tau sbb rasa mangga yg ranggup tu wow... heeee sedap dong

    ReplyDelete
  10. kak noor ,
    tak sanggup tengok lauk ikan yang ada mangga..alahai rangup krup krap makan kan..kena cari mangga muda lagi nampaknyer..

    ReplyDelete
  11. Kak Asma,mangga muda tak susah cari gii je kat pasar malam mesti ada punya kan boleh lah ber krup krap jugak mcm kak Noor heheee

    ReplyDelete
  12. sedapnya tgk ikan merah akak yang menyelerakan ni..kalau dekat boleh singgah makan...hehe

    ReplyDelete
  13. Salam kak noor, mekaseh dtg singgah, kita add link blog akak sekali kat tempat kita ya :-) ikan merah? agaknyer dah dekat 5 tahun atau lebih sampai tak hingat dah berapa tahun tak makan ikan merah hihihi... selalu jumpa ikan siakap ajerr kat sini, dgn ikan lain2, ikan merah ni sgt ssh nk jumpa yg elok2 atau pun kita tak pandai carik :D rasa ikan merah pun kita dah lupa ehehe... nmpk akak masak mcm ni lapo terus nak carik nasik huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmsalam Arah, makasih juak dari akak sudi kesini mesti lama tu kan naik flight heeee,akak kt Brunei ni mmg senang cari ikan merah Arah bila2 gi pasar je mmg ada lah ikan ni lagipun tklah mahal snagat pun..
      jauh snagatlah Arah kaalau tak leh lah akak hanta dua tiga ekor nak suruh rasa hehe

      Delete
  14. salam kak nor
    tang yg ada mangga muda tue yg x leh tahan kak..rasa masam-masam mangga..aduhhhh sedapnyaaa..biasanya kak kita masak sup jew ikan nie..atau asam pedas..x cuba lg wt camgini..he hhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmuslam Zila,cuba lah masak camgini pasti nak lagi2 mangga fresh dari belakang umah kak Noor tu krup krap bunyi dia tau..

      Delete
  15. salam kak nor...alahai..tak tahan tgk mangga muda tu...telan air liur dah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ina, cuba2 lah buat supaya tak gigit jari dan telan air liur je mesti nak telan mangga muda ni jugak kan heee

      Delete
  16. Hai Nieza,tulah kalau dekat akak nak belanja semua adik2 kat sini kita makan ramai2 tentu gempaq tu kan..

    ReplyDelete
  17. salam Kak Noor,
    mengancam keinginna sy je bunyi tajuk tu..perggh,tgk kalerr dia pun dah tergogda..hi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlkmlsam Rohah syang, sje akak nak teruja kan adik2 sume tapi mmg sdp lah letak mangga ranggup gitu

      Delete
  18. menarik ni kak letak mangga...kadang2 ada mangga tak tau nak buat apa..nak2 kalau terbeli mangga yg luar cam nampak masak tapi sebenarnya dlm dia muda lagi..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. quinnie, ce try buat mesti nak buat lagi dan lagi akak ni ada sekor lagi ikan dlm frezer anak2 minta buatkan lagi hahaha habislah mangga kat pokok tk sempat nak masak

      Delete