Kari Ayam Kerisik Kampong Style

 Assalamualaikum dan salam jumaat untuk semua warga blog yang dikasihi dan dirindui walaupun hanya di alam maya tapi terasa dekat dan mesra walaupun kak Noor baru je berjinak2 dengan blog ni lebihkurang 2 bulan tapi kehadiran adik2 semua amat2 dihargai, pada  yang sudi bertandang dan meninggalkan jejak kalian kat blog akak ni, rasanya kak Noor yang paling tuaaaaa dikalangan adik2 semua HAHAHA dan sorry jugak seandainya banyak kekurangan pada blog ni jangan mengumpat dibelakang tau tak baik tu hari2 jumaat ni heheeee aduii dah melalut lah pulak jom tengok menu hari ni..


Menu kegemaran keluarga yang tak lekang dek panas dan tak lapok dek hujan,kari ayam,mesti tukar2 kalau tak kari ayam, kari ikan yang penting mesti ada yang merah2 baru semangat anak2 kak Noor makan,bahan2 pun tentu ramai dah tau kan cuma kali ni kak Noor guna sedikit kerisik untuk menghidupkan rasa kampongan kari ni..
Bahan-bahan nya

  • 1/2 ekor ayam dibersihkan dan dipotong kecil
  • 2 sudu rempah kari ayam
  • 1 sudu cili kering kisar
  • 1 inici halia *
  • 5 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 3 biji kentang di potong kecil
  • 2 sudu kerisik
  • 2 cawan santan separa pekat
  • sedikit kulit kayu manis,bunga cengkih dan lawang dan buah pelaga
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula
  • 1 sudu air asam jawa
Cara memasaknya
  • Tumbuk bahan yang bertanda * sehingga lumat
  • Panaskan periuk masukan sedikit minyak dan tumislah bahan tumbuk bersama2 dengan kulit kayu manis,bunga cengkih dan lawang dan buah pelaga,tumis sehingga wangi masukan rempah kari dan cili kisar yang telah dibancuh dengan sedikit air panas.
  • Kacau sehingga pecah minyak masukan ayam dan kentang, kalau perlu masukan sedikit air supaya tak kering sangat.
  • Sudah pecah minyak boleh lah masukan santan,asam jawa,garam, gula dan kerisik dan masaklah sehingga lembut ayam dan ubi,kalau nak berminyak dan cantik kari pelahankan api tu terpaksalah sabo sikit biar lambat asalkan cantik heee


Pada yang tak suke nasi boleh lah makan kari ni dengan roti ke,roti canai,murtabak atau roti jala,selera ditangan sendiri "terfulang lah ya " tapi bagi akak nasi tetap nombor 1 kecuali lah ditempat yang susah nak dapatkan nasi terpaksa kena ikut rentak lah janji kenyang je...

Kari Ayam Kerisik Kampong Style Kari Ayam Kerisik Kampong Style Reviewed by Unknown on April 20, 2012 Rating: 5

8 comments

  1. wah cedapnye kak noor mintak semangkuk blh?terliur tgk ni..hihihi

    ReplyDelete
  2. salam Aini,alhamdulillah baru lepas lunch ni boleh lah nak semangkok akak bagi sepeyok itu pun kalau dekat lah kan tapiiii ken atnegok gambo dulu lah ya hehee

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Noor,
    sedapnya kak... ni kalau dapat kuahnya saja pun jadilah, buat cicah roti gardenia.....sodap!

    ReplyDelete
  4. waalikkumuslam Amie,terimakasih sudi singgah sini,akak kalau buat kari mmg kasi lebih banyak dok cadang nak makan nak roti ke,prata ke esuk2 pulak,alang2 dah buat kan biar lah berbaloi2 sikit save masa dan tenaga heee

    ReplyDelete
  5. Salam kak noor... masakan orang lama memang terbaik.. kami yang baru nak lama ni pun tabik spring kat kak noor... nak sikit laa....

    ReplyDelete
  6. wlikmlsam Sha, ala apa pulak nak tabik spring tkde apa pun spring pun dah longgar ni heee nak ambik lah semangkok ni utk Sha sorang saja tau!!

    ReplyDelete
  7. wkumslm..huhuhu kak noor klu dkt aini dtg trs lunch kat umah kak noor..hihihi..tkt x cukup kang tuk kak noor nnti..=P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aini tak cukup tkpe kita makan apa yg ada lah hahaaa banyak lagi tu dlm frezer Aini pun tukang masak boleh lah kita masak sesama aduii angan2 mat jenin je akak ni..

      Delete