Tiramisu Cappuccino

Tiramisu Capuccino

Dah lama sebenarnya kak Noor nak buat lagi Tiramisu ni, pertama kali buat masa tu belum ada blog segala ni, masa tu guna kek,tapi kali ni nak try guna biskut Saviordi,yang khusus untuk buat Tiramisu, kebetulan masa jenjalan kat kedai jual barang2 kek ni terjumpa biskut ni,sebenarnya Kak Noor pun tak pernah tengok jugak sebelum ni biskut Saviordi hahaha "jakunis" kan Kak Noor ni, ia nya ringan sangat 30 biji dalam satu bekas tu fulamak harga nya dapat beli ayam dua ekor tapi dek kerana nak try pejam mata je bayar kat counter tu aduiiiiii.



Memang tak lah jauh beza rasa nya guna kek atau biskut ni, tapi agak manis lah kalau ada yang tak suka manis boleh lah kurangkan gula tu ya,yang penting sedap sangattt lagipun kalau kat luar kita makan tiramisu was2 jugak takut dia orang masukan alkohol ni dah pandai buat sendiri boleh tunjuk terer bila ada majlis apa2 hahahaa baru 2x buat dah nak tunjuk terer ape daaa..


Jom kita tengok resepi boleh lah tahan jugak ni kalau nak beli kena awal bulan lah,kalau dah ujung bulan tu haha kecuali orang tu kayo rayo oklah

  • 250 gm cream cheese philadilphia
  • 250 gm Saviordi lady finger (24 keping )
  • 200 ml sour cream * kak Noor guna yogurt plain tu je
  • 150 ml whipping cream
  • 150 gm * boleh kurangkan sebab agak manis
  • 1 sudu besar gelatin + 50 ml air * dikacau
  • 300 ml air panas + serbuk cappuccino instant * asingkan 50 ml untuk dibancuh kedalam adunan cream cheese nanti
  • coklat makan apa saja * kak noor guna dark chocolate diparut untuk hiasan atas tiramisu




Cara membuatnya

  • Pukul whipping cream sampai kental dan biarkan sebentar
  • Dalam mangkok lain,pukul cream cheese,gula halus dengan menggunakan mixer sampai lembut dan kembang
  • Masukan larutan gelatin dan 50 ml air cappuccino tadi dan pukul lagi,campurkan whipping cream dan kaub balikan dengan senduk je jangan terlebih kacau pulak ya
  • Celupkan biskut kedalam air cappuccino dan aturkan kedalam loyang sehingga tertutup permukaan loyang.
  • Tuangkan adunan cream cheese ke atas biskut sehingga menutupi biskut,dan buatlah sehingga habis biskut dan cream cheese
  • Parutkan coklat di atas tiramisu ni dan sejukan sekurang2nya 6 jam atau semalaman pun lebih baik lagi sejuk lagi best wooo...
  • Siapa tak mencuba rugi tau sedapppp sangat bagi kak Noor lah tak tau lah selera masing2 kan heheee




t

Tiramisu Cappuccino Tiramisu Cappuccino Reviewed by Unknown on April 16, 2012 Rating: 5

18 comments

  1. betullah kak noor..buat tiramisu ni, tebal sikitt la bajetnya..nak makan sikit je..last2 buat satu bekas..tapi bleh la bagi kat kawan2 rasa.then puas hati bila kawan2 cakap sedap. =)berbaloi2 la walaupun kuar modal banyak.

    mengancam betul tiramisu kak noor...hampir meleleh air liur.. hehehe =)

    ReplyDelete
  2. Wan, yalah kan kalau orang kata sedap tu mahaiiii pun kembang jugak lah sikit2 haha tak boleh selalu ni Wan kan kalau ada function apa2 boleh lah tunjuk kepakaran hee
    thanks ya Wan sudi lelehkan air liur tnegok tiramisu ni hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. menariknya tiramisu kak noor :)

      sy pun skrg tgh gigih belajar baking kek,buat puding
      nnt boleh try resepi kak ni ;)

      Delete
    2. terimkaasih mamy menarik ke ?? heehe boleh lah kalau selalu buat baru lebih cantik,belajar mamy tak rugi kalau kita pandai semua nya kan sendiri yg kenyang nnti

      Delete
  3. Sedap sangat ni kak..aduhai terliur..

    ReplyDelete
  4. Saya tak pernah buat lagi ni kak noor. Sebab tak mkn/minum benda yg berkopi ni... Tapi tgk sgt2 terliur ler...

    ReplyDelete
  5. peberet mas ni kak....
    tapi mas kalau buat guna biskut merry je hihihihi

    ReplyDelete
  6. saya pun dah jatuh cinta dengan kek tiramitsu ni... nak buat jer.. masih tak kemari² mood.. asyikk kelauutt jer... melayang².... mesti sedapkan.. kak noor buat ni..

    ReplyDelete
  7. Rohah,sesekali terliur oklah ,Rohah selalu bagi akak terliur jugak kan heheee

    ReplyDelete
  8. Qis, boleh jugak di ubah suaikan,cuma untuk celup kan biskut tu je,buatlah guna milo pun boleh kot hahahaa kesian belum tua kot tak minum kopi tu

    ReplyDelete
  9. Mas, pernah jugak akak terfikir dulu sbb susah2 sngt nak cari biskut tiramisu ni, why not kita guna biskut merie je kan senang cari dan murah nnti lah mesti nak try biskut merie lak nanti

    ReplyDelete
  10. Masya, heheeee kena jampi2 sikit baru mood ada mari tapi best jugak mood kelaut tangan kaki bersih heheee

    ReplyDelete
  11. Tiramisu... sedapppp Kak Noor.. anak2 memang suka bangat... Buat sikit x cukup...

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Noor adoii rajinnya dia.. teringan masa di MasterChef dulu tu.. ini ler yang kami belajar buat sampai juling bijik mata makan.. apa taknya... ada lebih 20 orang yang buat.. so merasa sikit sana sikit sini... bahan yang diguna sama tapi rasa tetap tak sama.. itulah keunikan bila kita memasak kan kak noor...:)))

    ReplyDelete
  13. Aduhaii meleleh tengok kuih petang petang ni. Baru tadi bersembang dengan my friend pasal Tiramisu Durian

    ReplyDelete
  14. betuiii ogyep anak kak Noor pun suka jugak tapi mama nya yg lebih2 makan hehe aduiii

    ReplyDelete
  15. Sha,betul tu tangan sorang2 tu tak sama walaupun bahan sama tapi tetap jugak rasa tak sama,kak Noor pun main hentam2 jgk tapi kena study resepi dua tiga hari kalau nak buat ni,best nya kan Sha dpt masuk masterchef macam2 boleh belajar,kak Noor belajar dngn buku ja haha

    ReplyDelete
  16. Zie, kak Noor tak pernah rasa tiramisu durian mesti bertambah sedap ni dimana nak cari durian ni????

    ReplyDelete