Ayam Kampong Goreng Berempah
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi minggu yang santai untuk semua!!!
Wah ayam kampong lah,baru ternampak kat supermarket terus akak hangkut je masuk troli,walaupun agak mahal cikit dari ayam biasa sebab dah lama tak makan jadi mengidam lah pulak,mengidam nak dapat cucu kucing kot hahaa,tengoklah tu ayam kampong paha nya panjang je macam paha Barbie kan,kalau orang Kedah kata "rghenjong" maksud kurus tinggi lah tu,adus susah nya nak tulis,tapi kalau nak sebut tu senang lah sikit tapi di alam maya ni memang payah lah nak sebut kan heee maaf lah kalau ada orang Kedah kat sini tolong betul kan kalau akak salah,akak ni nama ja duk kat Brunei tapi bahasa kat umah semua akak guna bahasa ibunda akak jugak sampai Mr hubby akak bawa cakap Kedah dia pun ok je hentam walaupun salah sama sekali hahaa
Bahasa Brunei tu akak faham cuma kalau ber cakap keseluruhan rasa janggal cuma satu je yang akak dah tak dapat buang bahasa Brunei ni iaitu AWUUU BAH.. means ya lah tu = ya
sampai orang Kedah datang sini pun akak dah ber AWUU BAH jugak hadooii banyak pulak cerita nya makcik ni..
Sebenarnya resepi ni amat mudah maklum ayam goreng je kan,tapi disebabkan ia nya ayam kampong akak rebus dulu untuk melembutkan nya
Bahan2nya
1 ekor ayam kampong dipotong dan dibersihkan
2 batang serai dititik
3 inci lengkuas dihiris
1 inci halia dihiris
2 sudu gula merah
1 sudu garam
3 helai daun limau purut
2 sudu cili flakes
2 tangkai daun rosemary * takde yg segar yg kering pun ok jugak
Cara nya
Rebus ayam bersama dengan serai,lengkuas,halia,gula merah,garam,daun limau sehingga ayam agak lembut dan air nya kering,pastikan jangan terlalu banyak air kata Ewan yang sedang~ sedang saja~ tau..
Kemudian gaulkan ayam tadi dengan cili flakes dan daun rosemary yang telah di ramas2 diatas nya
Perap sekejab kemudian boleh lah di goreng dengan api yang sederhana,jangan kuat2 api tau nanti hitam ayam nya tak cantik tak dapek den nolong tu...
Sedap dimakan dengan nasi lemak ke nasi putih pun ok jugak ni
SELAMAT MENCUBA PADA YANG SUDI
YANG PASTI MERATAH AYAM NI TAK TERASA HABIS SEPINGGAN
HEEEE
Ayam Kampong Goreng Berempah
Reviewed by Unknown
on
June 03, 2012
Rating:
Simpan sikit.Kita masak nasi lemak dulu lepas tu datang ambil ayam ni ya.
ReplyDeleteKak Noor cayangggg...
ReplyDeleteni nak membebel gak pasal ayam kampung, tiap kali kami balik Selangor bonda mesti sediakan ayam kampung untuk di sembelih, boleh pelihara ayam kampung penuh kasih sayang, diberinya makan nasi hangat (sebab bonda tinggal sendiri), bonda masak nasi lebih untuk ayam-ayamnya, katanya kalau ayam makan nasi hangat, cepat membesar dan dagingnya empuk... masya-Allah Kak Noor percaya tak, anak-anak kami hantu ayam kampung tau! Makciknya di sana suka gorengkan ayam kampung... memang dagingnya lembut tapi taklah selembut daging ayam ternak... demikianlah adanya alkisah ayam kampung yang nak Amie sampaikan!
Kak Noor... ayam kampung goreng berempah memang hidangan yang lazat, lagilah dulu2 tak ada ayam ternak, orang kampung gunakan ayam kampung untuk munjung, tradisi masyarakat Jawa pada penghujung bulan puasa, hantar makanan ke rumah2 jiran dan saudara mara... hei.. ngencess pulak tengok ayam kampung Kak Noor!
sedapppnya... rindu nk mkn ayam kg... rndu nk balik kg... huhuhu
ReplyDeleteHem..memang sedap sangat dan wangi sangat kalau ayam kampong digoreng berempah...kalau ada sambal lagi la power...bole bertambah nasik di pinggan..
ReplyDeleteSalam k.Noor.slmt berhujung minggu.ada lauk ayam kampung goreng...kat bawah ada sambal petai...rasa nak hulur pinggan je tumpang lunch rumah k.Noor...hi...hi...
ReplyDeleteas salam kak noor..terliurnya tengok menu ayam kampung goreng ni..makan ngan nasi lemak ke...nasi kerabu pun sedap kan kak.. :)
ReplyDeleteSalam Kaknor...hhhmm nampak sedap tapi renyah juga ya nak guna ayam kampung sebab dia liat sikit. Hb suka la jika jumpa ayam kampung mesti nak beli katanya isi daging lain sikit.
ReplyDeleteAssalam kak Noor.
ReplyDeleteDah lama betul tak makan ayam kg....sedapnya terliur sudah.
Wahhhhh ayam kampung goreng yang sungguh mengancam!!! Kecur air liur tengok...lap ngan tisu dulu :D~~~~~~
ReplyDeleteSalam Kak Noor...ari ni lambat terjah dapur kak...ayam kg...fev iza n family ni,goreng pun sodappp..
ReplyDeletesalam kak nor cyggg..nak yang peha tu yer..h eheh ee dah lama x mkn ayam kg kak nor..mcmm teringin jgk nk makan la..:)
ReplyDeleteSalam k.nor cyggg...aduh mcm zila pulak..semua msk ayam...nak mintak skit yg bahagian peha...dpt pulak siap tabur ngan daun cik rosmerry...:))
ReplyDeleteAs'KUM kak Noor cayang hadoiii ayam goreng berempah pulak dahhh.. kecur tak sudahh ni taw... awww
ReplyDeleteHi Kak Noor, salam Kak ;) Selamat pagi.
ReplyDeleteIni ayam goreng nampak sedappp... best! Boleh sampai jilat jari dan piring, hahaha
Jumpa lagi, bye..... cayang muahhzzz.....