Orkid Yang Berkembang Pada 16.6.2012 Alhamdulillah



Assalamualaikum  semua,apa kabar dihari minggu ni harapan dari akak agar semua nya sihat2 saja ya,biasalah hari minggu kan hari cuti so hari ni akak pun cuti masak lah,apa kata kita makan orkid je heee
kalau kenyang boleh jugak kan,lagi best makan bunga U tentu wangi satu badan..
Sebenarnya petang semalam kempen2 kat luar rumah membersihkan apa yang patut  jadi nya terus lah tengok orkid2 yang berkembang,lama jugak akak tak kuar bersiar2 kat luar haha sejak rakan Fb dulu datang dah jarang kuar rumah maklum lah sibuk macam2 kat dalam umah bersilat kat dapur tak habis2, jadi hari ni akak nak kongsikan dengan adik2 semua dan jamu mata aje lah tengok orkid akak ni ya, kalau ada yang  bekenan dihati tu masuklah meminang  insyaallah akan di pertimbangkan hehee



Sila jamu mata saja hari ni ya tak pe mata pun nak jugak kenyang kan..


Antara banyak2 orkid tu yang ni lah yang jadi pujaan hati orang kerana bentuk nya yang agak unik kalau tengok betul2 macam rama2 warna coklat gitu..


Antara yang bagus orkid ni bunga nya sangat tahan lama,apa lagi yg jenis ni dua tiga bulan jugak baru dia layu 



Amacam yang ni cantik tak,lembut je kaler dia kan kuning air gitu loh..



Konfem tak sama dengan yang atas tu tau sebab yang ni tengah nya pakai baju kaler purple hee



Sebenarnya semua nya baru lepas siram akak lah yang siram,tapi yang satu ni melekat air pulak,sedang kan  yang lain tidak unik kan!!!



Kaler purple yang paling banyak koleksi akak entah mungkin suka purple kot ke memang orkid yang banyak spesis purple
LU PIKIR LAH SENDIRI HEHEE
Jangan marah hah, akak main2 je..



Kaler oren yang agak kurang lah dalam koleksi akak tapi alhamdulillah yang ni pun subur mudaha2an lambat lah KO nya nnti ..



Yang ni yang best dah jadi serumpun lah pulak sebenarnya ditanam dalam pasu yang dekat,kebetulan semuanya berbunga masing2 dengan kaler yang berlainan



Orkid yang jenis nya agak besar lebih besar dari yang lain2 mungkin dia ni spesis giant kot heee



Purple lagi kan kaler orkid ni cuma bentuk nya berlainan dari yang sebelum ni..



Yang ni pun ada campur purple jugak tapi purple hijo muda cantik tau kalau tengok depan2 mata
tak tau lah kalau tengok dalam gambar ok ke kaler ni??



Yang ni kuning lah pulak,satu lagi yang melekat air kat bunga dia tu,sama spesis purple yang mula2 tadi kan,mungkin dia orang dari jenis yg sama kot murah rezeki lah tu kan..



Yang ni spesis belang harimau yang jarang2 sekali berbunga,pun kalau  berbunga memang tahan lah asalkan kalau siram jangan kenakan air pada bunga nya tu kalau tak dia cepat busyuk dan layu,so kena pandai jaga hati ni agak sensitif..



Yang ni Borneo Orkid memang cantik lah kaler dia macam baldu kalau kita pegang kat bunga tu berbulu sikit2..



Alahai yang putih ni dua tiga kali ambik gambar masih blur tk tau apa pasal dia tak mau terang,last2 biarkan lah memang dia malu kot ...


Alhamdulillah yang ni pun purple jugak,ada lebihkurang 20 jenis bunga orkid yang berbunga lah pada petang semalam,sebenarnya memang banyak lagi tapi bunga nya sama spesis sebab bila dah tua tu dia kan jadi anak2 pinak so my hubby pisahkan ke pasu lain jadi nya  banyak lah orkid ni,sebenarnya yang akak beli semua nya satu jenis tapi sekarang ni dah melarat2 beranak pinak piut miut entah apa2 lagi
ALHAMDULILLAH REZEKI ALLAH BAGI KAN KITA JAGA LAH..
UNTUK  MENYERIKAN PONDOK AKAK NI...
Orkid Yang Berkembang Pada 16.6.2012 Alhamdulillah Orkid Yang Berkembang Pada 16.6.2012 Alhamdulillah Reviewed by Unknown on June 17, 2012 Rating: 5

14 comments

  1. salam syg kak nor
    alahaiii kak cantikkknya bunga2 tue..berkenan btl zila..tp kita mmg x reti nk jaga bunga okid nie..rasa mcm susah je..tangan x sejuk kot kak..he hehee:)

    ReplyDelete
  2. waalikmsalam Zila cayang,kalau tak sejuk kena selalu pegang ais kot baru sejuk heee
    eh takdelah banyak songeh sangat pun janji orkid ni cukup air je pasti menjadi bunga tu percayalah ~~~

    ReplyDelete
  3. Kak Noor sayangggg.... sedap mata memandang, rasa segar pagi-pagi datang sini. melihat orkid Kak Noor teringat Amie koleksi orkid kami sebanyak 117 jenis yang dibeli dari pelbagai tempat di seluruh pelusuk negeri! Setelah pembantu rumah berhenti kerja, pokok orkid pun ikut mati sama....... barulah kami sedar, rupanya orkid satu spesies yang manja, perlu jagaan dan belaian walaupun sesetengah orang kata orkid ni hidup menumpang ( seperti anggerik), senang dijaga.... sekarang tiada lagi orkid itu, kami beli 20 jenis orkid tanah dari Selangor bawa ke Sabah dan alhamduillah orkid tanah tak secerewet orkid pasu.

    ReplyDelete
  4. Ame cayang alahai SYANGGGGGGG NYA KAT ORKID TUUUUUUUU.........
    Betul sangat apa yg Ame cakap tu dia perlukan hari2 kita membelek dia,akak pun sejak maid dah lari ni,akak sendiri kena sirramkan hari2 kalau tak majuk dia tak mau berbunga,alhamdulillah kalau cukup air pagi petang mesti dia berbunga segar,akak semua nya ditanam dipasu yg ditanah pun pasu jugak supaya senang jaga,alhamdulillah Ame so far so good...

    ReplyDelete
  5. Salam.. Kak Noor, cantik benar bunga2 orkid milik akak..

    Pandai Kak Noor menjaganya.. Boleh berbunga serentak ye.. Nur memang minat bunga, tapi tak sempat nak menjaganya.. Kalau Nur jadi akak pun Nur akan belek je bunga2 ni.. :D

    ReplyDelete
  6. wlikmuslam Nurr..
    terimakasih alhamdulillah banyak yg berbunga kali ni, sedap jugak mata memandang..
    sama lah kita dik minat sngt dngn orkid bunga lain tu cepat layu tu lah akak lebih suka orkid ni sbb lambat habis bunga nya,rose pun akak suka sbb wangi tapi tangan akak tak menjadi tanam rose bnyk KO dari OK heee

    ReplyDelete
  7. Hi kak Noor cayang, semua orkid cantik molek. Akak rajin tanam bunga2x? Pagi2x cuci mata dengan bunga terus segar.

    Tapikan bukan semua orang punya tangan boleh tanam bunga, kadang2x bunga cantik sampai certain tangan orang tak hidup atau tak berbunga.

    Tapi tangan akak jenis pegang bunga semua hidup cantik2x!

    Have a nice day, regards.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Amel..
      macam dah cuci mata dengan bunga akak dah clear ke mata Amel hehee mesti takyah guna eye more lagi kan dah segar bugar

      alahai thanks lah tangan akak pun sama jugak lah dngn tangan orang lain kdg2 ada jugak KO tapi banyak yang OK lah hee

      Have a nice day to U jugak Amel jumpa lagi ya

      Delete
  8. banyaknya pokok orkid kak noor! siap kembang serentak lagi. macam taman orkid dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah macam taman sngt pun cuma sejuklah sikit mata memandang kalau time kuar kat luar ade benda nak di tengok yg cantik2 heeeee

      Delete
  9. waduh... waduh.. cantiknya orkid2 tu berkembang.. berseri lah laman rumah Kak Noor ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah akak ni dah kurang seri ogyep tu lah kena bubuh orkid ni bagi naik seri sikit maklum rumah orang V mana nak berseri lagi kan heeeee

      Delete
  10. duhai geram tgk bunga2 orkid yg sedang mekar...banyak koleksi akak..sy baru nk ngumpul , yg ada baru 6 jenis, tapi tak mau kuar munga laaa...huwaaa

    ReplyDelete
  11. cantiknya orkid2 kak noor ni,membuatkan ina nak beli pokok orkid la satu.Mahalkan harga orkid ni.Aritu ada tanye la sepokok kecik cenonit je harga smpai rm25.tapi bila pikir tahan lama bunga dia..berbaloi gak la.betul ke org kata siram dgn air beras utk berbunga?

    ReplyDelete