Ice Cream Goreng
Assalamualaikum dan selamat petang semua, hari ni paling busy macam2 aktiviti kena buat dan terpaksa buat redho kan saja,sampai petang ni baru dapat ber BW letih dah satu hal jugak,tapi nak jugak buat entri hee,lagipun aiskrim ni dah di masuk frezer sejak semalam ni jadi hari ni tak payah buat apa2 lagi makan aiskrim goreng ni je
Akak memang suka buat yang mudah2 belaka,ais krim pun akak guna yg yang dah ready made lah,,akak guna aiskrim coklat,sebab yang ni saja ada dalam simpanan di frezer tu, roti pun sebeno beli dah lama jugak tapi dah masuk dalam esbok kira oklah terlepas sehari expired nya haha,anak2 kak Noor ni kalau tkde roti minta dibelikan roti, dah ada roti makan yang lain2 tak peduli pun kat roti sampai dah expired dan kesejukan dalam esbok, jadi nya kebetulan dah dia sejuk tu akak tambah lagi kasi sejuk bubuh aiskrim kat dalam tu dan masukan dalam frezer lagi U ..., rasanya semua orang pun pandai kan buat aiskrim goreng ni kan,tapi mana tau ada yang masih pening cemana nak buat ayoh ikut akak buat resepi yang always mudah ni
Bahan2 nya
Semesti lah roti yang banyak sebantai ke dua bantai..
Aiskrim apa saja perisa secukup nya
Caranya
Ambil sekeping roti,letakan aiskrim ditengah2 nya,agak2 je tau jangan terlalu banyak,kemudian ambil lagi sekeping roti letakan kat atas aiskrim tadi bagi dia tertutup,kemudian ambil gelas ke or cawan yang bentuk bulat tekankan pada roti yang berisi aiskrim tadi sehingga putus kesemua bahagian tepi roti tu.
Buatlah sampai habis roti dan lepas tu masukan roti yang ada aiskrim tadi dalam frezer beberapa jam atau nak cantik lagi semalaman lah baru digoreng dengan menggunakan minyak yang penuh,api yang kecil dan tak perlu lama tau cukup sekadar dah kekuningan gitu boleh diangkat,rasa nya aiskrim goreng ni masak kurang dari seminit,dah lepas goreng jangan tangguh2 terus je ngap nnti aiskrim tu cair memang dah tak sedap dan ranggup lagi tau..
Ok akak dah nak makan aiskrim ni nanti cayaq susah wooooo lepas ni boleh bersantai bantai jab kan..
Memang sedap dan ranggup kalau panas2 so apa lagi ditunggu jom kita makan sebab baru ja goreng dua tiga minit heehe
Ice Cream Goreng
Reviewed by Unknown
on
June 19, 2012
Rating:
Yeayyy... dapat makan ice-cream goreng pulak di dapur Kak Noor! Panas sejuk, yin yang....
ReplyDeletehahaha Amie..... awal dtg mesti tak sempat cair sedap kan heeeeee sejukkkkkkkk je masyukkkk
Deletefariha.......memang senang je insyaallah tak cair sbb goreng nya kejab je asal kuning roti dah boleh angkat..
Cik Cammy..kalau makan time panas2 memang sedap ranggup lagi U besttttt
senang je rupanya nak buat aiskrim goreng ni.
ReplyDeletenak try la..selalu dengar orang cakap pasal aiskrim goreng tapi tak penah cuba. selalu gak terfikir, tak cair ke aiskrim tu nnt bila dh digoreng?hehe
btw, thanks for recipe ye..
wah sedapnye..terliur plak
ReplyDeleteSedapnya ice cream goreng ni kak noor.nanti nak cuba la resepi ni.
ReplyDeleteNorzie....boleh cuba lah Norzie nnti kasi akak sikit tau nak rasa heeee
DeleteLawa C...mungkin tak cukup melekatnya tu masa buat tu kot,akak pernah jugak gamkan dengan air tepi2 semasa membuat tu kalau terbuka,tapi masa menggoreng belum pernah pulak terbuka..
Qis...akak guna cawan tupperware dia nipis jadi bila kita tekankan pada roti tu dan pusing2 kan bagi bulat tu dia terus akan melekat,tapi kalau terbuka jugak gam je dng air picit2 je,try dulu mudah je ni
saya dah try buat tapi dia terbukak masa tgh goreng...huhu...mcm mana tu?
ReplyDeletesalam kak noor...
ReplyDeletesenang jer ek...
tapi nak lekatkan tepinya tu camna ek...
hahah! telan liur kite tengok eskrem goreng ni. kite pun makan roti + ice cream jugak pagi tadi. tapi tak goreng pun. makan cenggitu je. nak buat ice cream goreng payah sikit kt sini sebab takde roti gardenia. roti lain tak berapa gemar sangat.
ReplyDeleteNani...wah nampak nya kita sehati sejiwa lah Nani hari aiskrim kan tapi sorang goreng sorang tak heee,akak pun suka gardenia lebih lembut..
DeleteSha...walikmuslam sayang biasalah sedang busy2 ni buat yg mudah2 je itupun dah cukup kaki tangan tu macam2 benda kena buat kiranya buat yg wajib je dulu heeee buat banyak2 Sha lepas tu hanto akak jugak ok heee
As'kum Kak Noor cayangg waduhh satu lagi resipi mudah yehaa. sha suka sangat! selalunya beli.. Insyallah nanti sha nak cuba.. tq kak noor cayang muahzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz tu dia!
ReplyDeleteHamboi... hamboi... bukan main tersengih aiskrim goreng tu ya...
ReplyDeleteagyep cayang dia sedang tunggu orang jauh dtg tulah dia sedang sengeh2 senyum simpul gitu loh heeee
DeleteWow sedapnya
ReplyDeletewah kak...marveles gitu..penah makan skali kat Pantai Merdeka SP tp cam makan minyak la kak...mmg gitu ekh???
ReplyDeleteSalam k.Noor.ais krim goreng sedapnya. dari musim sejuk lalu nak buat ais krim goreng ni tp tangguh dulu ke musim panas....skrg musim panas tak buat2 juga lagi....nengok k.Noor buat ni teringin pula...
ReplyDeletecantik bunga2 orkid kws laman rumah k.Noor..