Apam Mekar Pandan Zila Pulak Seberang Laut China Selatan hee



Assalamualaikum dan selamat malam semua nya
Malam ni terlebih mood untuk mengupdate entri sedang rajin ni ON je lah makcik ya heee
Nak cerita sikit yang set kat atas tu sebenarnya akak dah beli masa akak ke UK bulan Julai baru ni tapi belum dapat bawa balik sebab terlebih kilo jadi akak suruh anak akak yang ada kargo free tu bawa kan,baru ni sampai lah semua barang2nya termasuk set cute ni jadi mama nya pun sempat lah nak show sikit hee, set ni sempena 50 tahun  QUEEN ELIZABETH 11  memerintah ENGLAND, biasalah orang antik macam akak ni suka sangat barang yang gini2 walaupun kecik je dan harga nya mmmmmmm..... tahan je pejam mata beli hahaa aduiii dapat jadi prop pun ok jugak lah walaupun tak dapat utk minum kan heee




Memang cute set ni tengok lah apam pandan ni lebih besar dari cawan2 nya tu tapi hati dah suka
apa nak buat bungkus saja lah..

 

Menu hari   ni akak dah skodeng kat blog ZILA4EVER sebab bekenan tang mekar tu tapi bila akak buat tak lah semekar yang ZILA buat mungkin tak cukup baja ke apa entah lah,ZILA tolong komen sikit dimana salah dan silap akak tu, dan izinkan akak kongsikan resepi nya kat blog akak jugak ya.


Apam Mekar
Resepi asal - Fatmah bahalwan
                  - hazila my small  kitchen
bahan -bahan
225gram gula pasir
2 biji telur
250 gram tepung gandum
1 teaspoon ovellate
1 teaspoon baking powder
150ml air soda - sprite
1 teaspoon pandan paste
pewarna yang digemari
 
 
 
cara-caranya

  1. siapkan pengukus-biar wapnya keluar dengan banyak -penting
  2. pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang (warna akan bertukar krim atau keputihan) - sangat penting
  3. masukkan ovellate dan pukul lagi
  4. ayakkan tepung dan baking powder.
  5. masukkan tepung berselang seli dengan air sprite.
  6. pukul hingga kental dan pekat..
  7. bila ambil sesudu adunan dan tuang kembali,adunan akan ambil masa untuk jatuh semula kedalam bekas.
  8. masukkan perisa pandan.bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  9. letak pewarna yang digemari.
  10. susun papercup dalam acuan lompang.
  11. tuang kedalam papercup secara berselang seli..hampir memenuhi papercup.
  12. kukus sehingga 20 minit.
  13. sedia dihidang
 



Jangan marah hah masih lagi berlatar belakang kan QUEEN tu segala biskut yang dibeli tu tak termakan pun,sebab utama nya nak kan tin tu biskut yg cantik bukan nak makan biskut nya aduiii apa lah punya turrrr

 



Dah macam2 aksi dah apam ni menonggeng je belum lagi hahaa
 

YANG PENTING SEKALI APAM PANDAN MEKAR CONFEM SEDAP DAN TAK JEMU DIMAKAN LEPAS SATU2 BUKA TUT TUT DAH HABIS SEPIRING APAM HAA,PADA YANG BELUM CUBA,TRY LAH PASTI BERBALOIIIII...
 
Apam Mekar Pandan Zila Pulak Seberang Laut China Selatan hee Apam Mekar Pandan Zila Pulak Seberang Laut China Selatan hee Reviewed by Unknown on October 03, 2012 Rating: 5

15 comments

  1. Kelas kak Noor!! bukan main mekar lagi naik sampai tersembol cenggitu perghh kecur tak sudah ni hehehe

    ReplyDelete
  2. Ellerinize sağlık. Çok lezzetli görünüyor.

    Saygılar.

    ReplyDelete
  3. mekar macam kembang setaman ke Sha....ada jugak yg tak tersembul tu kalau dekat pasti nk suh rasa yg tersembul ni Sha...

    ReplyDelete
  4. salam syg kak nor..
    dr tadi nk mgomen net tenatbtl..menciii..
    aaiisshhh dh kira ok tu kak nor..tersenyum simpul..mekar le tue..tp ada yg x mekar kan..eemmm apasal erk..zila buat aritu ok pulak..x per lain kali leh cuba lg..

    ReplyDelete
  5. subhanallah..
    mekar betul apam yg akak buat ni...tersenyum lebar dia):

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mekar itu untuk bunga ka Rohah, apabila untuk cake disebut mengembang atau kembang. hi.hi..hi..

      Delete
  6. heeee gerammm nya kak. tak sabo nak try wat pulak nih...
    oh ya kak, pinggan cantik kak...

    ReplyDelete
  7. nampak simple jer yer nk wat apam nih..apapun set yang atas tu paling wat adda terguda..kihkihkih

    ReplyDelete
  8. oh sampai ati mu kak noor tutup muke queen tu dgn apam yang mekar setaman iteeew...penat dia make up 3 ari 3 malam baru sudah tau...hhi
    yg tak mau mekar ade ke kak?...saya suka apam yang senyum kamben ajer..coz rase yg itu lebih sedap...nice kaler lah kak!

    ReplyDelete
  9. salam nor. Lama bundo tak datang ngacau ni.
    Eh.. apa pulak yang tak mekarnya. kan dah elok tersengeh tu. Bundo ni bab buat apam mekar ni, berkali-kali tak menjadik. Lama-lama malas nak buat. Tapi tengok apam kat sini semangat nak buat tu dah datang balik..

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Noor...
    sedap ni apam...gandingkan dengan teh/kopi o panas..mantap..

    ReplyDelete
  11. Asslmkum Kak Nor.
    Memang mekar semekarnya...Terbaik la kak noor. Teringin pulak nak mengapam..hehehe

    ReplyDelete
  12. Uih terjojol2 mekarnya tu...ok sesgt dh tu kak..errr cantiknya set tu....kelazzz apam mekar akak leh duduk atas riba queen...hehehe

    ReplyDelete
  13. terbaik ni kak noor... len kali anta kat KA sikit!

    ReplyDelete