Telur Ikan Masin Goreng Berasam




Selamat pagi dan selamat memasak untuk semua adik akak ya
Hari ni akak masak yang enak dan simple goreng2 je telur ikan masin ni
Ada tak adik2 yang pernah makan telur ikan masin ni? rasa nya mesti jarang kan!!!
Kak Noor pun kebetulan anak akak baru balik dari bercuti kat Kota Kinabalu, dah dia tanya nak pesan apa, so tanpa teragak2 suruh je dia beli telur ikan masin ni, sebab kat  KK memang famous telur ikan masin, terubuk masin, dan segala macam ikan masin yang sedap2 lagi.

Nak memasak pun tak susah telur ikan ni,hanya rendam lah dalam 10 ke 15 minit lepas tu toskan
Hiris bawang besar,cili besar dan cili padi sikit.
Panaskan sedikit minyak pastu gorenglah dengan api yang perlahan, biar telur masak di kedua2 belah nya dan angkat.
Kemudian panaskan sedikit lagi minyak dan goreng lah bawang besar,cili besar dan cili padi sehingga layu,masukan sedikit air asam jawa  yg agak pekat,kacau rata dan letakan di atas telur ikan tadi,rasanya pasti lah
MASIN MASAM & PEDAS 
Yg pasti mesti nasi laris hari ni 
Untuk menu berkuah pulak hari ni akak masak KARI AYAM KAMPONG DENGAN BATANG PISANG
Tunggu resepi nya esuk lusa ya bila dah settle kerja, sila ambik bau telur ikan masin ni dulu lah 
HHHHHMMMMMM wangi serumah!!!!!




Tapi kalau takde telur ikan masin boleh jugak guna ikan masin biasa,goreng bubuh segala macam pastu bubuh asam jawa memang memecah selera tak percaya SILA BUAT!!..
Telur Ikan Masin Goreng Berasam Telur Ikan Masin Goreng Berasam Reviewed by Unknown on October 15, 2012 Rating: 5

17 comments

  1. MAS TAK PERNAH MAKAN LAGI TELUR IKAN MASIN NI KAK NOR...
    RASANYA MCM MANA YERK..
    NMPK SEDAP LAA :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya masin lah macam ikan masin jugak tapi dah kita taruh cili dan asam jawa tu rasanya pun dah jadi masam masin dan ppedas lah Mas...

      Delete
  2. telur ikan masin kak noor? tak pernah jumpa ..beli kat mana? kedah mari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan Kedah mari oooo tapi KK mari ni Mala,fly lah kat KK pasti jumpa heee

      Delete
  3. simple nyer but tau dah sedap ni kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. janji sedap je KA kan lebih simple lebih baik tak banyak sangat masa kat dapur hee

      Delete
  4. Replies
    1. pastinya Mrs cayang nak lawan dgn double down tu haha

      Delete
  5. lari....kolestrol...hi hi...jgn marah Kak Noor...kita tak brp suka telur ikan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lariii akak kejar ni nak bagi telur ikan masin ni heeee akak pun setahun sekali pun susah nk dpt telur ikan ni Mar...

      Delete
  6. Adeeehhh... Kak Noor! Belum pernah buat gini kak, tapi pernah masak lemak! nanti nak cuba juga kalu ada telur terubuk masin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh masak lemak telur ikan masin pun boleh ke Amie,nk try jugak lah sbb ada lagi sepasang tu telur nya hahaa thanks bagi idea ya Mie

      Delete
  7. rupa2nya saya belum follow akak lagi ya... saya tak pernak pulak jumpa telur ikan masin..memang ada jual gitu ke atau ada dalam ikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduh cheqsu sayang,tak kisahlah tu tapi dah follow thnks bebanyak ya, sebenarnya telur ikan terubuk masin memang susah nak jumpa jugak ni pun kat Kota Kinabalu anak akak belikan,mmg bukan dlam ikan dia jual asing2 lah mmg sedap

      Delete
  8. Aduhai kak.. mmg meruntum jiwa tul la..
    Manalah nak cari telur ikan macam tu kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry Sham ya ni kes nak lepas kan geram sbb lama dah tak makan telur ikan terubuk masin ni,mmg susah dpt jugak tau, kalau orang jauh kena banyak bersabo ek heee

      Delete
  9. Assalammualaikum,

    Mohon izin puan utk copy & paste gambar serta resepi ini utk dimuatkan ke fanpage saya : http://www.facebook.com/kedaiummie. Link blog turut disertakan.

    Utk makluman, kedai sy menjual beraneka produk makanan & kraf dari Sarawak. Ada kek lapis, ikan & telur terubuk masin, pes laksa sarawak dll.

    Terima kasih

    ReplyDelete