Cheese Muffin Yang Lazat
ASSALAMUALAIKUM semoga semua nya sihat2 sejahtera hendaknya
APA LAGI dihujung minggu macam ni tentu ada yang nak bawa family
MAKAN angin ke atau picnic kat pantai ke..
TAPI bagi kak Noor hujung minggu pun macam hari biasa jugak
LEPAK kat umah sebab malas nak jalan
RASA NYA LEBIH SELESA KAT UMAH,MASAK2 MAKAN2 LEPAS TU TIDO2
HAHAHA
KEBETULAN ada lebihan cheese cheddar separuh tulah akak dok korek2 blog RAHEL terjumpa lah resepi yang diidamkan menggunakan cheese cheddar tu yang memang fav anak2,apa lagi teruslah akak bersilat kat dapur maka terhasil lah cheese muffin yang sedap sangatt lembut,tak puas makan sebijik,mesti nak makan berbijik2,cepat je habis oleh anak2 dan mak nya jugak heee thanks RAHEL ya akak minta kongsikan resepi kat blog akak jugak ni untuk siapa yang sudi nak buat memang tak rugi,untuk RAYA HAJI nanti boleh jugak ni heee..
Mufin Keju
Resepi:Chef Noraini Zakaria
Bahan:
250g tepung gandum
150g minyak masak
150g susu segar kotak
70g keju cheddar}
50g keju cheddar},diparut
150g gula kastor
13g serbuk penaik
1 sudu teh garam
2 biji telur gred B-dipukul
Cara:
1.Satukan minyak,susu segar,gula kastor,garam dan telur dalam mangkuk
adunan.Kacau hingga sebati.
2.Ayak tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi.Masuk-
kan 70g keju cheddar.
3.Tuangkan adunan cecair ke dalam tepung tadi.Gaul dengan senduk hingga
sebati tetapi masih nampak berketul dan berat.Terlebih gaul (overmixing)
akan menyebabkan mufin mengeras.
4.Panaskan ketuhar pada suhu 200'C selama 15 minit.Tuangkan adunan ke
dalam cawan mufin sehingga 3/4 penuh.Tabur keju cheddar untuk hiasan.
Bakar selama 20 minit hingga mufin masak.
RAHEL letak blueberry kat tengah muffin tu tapi kak Noor tak letak pun sebab takde blueberry tapi rasa nya lepas ni akak nak buat lagi dan nak letak blueberry pulak pasti sedap giler tu kan ini baru sessi menghabiskan cheddar cheese je heee
Ini pulak gaya muffin traffic light MERAH KUNING HIJAU boleh jalan lah dan makan heee
SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA YA
LEMBUT SEDAP GEBUS DAN GEBAS
TAK PERCAYA SILA BUAT SENDIRI...
Cheese Muffin Yang Lazat
Reviewed by Unknown
on
October 06, 2012
Rating:
Asslmkum kak noor.
ReplyDeleteAda lg tak? Sue x da stok cheddar cheese ni. Tumpang mkn muffin akak dulu lah ya. Heeeee
Salam Kak Noor,
ReplyDeletesaya copy resepi dulu..nanti saya pasti nak try.
salam kak Noor selamat behujung minggu hemm tegoda pulak gan muffin akk ni...npk cantik naiknya membukit..ank2 sure suka...resepi pun npk mudah..cari cheese dulu lah :-)
ReplyDeletemenggunung betul muffin akak ni...cheesy lagi, umphhhnya!!..mmg kenyang wat sarapan..jadi om puteh ye kak..hehe
ReplyDeleteSelamat berhujung minggu Kak Noor...betul cakap akak..memang sedap mufin cheese ni...nasib baek akak pilih resepi chef Noraini....klu pilih resepi Agnes Chang memang kurang mantap la....
ReplyDeleteAssalam kak noor.
ReplyDeleteNampak pun dah tahu...mesti sedap ni,bak rasa sebiji kak.
akak, 50 cheddar lagi tu untuk tabur atas muffin ye.. sedapnya..dah trasa2 kelembutan dan kelmakkan..kalau ada blueberry tu lagi sedap kan.. tq kak share rahelnya resepi ni.. rasanya pernah jugak dah simpan resepi ni masa rahel tayang ritu. tq ingatkan smula..hehe
ReplyDeleteTengok cupcakes ni dah tahu sedap... Memang bercadang nak buat untuk Hari raya Haji nanti... TQ kak kerana berkongsi resepi.
ReplyDeleteHai sis..tumpang syer resepi ye.tq sis
ReplyDeletetumpang tanya kak. boleh letak cream cheese frosting ke kat atas muffin ni? tak muak ke kalau makan cam tu?
ReplyDelete