Sambal Bilis Petai & Terung Pipit
ASSALAMUALAIKUM dan salam 9 zulhijjah untuk semua, rasa nya hari ni mesti ramai yang berpuasa sunat kan, kerana banyak pahala siapa yang berpuasa sunat hari arafah ni, selagi badan sihat dan terdaya eloklah kita menahan diri kita dari segala makan dan minum sebab hari2 rasa nya kita dah terlebih makan jadi hari ni stop lah kejab ya..
Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).
Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).
NIAT: “Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.”
Menu hari ni pun simple je sebab busy dengan benda lain yang tersangat lah banyaknya, hanya
SAMBAL BILIS PETAI & TERUNG PIPIT JE
- Ikan bilis goreng secukupnya
- petai secukupnya
- terung pipit sukahati jugak
- 4 sudu cili kering kisar
- 3 ulas bawang putih *
- 5 ulas bawang merah *
- 1 sudu besar gula merah
- 1 sudu besar air asam jawa
- garam dan sedikit minyak
Orang kata makan petai dengan terung mulut tak berbau!! betul ke??Takpe kita tunggu malam nanti tapi walaupun mulut tak berbau toilet tetap jugak ada udara yang tak sedap tu, pewangi banyak sekarang ni so dont care lah kan heeee
Sambal Bilis Petai & Terung Pipit
Reviewed by Unknown
on
October 25, 2012
Rating:
sedapnyer & selamat hari raya aidiladha juga je kak noor
ReplyDeleteassalamualaikum.. salam 9 zulhijjah.. :)
ReplyDeleteselamat hari raya aidiladha kak noor.. :)
nani tak puasa.. dah lepas lunch pun.. still kat opis.. :D
sedap kak.. nani penah wat sambal ikan bilis terung pipit.. tapi tak penah lagi kombine ngan petai.. :D
akk sambal sedapp..zila suka sambal camnie..rindu nk makan la:))
ReplyDeleteKak Noor, terliur nisah tgk sambal ni.. teringat mak di kampung yg dulu2 suke masak ni.. alahai, anta sket ke Langkawi kak hehe.
ReplyDeleteSalam AidilAdha kak (^_~)
sedap tu kak noor....brp pinggan tambah nasi hi hi.
ReplyDeleteSelamat menyambut aidil adha buat Kak Noor sekeluarga...
ReplyDeleteKak Noor... kalau Amie kan, cukuplah lauk gini dengan nasi panas putih sepinggan! Tang bau tu... jangan difikir, kita ngap dulu!
Salam kak...petai ngan sambal tumis sentiasa sahabat baik...huhu sedap..sedap...
ReplyDeleteSelamat hari raya aidiladha utk akak sefamily....