Kari Ikan Merah Campur Betik Mengkal




Assalamualaikum dan selamat berweekend lah untuk semua ya,mesti happy bila tiba weekend untuk yang bekerja dapat lepak kat umah,sambil masak2, lain lah dengan akak yang sentiasa dirumah sebab bekerja dari rumah hahaa

Sebenarnya kari ikan merah dah akak buat  dua tiga hari lepas tapi macam biasa busy walaupun kat umah kan ,tak dapat nak buat entri ontime selalu delay je entri tu,alhamdulillah hari ni baru dapat buat entri,tapi dont worry walaupun lambat  tak busuk dan basi tau masih segar bugar je,nasi pun masih putih tu kan...




Sebenarnya kari ikan merah akak ni sama lah jugak dengan kari orang lain pun,cuma akak tambah buah betik mengkal je nak kasi manis sikit, sebab kadang2 kalau campur yang merapu macam ni lebih ummphh lagi kari tu kan,bagi yang suka lah,tapi yang tak suka boleh lah campur bahan biasa seperti bendi atau terung ya..

Bahan2nya
2,3 keping isi ikan merah atau kepala pun sodap dibersihkan
2 sudu serbuk kari ikan
1 sudu cili kisar
1 cawan santan ( pekat + cair )
1/2 biji buah betik yang kecil dihiris
4 biji bawang merah ditumbuk
2 biji bawang putih ditumbuk
1/2 inci halia ditumbuk
2 tangkai daun kari
sedikit minyak untuk menumis
garam, gula dan air asam jawa

Panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan tumbuk sehingga wangi bersama dengan daun kari,kemudian masukan campuran rempah dan cili kisar dan masaklah sehingga pecah minyak,boleh masukan sedikit air jika perlu ,dan boleh lah ditambah dengan hirisan betik mengkal tu dan masak lah sehingga betik lembut.  Campurkan santan,air asam jawa,garam dan gula sedikit.
Dah secukup rasa masukan kepingan ikan merah tadi,sekejab je ikan ni masak ta perlu over cook nanti hancus ikan tu tak sedap
Boleh lah dihidangkan dengan nasi panas atau suam atau nasi sejuk pun heeee




Kari Ikan Merah Campur Betik Mengkal Kari Ikan Merah Campur Betik Mengkal Reviewed by Unknown on October 13, 2012 Rating: 5

12 comments

  1. Resepi baru buat kakak ni Kak Noor. Kalau betik mengkal masak tumis tu kakak tahu. Masak kari pun boleh ye... Tengok pun sedap nie. Boleh juga nak cubalah. Depan rumah kakak ada betik dah tua tapi belum masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie..
      menu orang kampong lah ni,masa dulu2 pernah buat macam ni tiba teringin pulak mak makan macam ni mmg sedap tau ada rasa manis betik tu

      Delete
  2. sedapnya Kak Noor..nk tumpang makan sekali la cmnih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adda, dah malam lah dik baru ada masa nk balas ni jab akak tengok kat dapur tu kalau ada lagi boleh aja tumpang makan dik kan

      Delete
  3. first time tengok kari dgn betik. kaknoor saja reka atau lauk style kedah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mala cayang,lauk ni style orang kedah lah,dulu2 arwah mak kak noor pernah masak macam ni,bukan saja ayam boleh masak dengan betik ni,ikan udang dan segala macam pun boleh lah...
      ce try tokai tengok kalau tk caya sedap tau

      Delete
  4. Kak noor .....

    Ayam kampung gulaikan dgn betik ....makkkk aihhhhh terliur dah ni .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap Chik Att gulai dngn ayam kampong pun, ikut selera kita lah no mak masak lagu mana, lagu P. Romli kah Saloma kah heeee asal hati suka sudah lah

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    Salam ziarah dari Kuwait.
    Setakat rendang ayam & betik tu penah la try mkn..
    Tapi kari.. blom lg..
    Mekasih kak.. ada jugak laa idea nak masak..
    Adat laa, bila pusing2 hat yg sama.. bosan jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumussalam Sham..
      terimakasih kerana sudi berziarah kat sini terbang jauh2 dari Kuwait nun... kita yang nak makan bubuh lah apa saja Sham janji sedap ja don care lah tu...

      Delete
  6. As'salam Kak Noor, datang singgah dah malam2 ni hehehe. belum pernah mencuba masak kari letak betik. kalau masak rebus campur daun selasih tu biasalah kak betik tu. kira menu barulah ni :)

    ReplyDelete
  7. salam kak nor ilah tak boleh masuk komen dapo kak nor. guna google crome tapi kali ni ilah tr guna mozilla f.fox pula.. mungkin sama kes dgn blog kwn2 yg lain..ilah akan cuba ..tapi ilah jarang guna mozilla nie. huhuu adoi aiii nak juga masuk komen ..hari2 usaha..huhuu harap yg ni boleh komen ..testing testinggggg..hehhe

    ReplyDelete