Air Asam Telur Rebus Dan Tomato
Assalamualaikum dan selamat pagi. Pernah tak adik-adik buat sambal atau air asam telur ni???
Ini ada lah salah satu fav family dulu-dulu, air asam ni selain telur boleh jugak kita letak isi ikan kembung yang telah di rebus atau ikan apa-apa lah, tapi isi ikan tu di perisi kecil dan gaul rata. Jom tengok resepi yang simple sangat ni...
Bahan nya
2 biji telur rebus
2 biji buah tomato di hiris
5 biji cilipadi hiris
2 biji cili besar hiris
3 biji limau kasturi di ambil jus dan di hiris kulit nya
1 biji bawang besar hiris
sedikit belacan dibakar
garam dan gula sedikit
Cara nya
Masukkan bahan hiris dalam sebuah bekas, tambahkan dengan belacan, air limau, garam, gula dan sedikit air suam, Gaul rata. Dah cukup rasa masukkan telur rebus, boleh jugak di hancurkan telur, atau di letakkan separuh telur macam ni, terpulang kesukaan family masing-masing.
Sedap dimakan bersama nasi putih dan di tambah ikan masin atau ikan pekasam.
.
SELAMAT MENCUBA YA...
Idea untuk yang sibuk tapi nak yang sedap dan pedas hehe
5 minit dah siap ni. Telur jangan terlalu lama rebus tau dalam 5 minit sedappp.
Air Asam Telur Rebus Dan Tomato
Reviewed by Unknown
on
April 21, 2015
Rating:
Wah...mudahnya.
ReplyDeleteInsyaAllah, bolehlah kakcik cuba nanti. Belum pernah buat sebelum ini, :)
resepi 5 minit kakcik sngt mudah ni
Deletekalau ikan kembung biasa buat ni first time tengok guna telur rebus. harus dicuba ni kak noor
ReplyDeleteyalah Mona, mesti cuba telur lagi best akak rasa haha
Deletenak juga cuba buat ,....mudah sangat kan kak noor.Makan dengan nasi panas tentu bertambah2 ni.
ReplyDeletezaman skrg ni tkpayah complicated sngt kan yg ni pun dah cukup
DeleteAssalam kak..
ReplyDeletesedapnyer... kalau telur tu akak bubuh dengan terung bakar pun sedap gak kak..gabungan telur & terung bakar..pastu makan ngan ikan kering & nasik panas dah cukup..menambah2..hahah
wah idea yg baik tu Jul, esuk2 lagi kita tmabah terung bakarr ni yg boleh melariskan nasi ni kan
Deletemudahnya nak cuba la
ReplyDeletetq
kalau nak cepat boleh try ni anum
Deletehaish..sedap pulak la hai kak..
ReplyDeletetelur 5 minit mmg sedap buat macam ni tau
Deletemasak asam telor tambh isi ikan sedap tu...
ReplyDeletemenu utara ni kan P teringat makanan lama2 dulu
DeleteKecur ailio saya kak...subhanaAllah, selalu buat air asam je, lepas ni buh telur separuh masak sedap ni...yummmm TQ sis
ReplyDeletemmg sedap Jul boleh try sekali mesti nak dua tiga kali
Deletepestime tgk air asam dgn telur rebus.telur kuning wrna camtu yg kita suka sgt.leh try nti
ReplyDeleteye zai, sila try insya allah tak menghampakan
Deletetak pernah tambah air asam dengan telur atau isi ikan.. thanks kak noor share resepi nih.. mungkin boleh cuba nanti..
ReplyDeleteorang utara tak tau jugak ke eyda? sbb ni utara mari lah teringinnak makan yg lama2
Deletenama ja orang utara kak noor.. tapi tak laa utara sangat semua masakan.. hehehe..
DeleteNi lg power..hehe..slalu dgn kicap cili je...aummm
ReplyDeleteyes chot yg lebih power rangger ni haha
Deletebiasa letak telur masin..h
ReplyDeletepulakkk!! akak only telur tawar, next idea lagi
Deletesdapnya..blh cuba nie..:)
ReplyDeletebest ni Nieza boleh try sedappp
Deletesedap ni..selalu nampak dijual yg ikan kembung rebus, diletak sekor2 ikannya, tak di perisi..
ReplyDeleteoh ada jual kat mana ni nohas, mana tau balik kampong nanti nak rasa jugak
Deletebiasa buat nie..yan guna ikan pelaling... :-))
ReplyDeleteikan pelaling tu cemana pulak yan cher wasap kaknoor hahaha
Deletefev nor juga...dgn ikan lagi best
ReplyDeleteesuk2 try buat dgn ikan pulak nor pasti menggoda lagi nih
DeleteErmmm...yang ini jer pun dah cukup jadi hidangan pembuka selera...
ReplyDeleteKakak tahu resepi ini Kak Noor. Keluarga kakak selalu buat. Tapi biasa kami dgn telur burung letak banyak-banyak.. Ini resepi turun-temurun ni:)
ReplyDeletepertama kali sy tgk masakan ni...kalau buh ikan rasa mcm mkn ikan bakar eh kak noor?
ReplyDeletemenariknya resipi ni kak noor,simple dan menyelerakan...tq letak kt sini,fav saya telur rebus macam tu...bahan lain smua ada kt dapur,makan dengan ikan pekasam goreng sedap gak ni :-D
ReplyDeletemmg sedap ni Ayda confem bin betul hahaha yess pekasam lawan dgn telur rebus mmg power lah, nasi mesti masak lebih ni kalau ada benda ni
DeleteNak cubalah nanti, Kak Noor. Tak pernah buat air asam versi yang ini :)
ReplyDeleteHey, this is a great post, so clear and easy to understand. All your hard work is much appreciated.
ReplyDeletepba malaysia
fire contractor malaysia
fire detection system malaysia
Appreciating the persistence you put into your blog and the detailed information you provide. Keep up the good work.
ReplyDeletealuminium roof malaysia
colorbond malaysia