Solok Lada Yang Dah Tersalah Lada


Assalamualaikum dan selamat pagi semua nya, semoga bergumbira hendaknya di weekend ni ya, kaknoor memang agak busy di weekend ni sebab jiran kaknoor selang sebuah rumah dari umah kaknoor mengadakan majlis kawin anak nya, dari hari jumaat hingga ke hari ahad, so memang tersangat sibuklah, walaupun bukan anak kaknoor yang kawin tapi sebagai jiran kena lah ambik tau jugak kan dan tolong apa yang patut, nanti time anak kita kawin takde pulak yang datang menolong ye tak!!

Berbalik cerita solok lada ni, kaknoor memang dah post kan gambar ni di fb semalam, ada lah ramai yang komen kata nya merah nyaa, merah sangat lah dan macam2 merah lagi, kemudian tak lama ada lah seorang rakan yg inbox kata nya sebenarnya solok lada ni tak boleh buat sembarangan cili mesti yg hijau dan ada cili khas utk buat solok lada, sebelum ni memang kaknoor ingatkan asalkan cili tu besar memang sesuai lah nak buat solok lada, tapi rupa nya salahhh hahaa ada cili khusus. Itu lah kan sebenarnya yang ingin kaknoor tunjukkan dlm gambar ni ialah betapa besarnya cili yang kaknoor buat solok lada tu berbanding cili2 lain. Rupa nya dah tersalah tak pelah kalau kak noor tak post kat fb memang kaknoor tak tau rupa nya solok mesti cili hijau tau jangan buat cili merah hehe...




BAHAN NYA
secukupnya lada hijau sahaja dibelah dan di buang biji
1/2 cawan kelapa parut 
5 biji bawang merah kisar
1 inci halia kisar
1 sudu besar lada hitam tumbuk
4 ekor ikan kembung  diambil isi 
sedikit garam dan gula

CARANYA
1. Campurkan semua bahan. 
2. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Kalau suka boleh letak sedikit air asam jawa utk melazatkan lagi.
4. Sumbatkan kedalam lada hijau dan kukus sehingga masak dalam 10-15 minit.



Kalau ada yang nak buat solok ni pastikan cili hijau yg khusus tau jangan sembarangan macam ni
Abaikan gambar cili merah ni ya hahaha


Kalau cili tu dah merah kita buat solok ni dia dah terlalu masak dan agak lembik, jadi berhati-hati tau, cari yang hijau, kalau tak de sabar tunggu sampai ada cili hijau, ni kes tak sabar lah ni, dah nampak cili tu besar dok ingat dalam hati memang solok ladaaaaa je hahaa


Solok Lada Yang Dah Tersalah Lada Solok Lada Yang Dah Tersalah Lada Reviewed by Unknown on April 04, 2015 Rating: 5

21 comments

  1. tiada rotan akar pun berguna kak noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu mmg ingat macam tu diana, tapi kalau ori solok lada mmg guna cili hijau, maknanya tiada chili hijau jgn buat dulu hehee

      Delete
  2. ilmu baru ni kak noor.sy pun br tau yg solok lada ni kena guna cili hijau.sy solok lada pun tak penah buat.hehe

    sory kaknoor byk kali dh cuba masuk nk komen blog kak noor tak bley guna tab.guna hp ni ok pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke PK takpe lain kali guna hp je, kaknoor pulak hp tk boleh tab ok je, macam2 masalah kan
      yala PK kalau nk buat guna cili hijau tau

      Delete
  3. Kakcik selalu jumpa lada untuk buat solok ini bila ke Pasar Tani di Taman Tasik Permaisuri, Cheras. Tapi kakcik pandang je...tak beli pun cili segar tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah kakcik sbb tak fav solok kot, kalau kaknoor pandang cili besar2 mmg ingat nak buat solokkkk je

      Delete
  4. Pernah merasa sekrg kak noor masa first time beli nasi kerabu di kem askar kt miri..dia guna lada warna merah..pelik juga sbb selalu mkn yg hijau..almaklumlah kat sana susah nk dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah cheqda kalau kawan kak noor tak bgtau mmg ingat solok ni boleh je guna cili merah hahaa tapi kat sini mmg agak susah nak dpt cili yg betul2 utk buat solok

      Delete
  5. mmg kak noor cili hijau saja yg sedap dibuat solok sebab cili merah selalu liat bahagian kulit luar dan lembik bahagian dalam.. kalau cili hijau mmg cilinya sedap je walau dikukus lama... tapi setakat nk makan dan innovasi apa salahnya kan.. kita yg buat dia heheheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah dah tau ni Eny esuk2 mesti nk buat cili hijau saja no merah at all haha

      Delete
  6. selalunya kawan2 kelantan saya buat dgn cili hijau....kat sana nak cari pun mudah.
    sebelah utara ni , jarang jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah Nieda kita ni pesen utara ingat ok ja guna sembarangan cili kan hahaa tkpe jadi pengajaran utk org utara jgn sukahati ja buat solok dgn cili merah nooo

      Delete
  7. Kena tuko nama "SALAH SOLOK LADA"... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul pengetua SS nanti murid tuko ok jadi SALAH SOLOK LADA ye haha

      Delete
  8. cili utk solok cili hijau muda...tapi cilimerah pun ok asal tahan pedasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cili merah pun tak pedas sangat Paridah, lain kali kena ingat lah kena buat cili hajau

      Delete
  9. baca entri kak noor nie..baru tahu tak boleh pakai cili sebarang...:-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah yan tk boleh sembarangan tau kalau nak buat solok lada ni

      Delete
    2. ni memang favourite saya ni. senang rupanya

      Delete
  10. Assalam kak noor,
    cili merah pun santek per he3

    ReplyDelete
  11. ya tengok orang yang jual tuh pun guna cili hijau.. Eyda tau makan jer.. bab nak buat tak pandai..

    ReplyDelete