Kadok, Kemangi, Cili Putih & Scotch Bonnet From My Small Garden.

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni busy dan kebetulan internet sangat slow tak dapat nak online, yang berpuasa rasa nya tak lama lagi dah nak berbuka kan, jadi hari ni kaknoor nak show gambar ulaman sajalah supaya takde yang tergugat nanti. ULam sekitar rumah yang di ronda pagi tadi, banyak lagi sebenarnya tapi cukup lah setakat ini dulu ya, lain hari lagi kita tengok ulaman yang lain ok..


  Yang ni mesti dah kenal kan, pokok kadok, bukan kodok tau, dan bukan jugak pokok sireh, serupa sangat dengan sireh daun nya kan, di rebus buat ulam pun sodap, atau di masak lemak daun kayu campur kadok ni pun besttt.


 Ini kemangi merah, kaknoor ada dua jenis kemangi yang merah dan putih, masak lomak sedap letak kemangi ni tau!!


 Ini cili putih walaupun taklah segar sangat tapi banyak cili nya menjadi-jadi..


 Masih lagi cili putih ada lah dalam 5,6 pokok cili ni tak habis makan jugak ni


 Ini saki baki cili scotch bonnet yang benih nya dari UK dulu, masih ada yang berbuah, dah last ni buah nya besar lah pulak, macam capsicum, tapi pedas nya Ya Ampunn...


Untuk kurangkan pedas tu kaknoor buat jeruk je


Ada berani ke yang nak makan scotch bonnet ni??
Untuk bagi terlajak makan nasi makan lah cili ni pasti berselera..


Kadok, Kemangi, Cili Putih & Scotch Bonnet From My Small Garden. Kadok, Kemangi, Cili Putih & Scotch Bonnet From My Small Garden. Reviewed by Unknown on April 20, 2015 Rating: 5

33 comments

  1. Rajin betul kak noor menanam... menjadi pulak tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor suka tengok tanaman dan sayur segar macam ni yatie that's Y hehe hobi orang lama kot

      Delete
  2. Replies
    1. sukasuki je Nieza daripada kebuh farmville baik kebun betul2 kan haha

      Delete
  3. kak noor cili scotch bonnet wangi tak. kalau kat sarawak cabik geronong rasanya cili scotch bonnet ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke Mona, cili scotch bonnet ni kaknoor amik benih dari UK masa melawat anak2 ta ktau pulak kat sarawak pun ada ke? best tu tkyah jauh2 amik benih, cuba nanti Mona tunjukkan gambar nya ya

      Delete
  4. oo pedas erk cili scott tu.. ingat mcm capsicum tu xpedas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara terpedas didunia ni Syida scotch bonnet, kalau tak slaah kaknoor nombor 3 ke 4 macam tu lah terpedas dalam donya U , capsicum tu sweet cili tak pedas langsung kan

      Delete
  5. Subur dan banyak buahnya. Kalau buat jeruk tahan lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayngkan buah nya tu lah saya buat jeruk dpt makan bila2 perlu kan

      Delete
  6. sedap tuh daun kaduk rebus buat ulam.. ingat lagi first time makan dulu masa dalam pantang.. cili scotch bonnet? first time Eyda dengar.. pedas terlebih nih memang Eyda tak makan laa.. tak tahan pedas laa katakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada oang buat urap jugak kadok ni tapi kaknoor tak pernha try lagi.
      pedas sngt si bonnet ni eyda, tkpe eyda makan capsicum saja lah hahaa tak pedas langsung

      Delete
    2. tak pedas langsung pun tak best jugak.. kiranya yang pedas sedang-sedang jer ok laa.. hehehe..

      Delete
  7. tengok pucuk kaduk teringat appetizer orang siam miang kam tu, makan tu cam kunyah daun sirih tapi sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish ye ke diana, depa makan macam tu ja, tak lalu kaknoor lah mesti masak kot, kalau tak pun kena campur yg lain hiris kecil ke baru boleh makan mentah

      Delete
  8. Nampak menarik tu...dh serupa mcm cili sarawak la akak..dulu adik SA selalu bwk balik..mmg pedas gila cili tu...akak..mcm mn nk buat cili jeruk tu...ajar la skit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dua orang cakap macam ni manda, sama dgn cili sarawak ya kot kaknoor pun tak pernah tengok jugak yg kat sarawak tu
      utk cili jeruk, hanya masukkan air suam dalam botol yg kita nak masukkan cili tu, letakkan garam agak2lah gula dan cuka, pastu masukkan cili yg telah kita cuci, simpan lah dlm petiais, dah seminggu bole mkan, lagi lama lagi sedap ni

      Delete
  9. tak berani nak makan cili scocth bonnet..walaupun lom pnah rasa :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. yan tak suka pedas ke ni alahaiiiii kalau kaknoor lagi pedaslagi besttt

      Delete
  10. Replies
    1. nampaknya P dah salah nama heheeh tkpe is ok

      Delete
  11. kak noor kemangi tu daunselasih ke ...kalau nak bagi ia pucuk balik nak kena cantas ke.. pokok kat rumah macam dah tuaaa jer. sebab daun jadi kering .. kalau boleh nak ada pucuk baru ..rajin kak noor bercucuk tanam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah tu wani, mmg kena cantas dan buang bunga nya baru dia akan merendang cantik. bekas cantas boleh tanam lagi wani just cucuk je kat tanah insya allah dia akan tumbuh lagi

      Delete
  12. waaaah Kak Noor.. banyak tu hasil tuaian di taman mini tu..
    tak sia-sia berbakti pada tanah kan.. kita juga yang beruntung..

    ps : CT tak kenal sngt pun pokok2 ni ahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih Ct, kaknoor suka sangat dgn tanaman dulu2 gila orkid, skrg ni orkid dah kurang, gila tanam ulam pulak hahaha esuk2 tau lah gila apa lagi, orang muda tak kenal tkpe normal tu Ct hehee

      Delete
  13. Daun kaduk tu kalau saya ricih halus-halus dan di masak dengan tempoyak... tapi bukan setakat daun kaduk je, banyak lagi daun-daun campurannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkde tempoyak lah sweetie, best jugak kan kalau campur dgn yg lain2 pucuk, banyak kat umah ni, pucuk ubi, mengkudu pun boleh jugak ke

      Delete
  14. wow cantik nya pemandangan kebun...

    ReplyDelete
  15. Aihhh...geramnye sy tgk cili2 tu kak noor..mwat goreng sedap tuhhhhh hahahah

    ReplyDelete