Kailan Tanam Sendiri & Khasiat Nya



Dari Jabir bin Abdullah Rodhiyallohu ‘Anhu dia berkata, telah bersabda Rasulullah Shollallohu ‘Alaihi Wa Sallam:
Bermaksud
“Tidaklah seorang muslim menanam tanaman lalu tanaman itu dimakan manusia, binatang ataupun burung melainkan tanaman itu menjadi sedekah baginya sampai hari kiamat.” (HR. Imam Muslim hadits no.1552(10))

Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua pengunjung blog kaknoor.
Semenjak dua menjak memang ramai yang sibuk dengan Gst disana sini, adik-adik di kampong pun dok merungut, bergerak sikit Gst, buat apa pun Gst akan mengekori kemana saja.  Jadi idea yang baik pada yang sikittttt rajin untuk mengelakkan GST jom tanam sayur sendiri, kaknoor memang suka sangat tanam apa-apa saja pokok yang kecik-kecik lah, lagipun benih kailan ni kawan Fb kaknoor yang kirimkan, first time jugak kaknoor menanam sayur kailan ni, mula nya just tabur je benih tu, dan siram hari-hari, tinggal pulak ke UK baru ni, ingat memang dah KO dah, tapi bila balik rupa nya dah besar, dan semalam kak  Noor  petik untuk di goreng cincai je pun lagipun sayur fresh macam ni memang sedapp.

Kalau nak tau khasiat kailan ni cuba baca kat bawah ni ya, memang banyak sangat khasiat kailan segar ni, jadi dizaman sekarang moh le kita ke kebun, jangan cakap takde tanah, kaknoor tanam dalam pasu je pun, tanah kaknoor beli jugak hahaha..





Khasiat Kailan Yang Baru Dipetik

Sumber di SINI
Kailan adalah makanan berkalori rendah yang kaya dengan vitamin, antioksidan, serat dan mineral. Ia amat baik untuk kesihatan. Ahli sains juga telah membuktikan sayuran dari jenis ini (yang baru dipetik) kaya dengan fitonutrien seperti thiocyanate, indole, sulforaphae, isothiocyanate dan flavonoid seperti beta carotene cryptoxanthin, lutein dan zeaxanthin. Dari kajian yang mereka lakukan, sebatian ini mampu mengubah secara positif utusan molekul reseptor untuk melindungi diri anda dari barah prostat, kolon, pundi kencing, pankreas dan payu dara. Sayuran kailan yang segar kaya dengan Vitamin C yang baik untuk kulit dan melawan selesema. Vitamin A, juga sejenis antioksidan bercampur dengan pro-vitamins termasuk beta carotene, alpha carotene, zeaxanthin, mampu mengekalkan keremajaan kulit dan kesihatan mata. Ia mampu mengelakkan kerosakan mata pada warga emas.

Selamat menanam sayur ye adinda kaknoor semua, memang best tanam sendiri dan makan sendiri,
Semoga sukses semua nya ya..

Kailan Tanam Sendiri & Khasiat Nya Kailan Tanam Sendiri & Khasiat Nya Reviewed by Unknown on April 15, 2015 Rating: 5

23 comments

  1. Hihi.. sama la kita Kak Noor, saya duduk atas awan ni pun kena beli tanah nak bercucuk tanam.. :S

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau minat Eyra kan walau di atas awan pasti nak tanam jugak kan, alasan saja yg tak boleh buat itu ini hehee kannn

      Delete
  2. segar n subur kailan noor...sayuran tanam sendiri selamat dari racun perosak lbh brkhasiat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Paridah hanya siram je tk bubuh baja apa punnn

      Delete
  3. Suburnya kailan yg KakNoor tanam. Puas kakak tengok. Itu kalau satu pasu aje pun dah penuh satu kuali. Makan pun selera kalau macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan kailan fresh tanam sendiri mmg terbaik kan kakzakie berkat alhamdulillahh

      Delete
  4. fresh from the garden... sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat tanam sayur dari dulu2 dah kakrose best tanam sendiri makan sendri jugak hehe

      Delete
  5. di mana ada kemahuan di situ ada jalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak syak lagi Nani hobi orang tua2 macam ni lah kan

      Delete
  6. Mmg aktiviti yang menyeronokkan bercucuk tanam ni kak Noor... lebih-lebih lagi bila ia mengeluarkan hasil dan kita dapat pulak nikmatinya. Tapi kata org ada 'tangan2'nya jugak yang serasi bercucuk tanam ni... entahlah! Saya pernah cuba menanam sayur dalam pasu tapi kucing pulak pergi duduk berhimpit2 dan berkelah kat dalam pasu tu... apalagi patahlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg tak best tu Sweetie kalau ada kucing suka dok mengenden kat sayur kat dia letak baja kat sana naya tuuu.
      kat umah ni ada jugak kucing tapi nasib baik dia tak kacau

      Delete
  7. Ye la kak...p mna2 pun gst dok ngekor...hehe...

    Gemuk kailan! Sy x tnam kailan...tp skrng dok guna cili api pokok sndiri.. jimat dah kat c2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cili api pun best gak makanan harian kita kan, akak ada jugak cili api yg putih tu, mmg tak cukup kalau harap cili tanam je kna beli jugak hahah hantu sambal kat umah ni

      Delete
  8. tangan kak noor jenis yg sejuk la...subur2 n gemuk2 saya tgk kailan tu.......geram....saya suka sayur kailan ni goreng dgn ikan masin....sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamduillah Nza tak sangka jugak kailan tu jadi gemuk sbb hanya siram je tk letak baja pun

      Delete
  9. Subur betul kailan yang noor tanam.

    Tak tahulah kenapa kak zai tak serasi langsung menanam sayur dan cili.Tapi kalau pokok bunga boleh hidup subur pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kak Zai, saya pulak sebalik nya, bunga2 agak kurang menjadi, boleh lah tapi tak subur sangat, oklah tu jugak kak zai, keistimewaan sorang2 tu sama ALLAH bg, ada yg utk sayur dan ada jugak utk bunga, terima seadanya saja lah kan

      Delete
  10. kailan goreng ikan masin yg paling femes..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Syida kailan goreng ikan masin femes di restoren sana sini kan, kat sini pun femes gak

      Delete
  11. buat masak kailan ikan masin nih sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa plak nak bagi alamat..

      Suhaida
      Jabatan Pengairan dan Saliran,
      Seberang Perai Utara,
      Lahar Ikan Mati,
      13200 Kepala Batas,
      Pulau Pinang, Malaysia..

      Delete