Resepi Castle Pulut Kuning & Rendang Sodang

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semuanya, hari ni internet kat umah sangat slow tak dapat buka laptop, terpaksa update blog guna hp jadi terhad gambar dan segala. Hari ni merajinkan diri masak pulut kuning dengan rendang Sodang( sotong + udang) jamu mata lagi lah ni kan..

Ini pulut castle ala Inggeris gitu kan, sebab castle mould tu dah lama beli jugak tapi belum pernah masak apa pun, dek kerana godaan kawan-kawan di Fb, terpikir nak masukkan dalam mould castle ni, so jadilah macam ni..






RESEPI PULUT KUNING

3 cawan pulut di rendam dalam air yang di letakkan sedikit serbuk kunyit kira-kira 2 jam 
2 cawan santan 
beberapa helai daun pandan
sedikit garam dan gula

CARA NYA

1.  Panaskan kukusan sehingga mendidih.
2.  Letakkan daun pandan sehingga menutupi dasar kukusan, dan masukkan pulut yang telah di tos kan.
3.  Kukus lah lebihkurang 20 minit dan angkat.
4.  Masukkan pulut dalam besen dan tuangkan santan, garam dan sedikit gula, gaul rata.
5.  Kukus semula pulut selama 20 minit lagi sehingga pulut lembut.
6.  Angkat dan pulut sedia di hidangkan bersama rendang ayam.



BAHAN RENDANG
1 ekor ayam sederhana besar di potong 12 potongan.(kaknoor ganti dengan sodang)
2 cawan santan
1 sudu besar kerisik
4 sudu besar cili kisar
garam dan sedikit gula
1/4 cawan minyak untuk menumis
2 helai daun kunyit

BAHAN MESIN
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 batang serai

CARA NYA

1.  Panaskan minyak, dan tumis bahan yang dimesin sehingga beraroma. masukkan cili kisar  dan masak sehingga  naik minyak.
2.  Masukan ayam dan  kacau sehingga air ayam kering tuangkan santan.
3.  Masaklah dengan api perlahan dan tambahkan garam dna gula.
4.  Bila dah santan agak kering tambahkan dengan kerisik dan daun kunyit.
5.  Terpulang selera samaada nak rendang yang kering atau yang agak berair.
6.  Dah secukup rasa boleh di tutup api dan hidangkan bersama pulut atau nasi putih.





Selamat menjamu mata malam-malam ni ya
Dan selamat mencuba pada yang rajin di dapur...


Resepi Castle Pulut Kuning & Rendang Sodang Resepi Castle Pulut Kuning & Rendang Sodang Reviewed by Unknown on April 28, 2015 Rating: 5

23 comments

  1. hihihi...kreatif betul akak ini....jenuh saya cari apa sodang tu...mangkuk itik tu cantik duk atas castle...teringat cerita itik bertelur emas.

    ReplyDelete
  2. suka makan pulut ni. tapi nak membuatnya ada sedikit malas.

    ReplyDelete
  3. Nanti saya datang dengan kereta kuda dan gaun kembang serta berkasut emas ya.

    ReplyDelete
  4. Kreatif nya kak noor.. sodap tengok rendang sodang tu :)

    ReplyDelete
  5. wow!!cantiknya!!..sayang pulak nak makan kalau dah deco lawa2 camni

    ReplyDelete
  6. Wah kreatif betul noor....pulut pun boleh jadi castle inggeris.

    Pulut makanan kegemaran kak zai.

    ReplyDelete
  7. Wah kreatif betul noor....pulut pun boleh jadi castle inggeris.

    Pulut makanan kegemaran kak zai.

    ReplyDelete
  8. adehhh...pulut...sedapnyerrrr....eh mcm kenal jer duck tu kak....bkn yg bli haritu ke kak noor?? menyebok jer nk tau hahahahaa

    ReplyDelete
  9. ade pulak acu castle tu ye. nampak sdp. sy tak pernah lg makan rendang sotong ke udang ke.

    ReplyDelete
  10. sedapnye...lama sudah sy x masak pulut...

    ReplyDelete
  11. Klakor la KN ni..tersengih sendiri tengok gambo ni..bleh pulok makanan org melayu di omputehkan..caya lah

    ReplyDelete
  12. Klakor la KN ni..tersengih sendiri tengok gambo ni..bleh pulok makanan org melayu di omputehkan..caya lah

    ReplyDelete
  13. sedapnya pulut kuning..cantik.castlenya..kreatif.

    ReplyDelete
  14. Ala... siapa tak kenal kreatifnya kak noor dgn hasil hidangan
    Kita ni dari jauh dpt jamu mata jadilah..

    ReplyDelete
  15. rendang sodang?.. kalau ayam plus udang jadi Adang ke??

    ReplyDelete
  16. ingat apalah sodang tadi..suspen jer :-))

    ReplyDelete
  17. alkisahnya...rendang sodang tu, sotong+udang..hehe

    ingat dulu ms kecik2, kalo smbut harijadi mesti arwah atuk buatkan pulut kuning :)

    ReplyDelete
  18. Kak Noor, nak castle juga,... :)

    ReplyDelete
  19. baru jer mkn pulut dgn rendang..
    haah tak pyh tggu raya...nak mkn masak jer

    ReplyDelete