Bubur Kacang Dessert Puasa



ASSALAMUALAIKUM dan salam 10 muharam ya semuanya, bila puasa ni aktiviti kita agak  slow sikit walaupun sebenarnya bila badan kita dah ringan kita akan menjadi sedikit rajin tapi dah terbalik lah pulak kan, insya allah lama2 mungkin ALLAH bagi kekuatan bila perut lapar kita akan jadi lebih cargas kata orang Penang hehe...

Kalau bulan puasa mesti kita nak yg lembut-lembut macam bubur kacang ni sebagai dessert kita kan, disebabkan petang nanti ada sikit urusan terpaksa lah diletakkan awal bubur ni, jom resepi mudah sangat pun.




BAHAN NYA
1 cawan kacang hijau di goreng bagi wangi sekejab kemudian rebus bersama daun pandan
1 tongkol jagung dihiris
2 cawan santan pekat
1 cawan gula putih atau 1 1/2 cawan gula merah
sedikit garam
sedikit sagu direndam dahulu

CARA NYA
1.  Rebus kacang hijau sehingga lembut masukan sedikit garam dan pandan.
2.  Campurkan gula dan jagung masak sehingga jagung empuk dan gula hancur.
3.  Tambahkan dengan santan pekat dan sagu, rebus lagi sehingga sebati dan secukup rasa.
4.  Bila sagu dah kembang dan berkilat boleh lah di angkat dan sejukkan.
5.  Boleh jugak dihidangkan masa panas, atau kalau mau lebih sedap makan waktu sejuk.







Sedang berpuasa tengok bubur kacang ni memang geremmmm, sabar dulu ya, alhamdulillah disini waktu magrib sekarang ni awal pukul 6 petang dah masuk waktu hehe



Suka suki letak gambar cucunda yang sedang lasak sekarang ni tak menang tangan maktok ni kawal ni takut jatuh..

Bubur Kacang Dessert Puasa Bubur Kacang Dessert Puasa Reviewed by Unknown on November 03, 2014 Rating: 5

4 comments

  1. best nyer Kak Noor dapat buka puasa awal ,makan bubur yang sedap,kita pun puasa juga tapi tiba-tiba....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaiiiii su tiba2 bocor ke kesian lah kalau terjadi macam tu kan, akak ni rileks anytime boleh puasa larat dgn tak larat je

      Delete
  2. Hai kak Noor! mintak semangkuk bubur kacang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai darling sweetie, meh nak suap terus lah nak jamu orang baru balik belayar ni, cemana cerita ni nya, dah masuk blog ke, akak cari2 kat blog mcm tkde update pun

      Delete