Roti Yogurt Muffin Kaler Maler & Sos Butterscotch


Assalamualaikum dan salam rabu untuk semua nya.
Cuaca yang mendung dan hujan menjadikan suasana sejuk, bila dah sejuk macam-macam idea timbul untuk nak masak, termasuk nak buat roti yogurt ni, kaknoor intai blog IZAH untuk cari resepi, dan rasa nya dah ramai yang buat ikut resepi yang sama, terimakasih Izah akak kongsi resepi kat sini ya, tapi biasa lah maktok derhaka sikit bubuh kaler-kaler sebab dulu-dulu tak puas main kaler, ni di roti pun letak kaler, dan dimakan pun dengan sos butterscotch..


ROTI YOGURT
sumber: kak yani@myR

Bahan-bahan ( 1 )

250g tepung roti
100g yogurt * saya guna yogurt perisa buah
60g susu * susu segar
25g telur * 1/2 biji telur
20g gula * saya letak 30gram
3g garam
30g marjerin
2.5g dry yeast * saya letak 3 gram (lebih kurang 1 1/2 sudu kecil)

Cara-cara

Masukkan semua bahan ke dalam home bakery. On kan. Biar sampai masak.
* saya guna BM dan ikut saja arahan penggunaannya. Jika uli dengan tangan campurkan semua bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh hingga 2 kali ganda kembang. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. Kemudian bentukkan doh ke beberapa bahagian. Tunggu hingga doh kembang lagi dan bakar pada suhu 170 C selama 25 minit atau perang.

jika membakar dlm loaf, disyorkan bakar pada suhu 160 C selama 30 minit atau perang.
rujuk sini: Pure enjoyment


Ikut versi kaknoor, kaknoor bahagikan kepada 5 bahagian, dan letak kaler, uli sehingga warna nya dan tepung sebati, bahagi dua setiap bahagian dan letakkan dalam acuan muffin, senang nak makan dan nampak pun cantik kan..






BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter


Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.




Memang terangkat dan sedap sangat roti ni dimakan dengan sos butterscotch, lagipun sebab dah berkaler-kaler tu mendorongkan kita makan lebih banyak, rasa nya resepi ni dapat sedikit je roti nya akak masukkan dalam acuan muffin je, memang muat lah utk 12 biji dengan berat 50 gm setiap satu nya, lain kali mesti nak double kan bahan nya hahaha, lapo lah tu..

Roti Yogurt Muffin Kaler Maler & Sos Butterscotch Roti Yogurt Muffin Kaler Maler & Sos Butterscotch Reviewed by Unknown on November 12, 2014 Rating: 5

14 comments

  1. kaler-kaler itulah yg menawan mata Kak Noor. Kalau kena budak-budak lagi mahu-mahu semua kaler pun nak dirasa:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor sje try2 kak zakie biasalah nak derhaka sikitbubuh kaler bagi meriah, nanti ada majlis apa2 boleh buat utk anak2

      Delete
  2. salam..nak mntak izin ambik resepi yer..nak buat ahad ni..n curi idea jugak wat kaler2..ecah pon xpuas main kaler2 kecik2 dulu..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmuslam ecah, sila lah amik resepi mmg nak di kongsi pun, akak lagi suka orang mencuba resepi ni sbb ramai yg dah cuba, cuma nya first time akak kalerkan roti ni

      Delete
  3. waduhh, kak..sangat comel kejadiannya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih Sue, sudi singgah tengok roti kaknoor ni

      Delete
  4. Nak try... nak try... sebab kite suka sos butterscotch tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi asal makan kosong je sweetie, kaknoor pandai2 makan dgn butterscotch sama lah kita suka sos butterscotch tu lemak manis dan merdu sekali kan kan

      Delete
  5. Nmpk sedap..colour nya pon menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok kaler pun orang nak teringin nk rasa cheqda kan

      Delete
  6. Assalamualaikum Kak Noor...

    Cuba akak try jangan rajin sangat boleh tak? Rasa cemburu tidak terhitung dah ni... habis jari tangan jari kaki dah kita guna... tak cukup cukup gak! Hihihi...

    Sangat brilliant idea Kak Noor buat kaler maler. Tapi kalau kita, rasanya tak kuaserrr... ahaks.... mmm bilalaaaaa nak meroti ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmusalam mamaaaaaaaaaaa, kaknoor baru nk bersemangat rajin dah kena suruh tak boleh rajin pulakkkk hahaha, ini advanced ni mama sebab nanti nak minta cuti tahunan memang lama tak berupdate blog hehee, masa sdg rajin ni bior leee saje suka suki betul tu sbb utk 1 kaler hanya dpt 2 biji je, kalau 5 warna mmg lambt lah tapi i likeeeee warna warni gitu so biarlah kerajinanku mengatasi segala nya mama hahahahaaaa...

      Delete
  7. Replies
    1. dulu2 sebab tak puas main kaler lah tu zila maka nya skrg ni asyik nak mengaler je apa benda yg di buat dari nasi hingga ke kuih, ke roti semua nak rainbowkan hahaa

      Delete