Kuih Denderam Atau Coq Peneram Kata Orang Kedah Untuk Sweetie
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera dan selamat petang minggu untuk semua nya, di atas permintaan seorang rakan maya maka nya hari ni kaknoor buat kan kuih peneram ni walaupun sebenarnya kaknoor tak pernah buat seumur hidupku yang telah melimpasi setengah abad ni, cari punya cari punya cari terjumpa lah di blog ROSTINA geng akak diBrunei ni jugak yang menepati citarasa kami sekeluarga,untuk ROS izinkan maktok share resepi ROS kat sini yaa...
Bahan2:
500g tepung beras (1 peket blended rice flour)
500g gula merah
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan (sekiranya ada)
Cara membuat :
1. Masak gula merah bersama air sehingga mendidih dan tapis.
2. Tuangkan sedikit demi sedikit air gula yang masih panas ke dalam tepung beras yang sudah tersedia di dalam bekas.
3. Kacau dengan senduk sehingga rata. Sekiranya adunan tersebut kelihatan lembik boleh tambah tepung beras sedikit, jangan banyak sangat. Tetapi selalunya saya tidak tuang semua air gula ke dalam tepung. Bergantung kepada keadaan adunan.
4. Simpan semalaman sebelum digoreng. Lagi lama disimpan lagi sedap hasilnya kerana tepung beras sudah sebati dengan air gula. Tak perlu disimpan dalam peti sejuk. Saya pernah biarkan sampai 3 hari.....wow!!! Hasilnya lagi sedap.
3. Kacau dengan senduk sehingga rata. Sekiranya adunan tersebut kelihatan lembik boleh tambah tepung beras sedikit, jangan banyak sangat. Tetapi selalunya saya tidak tuang semua air gula ke dalam tepung. Bergantung kepada keadaan adunan.
4. Simpan semalaman sebelum digoreng. Lagi lama disimpan lagi sedap hasilnya kerana tepung beras sudah sebati dengan air gula. Tak perlu disimpan dalam peti sejuk. Saya pernah biarkan sampai 3 hari.....wow!!! Hasilnya lagi sedap.
5. Sebelum kita mula menggoreng, adunan tadi haruslah diuli dahulu bersama sedikit air (untuk melembutkannya).
6. Kemudian diambil sedikit-sedikit lalu dibulatkan seperti guli. Tekan dengan jari untuk mendapatkan bentuk yang bulat dan leper.
7. Bentukkan mengikut kreativiti masing2 (mommy bulatkan dengan guna chopstick). 8. Sebaik saja dibentuk terus goreng dalam minyak panas sehingga garing (guna api sederhana panas & goreng jangan terlalu lama).
9. Angkat & toskan minyaknya.
6. Kemudian diambil sedikit-sedikit lalu dibulatkan seperti guli. Tekan dengan jari untuk mendapatkan bentuk yang bulat dan leper.
7. Bentukkan mengikut kreativiti masing2 (mommy bulatkan dengan guna chopstick). 8. Sebaik saja dibentuk terus goreng dalam minyak panas sehingga garing (guna api sederhana panas & goreng jangan terlalu lama).
9. Angkat & toskan minyaknya.
Pada SWEETIE yang mengorder kuih ni nampaknya kaknoor dan pak haji je yang terpaksa menghabiskan sebab anak-anak tak gemor sangat, itu lah sebab nya mama nya tak rajin buat, tapi oklah sekurang-kurangnya kaknoor dah buat kuih ni menambah koleksi kuih ku hahahha
Nak ajak makan pun jauh sangat tengok aje lah ya...
Pada yang suka memang sedap lah kuih ni, kalau mula goreng dia akan ranggup di luar, dan lembut didalam, terpulang selera masing-masing nak sentiasa crispy kena selalu panaskan masukkan oven je,dia akan ranggup lah di luar tu, bagi kaknoor dua-dua pun suka ranggup ke lembut ke, kit ayang buat kan mesti kena suka lah hahahaa....
Kuih Denderam Atau Coq Peneram Kata Orang Kedah Untuk Sweetie
Reviewed by Unknown
on
November 16, 2014
Rating:
kuih denderam ni macam kuih penyaram di sini..tapi penyaram tiada lubang ditengah..:)
ReplyDeletebetul BB orang Brunei suka jua buat kueh yg macam BB sebut tu tapi kaknoor pun tak pernah buat jua
DeleteOrang tua saya pun suka sangat kuih ini kak, kt utara banyak orang jual yg sedap, mmg selalu beli bila nak blik kampung, lain kali boleh cuba buat sendiri.
ReplyDeletemmg kuih orang tua2 ni nasa, sama lah akak selalu beli je kat pekan rabu bila balik kampong mmg fav the oldiest ni kan hahaa
DeleteKuih peberet saya ni kak noor. Penah buat skali je tp x jadi... lepas tu buat kat kedai la sokmo...
ReplyDeletecheqsu, kaknoor pun 3x goreng baru jadi gini, first goreng hancur sbb lama sngt dlm kuali, dok fikir cemana nk goreng, kali ke3 goreng alhamdulillah kena try and error baru jadi, tpai kalau nak cepat kat kedai lah haha
Deletefavorite husb cheq ni knoor, tu yg gagah buat. tapi dah dekat2 nak blk kedah ni xmau dah la buat (heheh, pakat beli kat pasaq ja la).
ReplyDeleteorang kedah cinta habis dgn kueh ni Ros, kalau balik kedah mmg tak buat di pekan rabu belambak haha beli ja disini yg dok teringin sngt nak makan
DeleteAssalam
ReplyDeletekak noor, sukanya cur penderam ni
kita panggil telinga keling hehee
raya baru dpt mkn bila kakak bw blk
walikmulsam nuri, oh panggil telinga keling ke, ayoyo tapi tkpe lah asalkan sedap keling pun keling lah ya hahaa
Deletekegemaran anak saya ni kak Noor. kekadang kat pasar malam ada dijual panas baru keluar dari kuali. tengok depa terap ngan acuan bulat. makan panas2 memang sedap. boleh la try dengan resepi yang kak Noor share ni, jazakillah.
ReplyDeletememang sedap sedap kalau yg panas baru goreng tu ssebab ranggup, yg berjual tu dah lama kecuali yg jual on the spot tu mmg ranggup lah, sama2 Naq
Deletewahhh.. my peberet kak Noor
ReplyDeletefav ceq jugak ka shiela, orang utara mmg suka sngt ni coq peneram ni lagi hitam lagi besttt kan kan
DeleteTerima kasih kak Noor... akan di cuba buat nanti. Walaupun katanya kuih org2 tua dan kampong, tengok berapa ramai yang suka kuih ni... Si abang mmg feveret sungguh kuih ni... masa dia balik M'sia dua bulan lepas kami merayau sampai pekan rabu semata-mata nak cari kuih ni. Banyak juga dibelinya.
ReplyDeleteSory lambat 'dtg ambik' kuih ni... dua hari saya berulang alik ke hospital...
nasib baik di alam maya Sweetie lambat ambik pun tak basi, kalau benaran mau cherry berry maktok makan sorang2 hahaa, mmg banyak kt pekan rabu sweetie lebih hitam rasa nya kan kaknoor takut nak goreng lelama takut hitam hahahaa, ke hospital kenaapa pulak ni??
Deleteaduhai kak nor..kenapalah blog ni mengoda nafsu makan yan..tak pasal2 suruh encik somi beli tepung beras..doakan yan berjaya buat tau..
ReplyDeletealolo dah tergoda ke ni Yan, tkpe senang je pun lagi perap lama lagi best tau, pertama kali buat mmg agak frust lah tapi kalau masa goreng dia macam keras je, api jgn kuat sngt dan goreng tk boleh lama tau..
Deletewooooo.... sangat rfajin kakandaku nan satu ini... kalo dah coba buat kuih peneram, alamatnya segala kuih yang lain tu memang akan menyusullah tak lama lagi he hehehhe....
ReplyDeletedah tua2 ni baru lah nk mencuba resepi lama2 Mie dulu2 tak sedar nak buat hahaa, insya allah masalah nya kalau buat kueh dulu2 sorang2 je makan, kalau kueh moden laju je anak2 ni beresin
Deletesy tgh makan kuih ni kak..tgk resepi akk trs rasa nak buat....mesti buat ni..bahan2 sng sgt hehe..harap menjadi hehe
ReplyDeletebuat x jadi...huhu... nnti cuba lg
ReplyDeletetry lagi dan lagi Nor insya allah jadi tu
DeleteSaya dah buat dan dah 2mlm peram tp napa still xjd doh pun... Apa yg xkena eak?? Lau xjd doh xdpt nk uli ler?!
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteResepi memang kena guna blended rice flour ye?and xguna gula pasir lgsg lah ye?thats why denderam saya takjadi..huwaaa😭😭😭😭 nak test resepi ats plak..moga2 jadi dan xmkn denderam batu lagi la..btw tq for shared...