Singkong Bumbu Jintan Goreng Pedes...
ASSALAMUALAIKUM dan salam manis untuk semua yang sudi singgah di blog kaknoor, rasa nya ada jugak silent reader blog kaknoor dari msg dalam fb yang akak terima, tapi ak kisahlah tu, siapa saja yang sudi kesini dan meninggalkan komen jutaan terimakasih diucapkan, yang silent reader pun terimakasih jugak ya, kerana memileh blog kaknoor sebagai rujukan kalian.
SEKARANG ni banyak menu-menu lama dah kembali mengambil tempat dihati kita semua, seperti JERUK MANGGA SAMBOI, CUCUR MANIS atau CUCUR KEMBONG, satu lagi yang menjadi fav semua adalah
SINGKONG GORENG PEDES ni, memang sedap resepi ni sebab wangi dengan segala bumbu jintan dan ketumbar, jom rujuk resepi
Bahan
2 ketul singkong /ubikayu yang sederhana besar dibersihkan dan dipotong memanjang kecil
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 sudu tepung gandum
sedikit telur putih (kebetulan ada lebihan buat kek utk meranggupkan gorengan)
tapi kalau takde telur pun ok gak rasa nya
sedikit kunyit serbuk
garam dan gula
minyak untuk menggoreng
Perapkan ubikayu yang dihiris tadi dengan semua rempah ratus yang telah ditumbuk kasar selama 15 minit atau lebih, campur jugak semua bahan-bahan sampingan lain seperti serbuk kunyit, garam ,gula dan telur dan goreng lah sehingga kekuningan, angkat dan boleh dihidangkan dengan coffee or tea ikut fav masing-masing lah.
Perapkan ubikayu yang dihiris tadi dengan semua rempah ratus yang telah ditumbuk kasar selama 15 minit atau lebih, campur jugak semua bahan-bahan sampingan lain seperti serbuk kunyit, garam ,gula dan telur dan goreng lah sehingga kekuningan, angkat dan boleh dihidangkan dengan coffee or tea ikut fav masing-masing lah.
DISINI kaknoor letakkan jagus dan badam untuk menambahkan lagi asyik bagi menikmati singkong
goreng bumbu pedas ni,kita yang buat dia kan, apa saja nak letak terpulang ditangan sendiri., berat badan naik pun sendiri yang tanggung jugak kan hahahaha...
Singkong Bumbu Jintan Goreng Pedes...
Reviewed by Unknown
on
November 09, 2014
Rating:
walaaa Kak Noor... kok singkongnya dibubuh gajus kacang & badam... yooo saya kutip dulu gajusnya takut orang lain ambil dulu...ha hahahah....
ReplyDeletekalau gitu mesti berebut dgn kaknoor lah siapa cepat dia dapat Mie gajus tu hahaa
DeleteSingkong tu ubi kayu yea kak noor...tak tahu la plak..hihihi jakun sungguh saya ni
ReplyDeletebeneran tu cheqda ubikayu lah tu, kaknoor belajar dari maid kat umah ni hahaha
DeleteBaru tahu singkong tu ubi kayu.nampak sedap la kak noor, bila ada ubi kayu bolehlah saya cuba resepi akk ni.tq sudi berkongsi resepi.
ReplyDeletemmg sedap ni norzie krup krap ja bila makan tak sedar sepinggan dah licin
Delete